TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,644
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,644
- Reaction score
- 38,262
- Points
- 2,836
ANTARA aksi menarik yang dipamerkan pemain veteran pada hari pertama Piala Presiden PSM di Kompleks Majlis Sukan Negara, AU2 Taman Keramat, Kuala Lumpur semalam
Veteran hangatkan Piala Presiden PSM
LAMA tidak semestinya 'berkarat'.
Mungkin itulah kata-kata yang sesuai diberikan kepada regu-regu veteran yang hadir untuk melibas pada Kejohanan Sepak Takraw Antara Regu Terbuka Kebangsaan bagi merebut Piala Datuk Ahmad Ismail yang bermula di Kompleks Majlis Sukan Negara, AU 2 Taman Keramat, Kuala Lumpur semalam.
Kejohanan empat hari itu bermula dengan kategori wanita, veteran 51 tahun ke atas dan veteran 40 hingga 50 tahun, manakala bagi lelaki terbuka dan lelaki bawah 21 tahun pula akan membuka tirai hari ini.
Setiausaha Kehormat Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Arshad Yahaya berkata, sokongan daripada pasukan- pasukan veteran membuktikan semangat kesukanan dan minat mereka terhadap sukan ini masih lagi mendalam.
"Kehadiran 30 regu veteran dari pelbagai negeri seperti Kedah, Negeri Sembilan dan sebagainya jelas menunjukkan mereka masih mempunyai semangat untuk terus beraksi.
"PSM menganjurkan kategori veteran ini kerana ingin memastikan minat terhadap sukan sepak takraw terus berkekalan dalam diri mereka dan terus diwarisi oleh generasi baharu.
"Apabila kita terus menganjurkan kejohanan sebegini, ia secara tidak langsung akan menarik minat mereka untuk turun berlatih pada setiap petang untuk membuat persediaan menghadapi kejohanan tersebut," kata Arshad semalam.
Dalam pada itu, beliau berkata, pihak persatuan juga akan menggunakan peluang ini untuk mencari pemain baharu yang akan di- pilih menyertai skuad kebangsaan, khususnya mereka yang beraksi dalam kategori lelaki terbuka dan lelaki bawah 21 tahun yang akan bermula hari ini.
"PSM juga akan melihat prestasi pemain lelaki bagi dua kategori ini untuk diserap dalam skuad negara.
"Pemain bawah 21 akan diambil sebagai pemain pelapis, manakala bagi 21 tahun ke atas akan dilihat kebolehan mereka untuk menyarung jersi negara," katanya.