BTC USD 83,910.8 Gold USD 4,176.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Serbu Maksiat, Tapi Jumpa ..

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,679
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,679
Reaction score
7,747
Points
916
16.05.2018 - Kuala Ketil, Penahanan lima remaja berusia 16 hingga 20 tahun yang berkesedudukan dalam satu rumah di sini hari ini membawa kepada penemuan sebuah motosikal curi.

Serbuan Skuad Al Ansar bersama anggota polis Balai Kuala Ketil itu dijalankan pada jam 2.30 pagi selepas menerima maklumat awam.

Pengerusi Al-Ansar, Anuar Halimuddin Abu Bakar berkata, empat remaja lelaki dan seorang perempuan berusia 16 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Insaniah.

"Skuad Al Ansar dapat maklumat daripada orang ramai bahawa sekumpulan pemuda membawa masuk seorang perempuan dalam rumah.

"Apabila ditahan, empat remaja itu didapati positif dadah selain menyimpan sebuah motosikal curi," katanya.

Beliau berkata, sebahagian kompenan motosikal itu juga telah dirungkai.

"Motosikal itu telah dihantar ke balai polis" katanya.

Menurutnya, seorang daripada empat remaja berkenaan bagaimanapun melarikan diri.

"Berdasarkan maklumat polis, remaja itu mempunyai banyak kes jenayah," katanya.

Anuar berkata, kepantasan polis dalam bertindak berjaya menyelamatkan remaja perempuan terbabit daripada terjebak dengan perkara tidak diingini.

"Alhamdulillah kita dapat tangkap, jika tidak pastinya akan berlaku perkara lebih parah," katanya.

image.jpg


Berita asal http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/serbuan-maksiat-jumpa-motosikal-curi-1.835083
 
Rasa nak komen,
Saatgi hilang pulak pahala puasa.:">
 
konpem kene dadah..
hati2 dadah keypak bole je letak dlm air tanpa dikesan..
 
Semoga dijauhkan dari anak dan cucu kita...
 
uishhh...cam x sangka plak kuala ketil jd camni....zaman aku duk situ dulu x dgr plak kes camni...
 
Back
Top
Log in Register