BTC USD 60,726.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Seronok pelihara 4 ekor ular

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


KUALA TERENGGANU – Minat terhadap reptilia sejak kecil mendorong seorang pemuda memilih untuk memelihara ular yang mungkin digeruni sebahagian mereka di luar sana, sejak empat tahun lalu.

Mohd Firdaus Mohd, 22, berkata, sejak kecil dia amat tertarik dengan ular setiap kali ke zoo atau pameran binatang peliharaan.

Menurutnya, menginjak alam dewasa, minat terhadap haiwan tersebut semakin bercambah dan dia mula mendapatkan maklumat lebih terperinci berkaitan ular menerusi internet.

“Saya mula berkongsi maklumat dengan peminat ular termasuk cara penjagaannya dan juga kepentingan mempunyai lesen apabila memelihara binatang dilindungi ini.

“Saya kini memelihara empat ekor ular iaitu dua jenis ‘Ball Python’ dan dua ‘Boa Constrictor’ di rumah sejak empat tahun lalu," katanya.

Mohd Firdaus berkata, penjagaannya mudah kerana ular perlu ditempatkan di tempat selamat, makanan hanya diberikan seminggu sekali dengan kuantiti tidak terlalu banyak dan tidak memerlukan kos tinggi.

"Saya juga menternak sendiri tikus putih yang menjadi makanan pilihan utama ular peliharaan saya.

“Saat paling menggembirakan apabila melihat ular peliharaan membesar depan mata tanpa menghadapi masalah kesihatan. Kita juga tidak perlu membelainya setiap masa, cukup sekadar memantau keadaannya,” katanya.

Menurut pelajar Ijazah Pengurusan Pejabat, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang, Kelantan ini, ahli keluarga yang lain juga mempunyai minat sama memelihara binatang, antaranya ayam serama, burung dan labah-labah tarantula.
 
Last edited:
berapa buat lesen bela ular ni?
 
jual je bro...
dgr2 ada gak org suka mknan eksotik ni...:D

takut jd kat amerika, da besar bagak dorg kasi buang je dlm tasik mcm kat california...da besar balak da sekor2....hehe
 
Nak bela tak kisah. Tapi kalau dah tak mau jangan buang merata-rata sudah.

Sebab menyusahkan orang ramai. Sama macam tasik di tempat aku, ramai pergi buang ikan flowerhorn, habis pupus terus ikan lain.
 
Back
Top
Log in Register