BTC USD 60,548.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Servis Bas Ekspress Shamisha yang teruk

hajat nak naik sehari dua lagi... tak jadilah
 
banyak orang complain pasal shamisha ni rupanya.

kenalan teman bagitau nak balik ke alor star, naik dari hentian kajang, pukul 9pagi, pukul 10 baru gerak, lepas tu pergi duta pulak, tungu sejam lagi, dekat pukul 12 baru jalan dari kl.

dah tu, patutnya stop je kat rnr orang nak solat,tapi kenalan teman gtau tapi dia henti kat kedai mamak dekat taiping yang tandasnya ada dua je, dah la sekali stop dua biji bas.

jenuh la nak beratur, nak solat pulak tempa berwuduk ada 1 paip je pun. Lepas tu berhenti merata-rata, pukul 9 tiket, pukul 7 malam baru sampai alor setar, orang nak solat asar sampai mengelabah. tu kalau yang sempat solat zohor, kalau tak solat zohor, 2 solat terus tinggal, tu baru sampai ke Alor setar, kalau ke jitra ke, ke perlis. maunya sampai isyak baru sampai, last2 3 waktu solat tinggal.

kenalan bagitau, dah la dekat pukul 7 tak solat lagi, ada sekali tu radio pasang lagu,

" berhentilah dulu, marilah solat, di awal waktu"

boleh pulak si driver nyanyi dengan bestnya padahal kebajikan penumpan nak solat pun di abaikan.. apa punya orang la.


bas shamisha company alor setar, dari apa yang teman tau, tiap-tiap bas diaorang ambik ulat-ulat tiket dari kedah nak jaga bas masing-masing.dulu2 jadi ulat tiket dekat pudu,sekarang dah jaga sebuah bas. jadi ulat2 tiket tu akan pastikan bas penuh sebab nak penuhkan duit poket diaorng. diaorang macam tokey no 2 la bagi bas tersebut, cari pelangan, jaga bas, sebab tu servis teruk. jawab macam budak sekolah je.

Sebenarnya, bas Shamisha ni,towkey dia orang Periuk Besar, Kulim, Kedah.
Dulu-dulu, towkey dia ni, buat bas kilang utk kilang2 di Kulim Kedah.
Aku dulu keja kilang Showa Denko dekat Hi-Tech Kulim, kilang aku ni pun mmg guna servis van kilang Shamisha ni.

Dengar drpd operator yg driver van ni ramai takdak lesen.
Lepas tu, bawak van laju, kejar trip.
Lambat tinggal..
Kira...byk cita tak berapa best gak la dgr..

Lepas tu, dlm thn 2007 kot, baru towkey Shamisha ni buat bas ekspress plak.
Camno dia dapat lesen utk buat bas express, yg tu aku taktau la..sbb aku dah berenti keja kilang tu.:D
 
firsttime dengar nama kompeni bas nie....
 
antar abg ipar blk kedah, lewat 1 jam.. antor bini blk kedah pn lewat 1 jam :)) .. mungkin ini adalah perkara biasa bas ini.. haha
 
2 thn lepas aku naik bas transnasional dr shah alam ke KB.. lepas gua musang, semua brek mengejut.. bas aku kena langgar ngannnnnn... Shamisha ni la.. driver muda sgt lg.. kbanyakan driver2 bas dh berumur.. darah muda dah abih dah.. xyah naik la bas ni.. pakat2 boikot.. tp kan.. xde maknanya.. ttp jgak penuh bas ni.. mane2 syarikat.. huhuhhu...
 
memang truk pn servis..serik dh nak naik bas ni..kalau time nak beli tiket kat kaunter siap pujuk2 suruh naik bas dorg,tapi servis buruk..
 
Back
Top
Log in Register