BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perang Amerika, Israel dan Iran: SG kecam serangan ke atas Saudi, gesa semua pihak kawal diri

Bob_SG

Fun Poster
Messages
719
Joined
Jun 14, 2025
Messages
719
Reaction score
2
Points
25

Perang Amerika, Israel dan Iran: SG kecam serangan ke atas Saudi, gesa semua pihak kawal diri​

screenshot_2026-07-27_055906.jpg

Gambar yang dirakam dari pesisir pantai Yaman di barat daya bandar Taiz menunjukkan sebuah kapal berlabuh di Selat Bab al-Mandab, di Laut Merah, pada 24 Julai 2026. (Gambar fail: AFP/Khaled Ziad)

SINGAPURA: Singapura mengecam siri serangan yang dilancarkan baru-baru ini ke atas Arab Saudi, termasuk serangan terhadap prasarana tenaga dan kapal-kapal komersial di Laut Merah, kata jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Ahad (26 Jul).

"Adalah penting supaya hak dan kebebasan pelayaran dihormati serta ditegakkan mengikut undang-undang antarabangsa seperti yang termaktub dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982, dan keselamatan pelaut serta kapal dipastikan selaras dengan Konvensyen Antarabangsa bagi Keselamatan Nyawa di Laut (SOLAS)," tambah jurucakap itu.

IKLAN

"Kami menggesa semua pihak supaya mengawal diri dan mengelakkan tindakan yang boleh terus meningkatkan ketegangan," kata MFA.

Kenyataan kementerian itu dibuat selepas kumpulan Houthi yang disokong Iran pada Ahad (26 Jul) memintas sebuah dron Arab Saudi di barat laut Yaman, sehari selepas kumpulan itu mengaku menyerang kemudahan minyak di negara Teluk itu.

Sehari sebelumnya, Houthi menyatakan ia menyerang kemudahan Aramco di Jizan dan Yanbu selepas Riyadh mengebom sasaran Houthi pada Jumaat.

Pejabat media tentera udara Greece menyatakan sistem pertahanan udara yang dikendalikan anggota Greece di Arab Saudi berjaya memintas dua peluru berpandu balistik dan sebuah dron di ruang udara Yanbu.

Menteri Luar Iran Abbas Araghchi berkata Iran tidak boleh dipersalahkan atas ketegangan yang meruncing itu dan menawarkan diri untuk menjadi orang tengah dalam rundingan antara Houthi dengan Riyadh, sambil menegaskan bahawa "tiada huraian ketenteraan" bagi konflik tersebut.

IKLAN

Kumpulan Houthi di Yaman pada 20 Julai mengumumkan ia akan mengenakan sekatan maritim terhadap Arab Saudi sebagai tindak balas terhadap apa yang dipercayai adalah serangan Arab Saudi ke atas prasarana yang dikuasai Houthi, termasuk lapangan terbang dan pelabuhan.

Pengumuman itu dibuat selepas ketegangan semakin memuncak, termasuk serangan peluru berpandu Houthi ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Abha di Arab Saudi menyusuli serangan terhadap Lapangan Terbang Sanaa yang dikuasai Houthi.

Arab Saudi sudah mengetuai gabungan negara Arab yang memerangi Houthi selama lebih sedekad sejak kumpulan yang bersekutu dengan Iran itu menguasai ibu negara Yaman, Sanaa.

Perang saudara di Yaman, yang mengorbankan beratus-ratus ribu nyawa akibat pertempuran dan kebuluran, terhenti di bawah gencatan senjata sejak 2022.

Namun, gencatan senjata itu gagal dipertahankan pada Julai apabila Houthi menyertai perang yang lebih meluas bersama sekutunya, Iran, selepas negara itu diserang Amerika Syarikat dan Israel.

 
Back
Top
Log in Register