BTC USD 62,817.8 Gold USD 4,336.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Setem pertama Tanah Melayu 1854 pernah dilelong USD1.5 juta

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
1506421_10152450152755965_2865591365718162367_n.jpg

10403575_10152450152760965_7863555020651705503_n.jpg


KUALA LUMPUR: Tiga keping setem pertama yang digunakan di Tanah Melayu bertarikh 1854 pernah dilelong di London dengan harga US$1.5 juta sekeping.

Nilainya sekarang bagaimanapun tidak diketahui, tetapi setem-setem ini menjadi daya tarikan utama pengunjung ke Pameran Setem Remaja Dunia (KLwyse) 2014 yang sedang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala lumpur di sini.

Ketua Hal Ehwal Pos dan Tandatangan Digital, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Mohamed Zaidi Abdul Karim berkata, setem tersebut diterbitkan oleh Syarikat Hindia Timur (EIC).

EIC mentadbir pengeluaran dan penggunaan setem pos di Negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dan di seluruh wilayah pos (postal region).

Dalam temubual dengan Bernama, Mohamed Zaidi berkata, kira-kira 150,000 setem koleksi 300 peserta dari 46 buah negara dipamerkan selama enam hari bermula hari ini di KLwyse bagi merebut peluang memenangi pertandingan dunia filateli terunggul.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show...ayu-1854-pernah-dilelong-asd1-5-juta-49546?cp
 
Masa sekolah dulu penah gak ada hobi ni.. ntah kat mana setem tu sekarang
 
sekeping usd1.5juta mmg klo dpt balik zaman dulu mmg ak cari setem ni je
 
pergh..kalo skrg tah dua...tiga kali ganda dah harganya kot..
 
setem 5 penny stem pertama di doniaa
 
3 keping setem 1854 jadi tarikan

Kuala Lumpur: Tiga keping setem pertama yang digunakan di Tanah Melayu bertarikh 1854 pernah dilelong di London dengan harga AS$1.5 juta sekeping.


Nilainya sekarang bagaimanapun tidak diketahui, tetapi setem ini menjadi daya tarikan utama pengunjung ke Pameran Setem Remaja Dunia (KLwyse) 2014 yang sedang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di Kuala Lumpur.

Ketua Hal Ehwal Pos dan Tandatangan Digital, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Mohamed Zaidi Abdul Karim berkata, setem tersebut diterbitkan Syarikat Hindia Timur (EIC).

EIC mentadbir pengeluaran dan penggunaan setem pos di negeri Selat iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dan di seluruh wilayah pos.

Dalam temu bual, Mohamed Zaidi berkata, 150,000 setem koleksi 300 peserta dari 46 buah negara dipamerkan selama enam hari bermula semalam di KLwyse bagi merebut peluang memenangi pertandingan dunia filateli terunggul.- BERNAMA

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/13621#sthash.Vv0r22Jm.dpuf
 
Back
Top
Log in Register