BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Serangan ke atas Iran ganggu ekonomi, kata Johari

afwan83

Active+ Member
Messages
3,219
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,219
Reaction score
12
Points
25
54064692-14_johari_abdul_ghani_moganraj_fmt_03102025-copy-5.jpg

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Johari Ghani, berkata pihaknya sedang menilai implikasi jika konflik berlarutan.

“Bila kapal nak masuk (pelabuhan) tak boleh. Semalam misalnya, berapa banyak penerbangan perlu berpatah balik dan ada tidak boleh diteruskan. Ini antara gangguan kepada ekonomi negara dan dunia,” katanya menurut New Straits Times.

Johari berkata, konflik berlarutan boleh terus menjejaskan aktiviti ekonomi, selain menyatakan kementeriannya juga sedang menilai kemungkinan implikasi terhadap pelaburan asing.

Pengawal Revolusi Iran dilaporkan telah menghantar transmisi yang menyatakan ‘tiada kapal dibenarkan melepasi Selat Hormuz’, yang merupakan laluan eksport minyak paling penting di dunia, menghubungkan pengeluar minyak terbesar Teluk, seperti Arab Saudi, Iran, Iraq, dan Emiriah Arab Bersatu, dengan Teluk Oman dan Laut Arab.

Serangan ke atas Iran oleh AS-Israel mengakibatkan serangan balas oleh Iran ke atas pangkalan AS di rantau berkenaan.
 
panggil duta US ke Malaysia utk jawab
takkan benda yg ganggu ekonomi kita nk biarkan je
pasni orang nak gi haji pun terganggu bila banyak penerbangan digantung
 
Back
Top
Log in Register