BTC USD 82,886.6 Gold USD 4,125.15
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SETEL - Malaysia’s 1st Petrol E-Payment Solution

Setel Kini Sokong Pembayaran 'Parking' Kereta, Ini Cara Nak Guna

Baru-baru ini, Setel melancarkan perkhidmatan Setel Express yang menawarkan perkhidmatan penghantaran barangan. Di samping itu, selain memudahkan pembayaran pengisian minyak di stesen minyak Petronas, Setel kini hadir dengan kemudahan untuk membayar parkir tempat letak kenderaan di pusat membeli-belah Suria KLCC menggunakan aplikasi Setel.

1646221754021.png

Caranya mudah sahaja.

Pertama, pastikan anda sudah mendaftar di aplikasi Setel serta mengemaskini aplikasi tersebut kepada versi terkini. Kemudian, klik "More" dan pilih "Parking". Kedua, masukkan butiran kenderaan anda dengan betul. Jangan risau, anda boleh mendaftar lebih dari satu kenderaan di aplikasi Setel.

parking-step-1.png

parking-step-2.png

parking-step-3.png

Bagi memastikan pembayaran parkir yang lancar, pastikan e-dompet Setel anda mempunyai baki yang mencukupi. Anda juga boleh semak tempoh tempat letak kenderaan dan butiran lain menggunakan aplikasi Setel. Bayaran parkir akan dikenakan sewaktu anda keluar dari tempat letak kenderaan Suria KLCC melalui lorong Setel. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Setel.

Sumber asal Setel
 
Bantuan Ataupun Beli Bateri Kereta Baru Melalui Setel​

Hari demi hari, semakin banyak ciri baharu dimasukkan dalam APP Setel. Kini, ia bukan lagi APP untuk mengisi minyak sahaja. Fungsi terbaharu dan saya rasakan berguna adalah Auto Assistance. Dengan Auto Assistance anda boleh memanggil bantuan sekiranya anda berdepan dengan masalah bateri kereta. Pada harga bermula RM50, anda boleh memohon bantuan untuk lakukan jump-start pada kereta anda. Sekiranya bateri anda memang tidak boleh digunakan lagi, mereka turut sediakan servis penggantian bateri pada harga bermula RM160.

1664382898385.png

Setel telah bekerjasama dengan penyedia perkhidamatan BateriKu untuk servis ini. Untuk gunakan Auto Assisamce mudah saja. Pilihannya terletak di bahagian bawah halaman perumah Setel. Jika anda mohon untuk penukaran bateri, anda akan dihidangkan dengan beberapa pilihan bateri pada pelbagai paras harga.

1664382919861.png
​

Yang paling penting, semuanya padan dengan kereta anda. Tak perlu lagi anda tanya adakah ia sesuai dipasang pada kereta anda. Berdasarkan nama fungsi itu. Kami rasakan yang akan ada lebih banayk perkhidmatan bakal ditawarkan dan tidak terhad kepada bateri sahaja. Fungsi ini mungkin diaktifkan secara berfasa kepada pengguna Setel kerana di pihak saya, Auto Assistance masih tiada.
 
Setel Kini Sokong Pembayaran 'Parking' Kereta, Ini Cara Nak Guna

Baru-baru ini, Setel melancarkan perkhidmatan Setel Express yang menawarkan perkhidmatan penghantaran barangan. Di samping itu, selain memudahkan pembayaran pengisian minyak di stesen minyak Petronas, Setel kini hadir dengan kemudahan untuk membayar parkir tempat letak kenderaan di pusat membeli-belah Suria KLCC menggunakan aplikasi Setel.

1646221754021.png

Caranya mudah sahaja.

Pertama, pastikan anda sudah mendaftar di aplikasi Setel serta mengemaskini aplikasi tersebut kepada versi terkini. Kemudian, klik "More" dan pilih "Parking". Kedua, masukkan butiran kenderaan anda dengan betul. Jangan risau, anda boleh mendaftar lebih dari satu kenderaan di aplikasi Setel.

parking-step-1.png

parking-step-2.png

parking-step-3.png

Bagi memastikan pembayaran parkir yang lancar, pastikan e-dompet Setel anda mempunyai baki yang mencukupi. Anda juga boleh semak tempoh tempat letak kenderaan dan butiran lain menggunakan aplikasi Setel. Bayaran parkir akan dikenakan sewaktu anda keluar dari tempat letak kenderaan Suria KLCC melalui lorong Setel. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Setel.

Sumber asal Setel

dh try dh guna dkt Suria KLCC.... lebih kurang teknologi mcm kt Sunway jgk....

dia detect no plat kereta, dan automatik bukak palang...
bayar melalui app.....

mmg thorbaik la...
 
aku baru beli baju guna setel ni. tgh menunggu baju sampai.

dan so far live chat agent dia laju reply.
 
dh try dh guna dkt Suria KLCC.... lebih kurang teknologi mcm kt Sunway jgk....

dia detect no plat kereta, dan automatik bukak palang...
bayar melalui app.....

mmg thorbaik la...

kalau swasta boleh buat, kenapa kerajaan xboleh? .. songlap banyak, Singapore dah bertahun dah implement teknologi ni, tapi kita masih mengkaji TnG dan RFiD :D ...

muntah darah, dengan ahli politik gila kuasa
 
Apa Itu Setel Lite & Kenapa Ia Lebih Memudahkan Berbanding Setel Biasa?

Setel adalah aplikasi oleh PETRONAS untuk memudahkan lagi pengguna mengisi minyak kereta dengan hanya menggunakan telefon pintar. Aplikasi in bermula sebagai satu dompet digital dan kini telah berkembang menjadi seakan satu super-app kerana padat dengan ciri dan fungsi menarik. Aplikasi Setel boleh membayar parkir jalanan, bantuan baiki kenderaan, bayaran pengecasan kereta elektrik, menjual minyak masak terpakai, bayar kepada peruncit dengan DuitNow QR dan banyak lagi.
​
1681743724261.png

Ini secara tidak langsung menjadikan aplikasi lebih serabut. Jangan salah faham, aplikasi Setel mempunyai antaramuka yang mesra pengguna. Cuma apabila banyak fungsi dimuatkan buka sahaja aplikasi kadangkala saya menjadi pening. Lebih-lebih lagi apabila saya ada hal kecemasan dan perlu mengisi minyak dengan pantas, saya mahukan aplikasi yang boleh dibuka terus, pilih pam, isi minyak dan kemudian meneruskan perjalanan.

Keluhan hati saya ini terjawab apabila Setel menjemput saya untuk menguji Setel Lite. Setel Lite adalah aplikasi Setel yang lebih ringan dengan fungsi yang asas. Ia hanyalah sebuah dompet digital yang anda boleh tambah nilai, menyemak mata ganjaran Mesra, Family Wallet dan meminta bantuan khidmat pelanggan. Bukan itu sahaja, aplikasi ini juga direka untuk menyokong peranti kelas asas dan pengguna yang mempunyai akses Internet yang terhad.
​
1681743738734.png

Jika membandingkan saiz pemasangan aplikasi ini di Android Setel Lite hanya menggunakan storan 5.40MB sementara Setel biasa memakan storan 23.86MB. Selepas pemasangan, Setel Lite hanya menggunakan sebanyak 46.43MB storan dalaman peranti dan Setel pula adalah 78.22MB dan boleh mencapai ratusan Megabyte. Jadi aplikasi ini tiada masalah digunakan pada peranti berusia atau peranti Android yang sudah hampir kehabisan storan dalamannya.

Setel Lite turut direka dengan antaramuka “kosong” dengan muka taip besar. Ini memudahkan pengguna lebih berusia menggunakannya atau pada aplikasi biasa anda tetapkan Family Wallet dan ibu bapa atau atuk nenek boleh menggunakan Setel Lite dengan mudah sambil ganjaran Mesra kekal boleh dikumpul. Resit juga tiada masalah untuk dilihat pada aplikasi selepas selesai mengisi minyak.

Dalam ujian sengaja menetapkan akses Internet peranti kepada Edge sahaja dan terus menggunakan Setel Lite. Pada awal saya agak risau jika ia tidak berfungsi tetapi selepas sekitar kurang 30 saat aplikasi memuat, ia terus boleh digunakan. Aplikasi lancar digunakan dan setiap bahagian boleh diakses tanpa sebarang masalah termasuk semak baki, tambah nilai, bantuan pelanggan atau juga semak mata ganjaran.

Mengisi minyak juga mudah dan tidak memeningkan kepala. Saya hanya terus tekan Purchase Fuel, pilih nombor pam, masukkan amaun, bayar menggunakan Setel Wallet (atau Family Wallet hanya dua kaedah pembayaran sahaja yang disokong), terus isi minyak dan selepas selesai ganjaran Mesra dan resit akan dipaparkan.
​
1681743706471.png

Dengan adanya aplikasi Setel Lite ini anda akan lebih mudah dan fokus mengisi minyak. Anda tidak lagi perlu tercari-cari bahagian mana perlu tekan atau tersalah tekan sebaliknya Setel Lite menawarkan penggunaan secara terus. Aplikasi ini dibangunkan untuk pengguna peranti Android dan Huawei sahaja buat masa ini dan masih tidak pasti jika aplikasi sama akan ditawarkan kepada pengguna iOS.
​
1681743684302.png

Buat masa ini Setel masih belum mengumumkan secara rasmi bilakah Setel Lite akan dilancarkan kepada umum. Tetapi menurut Nextrift yang turut berpeluang menguji aplikasi Setel Lite ini, aplikasi akan dilancarkan pada hujung April nanti.​
 
KLIA Ekspres Sokong Pembayaran Dengan Setel

Semakin hari, semakin banyak ciri dan integrasi Setel dengan platform lain. Terbaru, anda boleh beli tiket KLIA Ekspres dan KLIA Transit dengan Setel. Ia boleh digunakan untuk pembelian dalam talian dan di kaunter tiket. Untuk dalam talian, ia bukan bermakna anda boleh beli terus daripada aplikasi Setel tetapi harus melalui aplikasi atau laman web KLIA Ekspres sendiri.
​
setel-erl-klia-ekspres.png

Dalam kaedah pembayaran itulah anda boleh pilih Setel dalam kategori e-wallet. Ini bermakna KLIA Ekspres sudah menyokong 5 e-dompet untuk pembayaran.

Sumberasal KLIA Ekspres​
 
beli baju petronas boleh beli dekat setel, murah dari baju petronas dekat shopee (os).

ada baju petronas aku beli rm40, dekat shopee termasuk postage rm60+ untuk baju yang sama.

lagi pun masa aku beli dekat setel tu tiada charge untuk postage, memang berbaloi la.

cuma isi minyak guna apps je aku tak pernah try lagi. soon..
 
baju apa bang ok tak design
 
isi minyak best bos

sy memang guna setel sbb memang isi petronas

sampai je bukak setel,isi minyak, blah

sistem dia pun laju, tak lama dia nak sahkan pam kita
 
Back
Top
Log in Register