BTC USD 83,324.8 Gold USD 4,127.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SETEL - Malaysia’s 1st Petrol E-Payment Solution

kat kaunter kena beratur panjang, dapat pulak jenis cashier slow...baik pakai apps tu relax je dok dalam kereta

betul tu selamat pun selamat sebab tak payah nak tinggal anak dalam kereta just untuk pergi kaunter
 
betul tu selamat pun selamat sebab tak payah nak tinggal anak dalam kereta just untuk pergi kaunter

yela kita pun selalu dengar banyak kes curi kereta dengan anak sekali diculiknya. guna apps ni confirm selamat
 
Setel Kelak Bolehkan Membuat Pesanan Barangan Dari Kedai Mesra

Setel merupakan salah satu aplikasi yang telah sedia ditawarkan dalam usaha memudahkan pengguna membuat pembayaran untuk pembelian petrol di Petronas. Melaluinya, pengguna boleh membuat pilihan pam, membuat pembayaran dan mulakan pengisian, terus dengan mudah tanpa perlu ke kaunter.

Sebelum ini, aplikasi Setel hanya ditawarkan dibeberapa lokasi sahaja. Hari ini, pembangunnya mengumumkan yang mana mereka akan memperluaskan penawaran Setel ke seluruh Malaysia secara berperingkat dalam minggu-minggu akan datang.

Berkongsi lanjut mengenai perancangan Setel, mereka turut mengumumkan kelak pengguna boleh membuat pesanan untuk beberapa barangan dari kedai Mesra di Petronas – sekaligus memudahkan pengguna untuk mendapat beberapa barangan tanpa perlu masuk ke kedai Mesra di Petronas. Pengguna boleh membuat pesanan, dan ia akan dibawa ke bahagian pengambilan – memudahkan pengguna mengisi minyak dan mengambil barangan berkenaan apabila selesai mengisi.

Disamping itu, Setel juga kelak akan menyertakan ciri perkongsian akaun keluarga – sekaligus memudahkan proses pembayaran dan pengumpulan mata ganjaran.

iOS - https://itunes.apple.com/my/app/setel/id1441424081?ls=1&mt=8
Android - https://play.google.com/store/apps/details?id=com.setel.mobile
 
Back
Top
Log in Register