BTC USD 80,654.2 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SETEL - Malaysia’s 1st Petrol E-Payment Solution

Transcript - Chat started: 2020-02-13 03:59 AM UTC
(03:59:23 AM) Joe: hi maaf.. a quick info i nak tanya
(03:59:26 AM) *** Scarlet joined the chat ***
(03:59:30 AM) Customer Service: Thanks for your message. Just hold on a second while we will get an agent to attend to you.
(03:59:34 AM) Scarlet: Hi En Joe,
Terima kasih kerana menghubungi Setel Customer Service.
Nama saya Scarlet :)
Ada apa-apa yang boleh saya bantu?
(03:59:59 AM) Joe: i nak tanya SETEL boleh guna isi NGV?
(04:00:58 AM) Scarlet: Oh, maaf encik
(04:01:08 AM) Scarlet: Buat masa ini masih tiada lagi
(04:01:21 AM) Joe: baik TQ so much
(04:01:26 AM) Joe: tats all for now

untuk info SETEL xbleh guna untuk pam NGV, mungkin perkhidmatan tu akan implement masa depan .. transkrip perbualan dengan CS atas tu tadi
 
Setel Kelak Bolehkan Membuat Pesanan Barangan Dari Kedai Mesra

Setel merupakan salah satu aplikasi yang telah sedia ditawarkan dalam usaha memudahkan pengguna membuat pembayaran untuk pembelian petrol di Petronas. Melaluinya, pengguna boleh membuat pilihan pam, membuat pembayaran dan mulakan pengisian, terus dengan mudah tanpa perlu ke kaunter.

Sebelum ini, aplikasi Setel hanya ditawarkan dibeberapa lokasi sahaja. Hari ini, pembangunnya mengumumkan yang mana mereka akan memperluaskan penawaran Setel ke seluruh Malaysia secara berperingkat dalam minggu-minggu akan datang.

Berkongsi lanjut mengenai perancangan Setel, mereka turut mengumumkan kelak pengguna boleh membuat pesanan untuk beberapa barangan dari kedai Mesra di Petronas – sekaligus memudahkan pengguna untuk mendapat beberapa barangan tanpa perlu masuk ke kedai Mesra di Petronas. Pengguna boleh membuat pesanan, dan ia akan dibawa ke bahagian pengambilan – memudahkan pengguna mengisi minyak dan mengambil barangan berkenaan apabila selesai mengisi.

Disamping itu, Setel juga kelak akan menyertakan ciri perkongsian akaun keluarga – sekaligus memudahkan proses pembayaran dan pengumpulan mata ganjaran.

iOS - https://itunes.apple.com/my/app/setel/id1441424081?ls=1&mt=8
Android - https://play.google.com/store/apps/details?id=com.setel.mobile
Ada yg try ni? Ok x? kalau dah ada kemudahan mcm ni memang oklah lps ni x payah nk gi kedai mesra dah nak beli ape2 brg. Just guna je apps yg ada ni.
 
Use Setel and enjoy a seamless refuelling experience.

Unlock the petrol pump INSIDE your car, track your expenses, view current fuel price, receive monthly fuel statement, redeem & earn Mesra points.

Setel with me and we'll both enjoy RM5 after your first RM30 petrol purchase!
My referral code: db6xk
 
banyak swipe machine kad mesra di petronas tak berfungsi.
bila check dalam app point tak masuk. rugi.

kalau isi minyak kena juga mintak resit untuk claim secara manual jika bayar di kaunter.
 
Bila kau dah tak tahan sangat nak membuang, sampai terpaksa singgah Petronas. Pastu lepas dah selesai membuang baru perasan toilet tak ada air 😭😭😭 Mujurlaa dia ada apps Setel weh 😂🤣

Kredit : IniAlann

FB_IMG_1628268085601.jpg
 
Setel memberikan penghargaan kepada pelanggannya menerusi pulangan wang bernilai RM6.00 dengan syarat mereka telah divaksin. Penebusan tawaran ini sah kepada para pengguna aplikasi Setel sahaja sehingga 31 Disember 2021. Berikut adalah langkah-langkah penebusan pulangan wang bernilai RM6.00 dari Setel;
  1. Muat turun aplikasi Setel dan daftar akaun Setel baharu dengan menggunakan kod c-ppv6.
  2. Tambah nilai kredit di aplikasi Setel minimum RM20.00 dalam satu transaksi (Pulangan wang RM2.00 bagi setiap tambah nilai tersebut).
  3. Pulangan wang itu akan dikreditkan dengan segera kepada pelanggannya menerusi Settel Wallet bagi setiap kali tambah nilai minimum RM20.00.

Untuk makluman, tawaran ini hanya sah kepada akaun baharu Setel sahaja. Aplikasi Setel boleh digunakan di lebih 1000 stesen minyak PETRONAS di seluruh Malaysia.

1629948228220.png
 
Back
Top
Log in Register