BTC USD 83,006.6 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sepak Takraw

su_03.1.jpg

ANTARA aksi menarik yang dipamerkan pemain veteran pada hari pertama Piala Presiden PSM di Kompleks Majlis Sukan Negara, AU2 Taman Keramat, Kuala Lumpur semalam​

Veteran hangatkan Piala Presiden PSM

LAMA tidak semestinya 'berkarat'.

Mungkin itulah kata-kata yang sesuai diberikan kepada regu-regu veteran yang hadir untuk melibas pada Kejohanan Sepak Takraw Antara Regu Terbuka Kebangsaan bagi merebut Piala Datuk Ahmad Ismail yang bermula di Kompleks Majlis Sukan Negara, AU 2 Taman Keramat, Kuala Lumpur semalam.

Kejohanan empat hari itu bermula dengan kategori wanita, veteran 51 tahun ke atas dan veteran 40 hingga 50 tahun, manakala bagi lelaki terbuka dan lelaki bawah 21 tahun pula akan membuka tirai hari ini.

Setiausaha Kehormat Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Arshad Yahaya berkata, sokongan daripada pasukan- pasukan veteran membuktikan semangat kesukanan dan minat mereka terhadap sukan ini masih lagi mendalam.

"Kehadiran 30 regu veteran dari pelbagai negeri seperti Kedah, Negeri Sembilan dan sebagainya jelas menunjukkan mereka masih mempunyai semangat untuk terus beraksi.

"PSM menganjurkan kategori veteran ini kerana ingin memastikan minat terhadap sukan sepak takraw terus berkekalan dalam diri mereka dan terus diwarisi oleh generasi baharu.

"Apabila kita terus menganjurkan kejohanan sebegini, ia secara tidak langsung akan menarik minat mereka untuk turun berlatih pada setiap petang untuk membuat persediaan menghadapi kejohanan tersebut," kata Arshad semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihak persatuan juga akan menggunakan peluang ini untuk mencari pemain baharu yang akan di- pilih menyertai skuad kebangsaan, khususnya mereka yang beraksi dalam kategori lelaki terbuka dan lelaki bawah 21 tahun yang akan bermula hari ini.

"PSM juga akan melihat prestasi pemain lelaki bagi dua kategori ini untuk diserap dalam skuad negara.

"Pemain bawah 21 akan diambil sebagai pemain pelapis, manakala bagi 21 tahun ke atas akan dilihat kebolehan mereka untuk menyarung jersi negara," katanya.
 
Veteren aka otai2 takrow main, syok tgk trik pelik2..
 
su_04.1.jpg

PARA pemenang bergambar selepas majlis penyampaian hadiah Piala Presiden PSM di Kompleks Sukan MSN, Taman Keramat, Kuala lumpur semalam​

ATM juara wanita

REGU sepak takraw Angkatan Tentera Malaysia (ATM) muncul juara setelah menewaskan pasukan bekas jurulatih wanita negara, Osman Che Meh (OCM) 15-11, 15-13 pada perlawanan akhir kategori wanita Kejohanan Sepak Takraw Piala Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail, semalam.

Regu ATM yang dibarisi oleh Anis Nadia Jefri sebagai tekong, Nurrashidah Abd. Rashid (apit kiri) dan Noor Fairus Azizan (apit kanan) mengasak pencabarnya sehingga set kedua permainan.

Manakala, regu OCM pula membariskan Nor Farhana Ismail (tekong), Siti Norzubaidah Che Ab. Wahab (apit kanan) dan Nurul Izzatul Hikmah Md. Zulkifli (apit kiri).

Jurulatih regu wanita negara, Md. Fikri Md. Nor berkata, perlawanan semalam membuktikan sudah ada peningkatan bagi pemain-pemain negara tersebut.

"Prestasi dan keserasian pemain sudah menunjukkan beberapa pembaharuan yang baik, namun kita tidak boleh berbangga dengan pencapaian meraka lagi.

"Ini kerana, kalau kita mahu membandingkan prestasi mereka dengan pemain-pemain dari negara lain seperti Thailand, Myanmar dan Vietnam, kita masih ketinggalan.

"Negara kita baharu sahaja menubuhkan skuad sepak takraw wanita sejak pertengahan tahun 2007. Manakala negara-negara besar ini sudah hampir dan lebih daripada 10 tahun jadi buat masa ini sukar untuk kita menandingi mereka," kata Fikri.

ATM yang dinobatkan sebagai juara membawa pulang hadiah RM2,000 dan pingat emas manakala OCM menerima RM1,000 dan pingat perak.

Walaupun kedua-dua regu itu terpaksa berhempas pulas selama 40 minit dalam perlawanan akhir, namun pertarungan itu hanya bagaikan sesi latihan untuk skuad wanita negara kerana keenam-enam srikandi itu merupakan pemain kebangsaan.

Namun bagi Md. Fikri, beliau percaya skuad negara mampu untuk beraksi di peringkat separuh akhir pada Siri Super kedua, Persatuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) di Palembang pada 23 hingga 26 Februari ini.

Dalam pada itu, bagi kategori Veteran A, regu Gabungan Pelajar Malaysia Semenanjung (GPMS) menumbangkan regu PDRM 15-10, 15-5 dalam tempoh kurang daripada sejam.

Manakala dalam kategori Veteran B, regu Polis Perak menundukkan regu Semabok Jaya 15-11, 15-12 dalam masa 35 minit.

Kejohanan sepak takraw Piala Presiden masih diteruskan untuk kategori terbuka lelaki dan lelaki bawah 21 tahun bagi peringkat kumpulan dan suku akhir pada hari ini dan dijadualkan akan berakhir esok di Kompleks Majlis Sukan Negara, Taman Keramat AU2.
 
su_03.1.jpg

ASAKAN perejam Johor 'B' berjaya dihalang oleh tekong PSM 'B', Ahmad Aizat Mohd. Noor Azmi pada aksi pusingan ketiga semalam​

Regu PSM tempah slot 16 terbaik

SKUAD elit negara yang mewakili Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) meneruskan aksi bertenaga pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Datuk Ahmad Ismail selepas kedua- dua regu yang dipertaruhkan, layak ke kelompok 16 pasukan terbaik bagi kategori terbuka semalam.

Regu PSM 'A' yang dibarisi Mohd. Fazil Mohd. Asri sebagai tekong, Norshahruddin Mad. Ghani (apit kanan) dan Farhan Adam (apit kiri) mudah menjinakkan RAMD 'C' dengan keputusan 15-9, 15-7 pada aksi yang berlangsung di Kompleks Sukan MSN, Keramat itu.

Regu kedua pula iaitu PSM 'B' yang membariskan Tunku Noor Azwari Tunku Ishak (tekong), Mohd, Hanafiah Dollah (apit kanan), Mohd. Faizul- hairy Osman (apit kiri) meneruskan cabaran selepas menundukkan Johor 'B' 15-6, 14-16, 15-8.

Namun jurulatih kebangsaan, Jamaluddin Hassan enggan mendabik dada dengan keputusan yang diperoleh anak-anak buahnya itu.

"Memang mereka berjaya melayakkan diri ke pusingan kalah mati esok (hari ini) tetapi bagi saya mereka ma- sih belum tampil konsisten sama ada dari segi pertahanan dan peranan te- kong.

"Seperti regu B ketika menentang Johor, kita boleh lihat selepas berlaku pertukaran pemain mereka mula hilang rentak. Bagi saya pemain perlu lebih fokus dan sentiasa dalam keadaan bersedia untuk beraksi," katanya ketika di temui Kosmo! semalam.

Bagaimanapun, Jamaluddin melahirkan kebimbangan bagi regu kenda- liannya itu sekiranya regu-regu terse- but berdepan dengan regu Selangor.

"Regu Selangor mungkin boleh menjadi halangan utama kepada pemain kami kerana mereka terdiri daripada pemain berpengalaman yang pernah berada dalam skuad kebangsaan seperti Noor Azman Abdul Hamid (tekong).

"Siapa yang tidak melakukan kesi- lapan dan berjaya menyesuaikan diri dengan cepat pasti akan menampilkan rentak permainan dengan baik," tambahnya.

PSM 'A' dijadualkan bertemu dengan DMD 'B' dan regu B pula bakal berhadapan ancaman regu Infratel 'A' hari ini.

Bagi kategori bawah 21 tahun, regu Terengganu 'A' dan Terengganu 'B' turut layak ke kelompok 16 terbaik se- lepas menewaskan pencabar masing- masing semalam.

Terengganu 'A' pula menewaskanKedah 'C' 13-15, 15-12, 15-12 dan regu Terengganu 'B' menumbangkan Kuala Lumpur 'B' 15-8, 15-4.
 
kiraan 15 ni lagi bahaya,kwln bola kena baik,tekong kena konsistn masuk,killer senang cerita tak boleh sanggkut langsung n blockg kena baik....
15 mata kejap je....dpt tekong bt 5kali ace...dah boleh main2 selamat.
Skrg mana2 kejohohnn org paling takut kat tekong yg baik n bijak....
 
kiraan 15 ni lagi bahaya,kwln bola kena baik,tekong kena konsistn masuk,killer senang cerita tak boleh sanggkut langsung n blockg kena baik....
15 mata kejap je....dpt tekong bt 5kali ace...dah boleh main2 selamat.
Skrg mana2 kejohohnn org paling takut kat tekong yg baik n bijak....

ni kiraan 15 mata cam ping pong ke
mmg la cepat :(
 
Myanmar tarik diri Siri Super Istaf?

KUALA LUMPUR - India, Filipina dan China mengumumkan penarikan diri sementara Myanmar dan Laos masih membisu mengenai penyertaannya dalam Siri Super 2 Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) di Palembang, Indonesia dari 23 hingga 26 Februari ini.

India dan China memberikan alasan terlibat dalam kejohanan tempatan mereka pada waktu yang sama lantas terpaksa melupakan kategori lelaki dan wanita Siri Super 2, namun tiada penjelasan berhubung pengunduran Filipina.

Malah, Myanmar yang dikatakan masih meratapi kekalahan kontroversi perlawanan akhir acara beregu Sukan SEA XXVI kepada Indonesia di Palembang, November lalu, berkemungkinan besar mengikut jejak ketiga-tiga negara itu.

Setiausaha Agung Istaf, Abdul Halim Kader berkata, ekoran penarikan diri itu, Taiwan dan Australia diundang sebagai pengganti sementara wanita hanya akan disertai tujuh regu termasuk tuan rumah.

"Bagi lelaki, negara yang sah menyertai Siri Super 2 ialah Thailand, Malaysia, Singapura, Korea Selatan, Indonesia, Brunei, Amerika Syarikat, Jepun, Taiwan dan Australia sementara wanita - Thailand, Malaysia, Jepun, Korea Selatan, Vietnam dan Indonesia," jelas kepada Utusan Malaysia, semalam.

Setiap negara peserta hanya boleh menghantar lima pemain, seorang jurulatih dan seorang pengurus bagi setiap kategori Siri Super 2 Istaf di Pusat Konvensyen Sukan, Palembang dengan format perlawanannya ialah terbaik daripada lima set.

Siri Super 1 Istaf di Bangkok, September lalu menyaksikan Thailand membolot gelaran lelaki dan wanita dengan menewaskan Indonesia dan Korea Selatan sementara Malaysia sekadar ke suku akhir (lelaki) dan kalah peringkat kumpulan (wanita).

Keputusan kesemua sirkit Siri Super dan Piala Dunia di Kuala Lumpur, Julai lalu, akan mempengaruhi ranking dunia Istaf yang diperkenalkan tahun lalu.

Juara Siri Super Istaf akan mendapat 250 mata, naib juara dengan 200 mata dan 175 mata buat dua regu yang mara ke separuh akhir sementara regu lain yang layak ke sesuatu sirkit, diberikan 150 mata.

Siri Super 3 Istaf akan diadakan di Pusat Perses dan Dewan Sukan Tertutup Toa Payoh, Singapura dari 3 hingga 6 Mei sementara Pusingan Akhirnya bagi musim 2011-12 di Stadium Tertutup Hua Mark, Bangkok pada 28 Jun hingga 1 Julai ini.
 
hoho den jumpo thread best ni..

kl, gombak setapak wangsa maju..ada kosong x?..

boleh juga, layan skali skala ni
 
Sepak takraw sertai Sukan Islam 2013

KUALA LUMPUR - Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Dalam Dewan Asia, Sukan Pantai Asia bahkan Sukan Dunia sendiri sudah menyaksikan aksi sepak takraw biarpun sebagai acara pertunjukan dan kini, giliran Sukan Persaudaraan Islam (ISG) pula untuk menyambut kemunculannya pada tahun depan.

Dua cabang sepak takraw, antara regu dan beregu dicadangkan sebagai acara pertunjukan dalam ISG Ketiga dari 6 hingga 17 Jun 2013 di Pekan Baru, Riau, Sumatera selepas Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) mendapat lampu hijau daripada jawatankuasa induk pengelolanya.

Setiausaha Agung Istaf, Abdul Halim Kader menyampaikan berita gembira buat negara Islam yang bermain sepak takraw ini selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Umum Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Indonesia (KONI), Jeneral Toni Suratman di Palembang.

"Kemasukan sepak takraw ke ISG bakal membuka peluang keemasan buat negara Islam di seluruh dunia yang bermainnya seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Iran, Bangladesh, Pakistan, Sri Lanka, Oman dan Qatar, merebut pingat biarpun cuma pertunjukan di Pekan Baru.

"Inilah juga kesempatan terbaik buat negara membangun sepak takraw, mengukur kemampuan awal mereka mahupun memupuk keyakinan di gelanggang sebelum menghantar pasukan ke temasya lebih besar seperti Sukan SEA atau Asia atau Pantai Asia," katanya.

Hadirnya sepak takraw dalam ISG kata Abdul Halim yang juga Presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf), mencatat detik baru bersejarah sukan warisan Melayu ini selepas 'menembusi' Sukan Dunia sebagai pertunjukan di Kaohsiung, Taiwan 2009.

Malah, beliau menyifatkan ketibaan sepak takraw dalam ISG di Pekan Baru tepat pada masanya apatah lagi dengan meningkatnya populariti sukan itu sejak Indonesia meraih pingat emas sulungnya dalam Sukan SEA XXVI di Palembang, November lalu menerusi cabang beregu lelaki.

"Astaf dan Istaf turut percaya sepak takraw ISG akan terus disokong padu Kementerian Belia dan Sukan Indonesia yang dipimpin Andi Mallarangeng dan Presiden Persatuan Sepak Takraw Indonesia (PSTI), Basri Sidehabi seperti mana yang diperoleh Siri Super 2 Istaf di Palembang, minggu lalu," katanya.

ISG pertama berlangsung di Arab Saudi pada 2005, namun edisi keduanya yang asalnya dijadualkan pada 2009 sebelum ditunda ke April 2010, terpaksa dibatalkan di Iran kerana perbalahan.
 
Back
Top
Log in Register