BTC USD 82,621.0 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sepak Takraw

Imej PSM tercalar

PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) mengecam tindakan buruk pihak tidak bertanggungjawab yang berterusan memburuk-burukkan nama baik badan induk itu.

Meskipun kesemua Ahli Majlis Tertinggi PSM telah menyuarakan sokongan sebulat suara kepada Datuk Ahmad Ismail untuk terus memimpin PSM, masih ada pihak yang dikatakan cuba ‘bermain kotor’.

Terbaharu, satu laporan tertutup yang diedarkan kepada semua wakil dalam mesyuarat Ahli Majlis PSM di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 17 Disember lalu telah disalahgunakan.

Justeru, Setiausaha Kehormat Persatuan Sepak Takraw Perlis (PSTPs) merangkap Ahli Majlis PSM, Syed Azmir Syed Ahmad (gambar kecil) tampil untuk membetulkan keadaan dan mengecam laporan yang disiarkan dalam sebuah akhbar kelmarin.

“Saya tidak pernah membuat sebarang kenyataan akhbar kepada wartawan tersebut.

“Saya mengakui dengan penuh tanggungjawab bahawa saya memang ada menulis satu laporan berkaitan pencapaian skuad elit negara pada Sukan SEA 2011 di Palembang, Indonesia lalu.

“Bagaimanapun, ia hanyalah satu laporan tertutup untuk semua wakil yang menghadiri mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi PSM baru-baru ini.

“Tujuan sebenar saya menulis laporan itu adalah untuk meminta semua wakil agar menggembeling dan terus berusaha gigih dalam melakukan perubahan serta penambahbaikan kepada pencapaian prestasi skuad negara pada masa depan,” kata Syed Azmir kepada Kosmo! semalam.

Syed Azmir berkata, beliau berasa amat kesal kerana ketika kesemua Ahli Majlis Tertinggi PSM telah memberikan taat setia kepada Presiden PSM untuk memartabatkan semula maruah sepak takraw negara di persada dunia, masih ada pihak yang berterusan mengambil kesempatan bagi memburukkan imejnya serta menggugat kredibiliti persatuan tersebut.

Katanya, bagi pihak PSTPs, beliau mengecam tindakan buruk pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut kerana mereka tidak berhenti dengan niat jahat bagi memburukkan PSM walaupun pelbagai usaha yang akan dan telah dilaksanakan oleh PSM selama ini.

“PSTPs akan terus menyokong kepimpinan PSM.

“Jangan hanya pandai mengkritik dan melihat kelemahan orang lain, sebaliknya tanyalah apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan maruah dan martabat sepak takraw negara?

“Saya juga menyeru kepada pihak terbabit agar menghentikan apa jua bentuk kecaman bagi memburukkan PSM kerana adalah lebih baik sekiranya manfaatkan pandangan serta pendapat mereka ke arah kemajuan sukan sepak takraw negara.

“Akhir sekali, saya berharap pihak yang berterusan mengecam PSM tanpa bukti yang nyata tampil menyalurkan pandangan mereka supaya ia dapat dibincangkan secara mendalam dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi PSM,” ujarnya.
 
Rombak segera: Syed Azmir

‘Sudah sampai masa PSM rombak struktur jawatankuasa kejurulatihan'

PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) perlu merombak segera organisasi Jawatankuasa Kejurulatihan andai mahu meningkatkan kembali prestasi dan mengembalikan maruah negara permainan tradisi itu di persada dunia.

Rombakan itu adalah antara sembilan cadangan yang diutarakan Setiausaha Kehormat Persatuan Sepak Takraw Perlis, Syed Azmir Syed Ahmad dalam laporannya, susulan prestasi buruk skuad sepak takraw negara pada Sukan SEA XXVI, November lalu.

“Sudah sampai masa PSM melakukan rombakan terhadap struktur jawatankuasa kejurulatihan dengan pengerusinya harus dilantik di kalangan orang yang memiliki pencapaian akademik dalam sains sukan dan pendidikan jasmani di samping memiliki pengetahuan mendalam berkaitan aspek kejurulatihan.

“Jika memiliki kelulusan itu, baru dia mampu menyelia, menganalisa dan menilai program latihan dirancang dan dilaksanakan ketua jurulatih agar ia mampu melonjakkan prestasi atlit ke arah berorientasikan pencapaian,” katanya.

Syed Azmir yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dan Sijil Perguruan Khas Pendidikan Jasmani Kesihatan turut mahu jawatan ketua jurulatih dan jurulatih skuad negara perlu diteliti dan dipilih semula secara temu duga terbuka oleh panel bebas.

“Ketua jurulatih mesti lebih kreatif mempelbagaikan kaedah latihan dan merancang program latihan yang mampu menunjukkan peningkatan pemain dan pelantikan bagi jawatan itu perlu bersifat telus dan terbuka dengan dibuat secara permohonan serta melalui proses temu duga ,” katanya.

Syed Azmir juga meminta Majlis Sukan Negara (MSN) menamatkan tugas dua perunding dari Thailand dan lebih telus membuat pemilihan jawatan tersebut secara temu duga terbuka serta membuat klasifikasi yang jelas berkaitan perunding dan jurulatih.

“Kalau dilihat program latihan yang dirancang dua perunding Thailand itu, sesuaikah mereka digelar perunding? Sedar atau tidak MSN sebenarnya sudah membuat satu kesilapan dan melakukan pembaziran wang,” katanya dalam laporan itu.
 
Jangan sekadar jadi 'jaguh kampung'

KEJOHANAN Liga Sepak Takraw Kebangsaan Super Siri Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Sirkit 3 telah melabuhkan tirainya di Dewan Gimnasium 2, Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil minggu lalu.

Seperti dijangka, PSM menepati ramalan awal apabila mengutip 30 mata maksimum hasil 15 kemenangan berturut-turut, sekali gus mengatasi cabaran Terengganu dan Kelantan yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua dan ketiga.

Namun paling menarik, PSM seolah-olah dijadikan 'rujukan' oleh mana-mana pasukan yang bersaing apabila mereka dilihat begitu bersemangat untuk 'memalukan' regu PSM.

Ia dapat dibuktikan menerusi regu MSN Kedah dan Kelantan yang berjaya mencuri satu set sebelum terpaksa akur dengan kekalahan 1-2.

Percaya atau tidak, ia satu 'libasan' yang cukup positif sebenarnya supaya PSM tidak lagi berasa terlalu kebal ketika menyertai mana-mana kejohanan tempatan selepas ini.

Apa tidaknya, mana-mana pasukan seolah-olah tidak kisah dengan keputusan sebenar perlawanan asalkan dapat mengatasi PSM hatta sekadar menang satu set semata-mata.

Meskipun jurulatih negara, Jamaluddin Hassan menganggap satu set yang 'dicuri' itu tidak begitu membimbangkan dan lazim berlaku dalam mana-mana perlawanan sepak takraw, sekurang-kurangnya anak-anak buah beliau sudah menerima mesej yang cukup jelas daripada pasukan tempatan supaya jangan hanya sekadar menjadi 'jaguh kampung'.

Apa yang pasti, Kejuaraan Dunia Sepak Takraw Super Series di Palembang pada Februari tahun depan pastinya menjadi titik tolak kepada kebangkitan skuad kebangsaan yang masih gagal keluar dari 'zon suram' sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Bukan apa, kekalahan memilukan pada temasya Sukan SEA 2011 di Palembang, Indonesia November lepas masih berbekas dalam hati setiap peminat.

Jadi 'butang panik' sebenarnya sudah boleh ditekan oleh PSM walaupun mengakui memerlukan masa sekurang-kurangnya lima tahun supaya kembali digeruni di peringkat antarabangsa.

Cadangan Jamaluddin yang mahu pemain-pemain sedia ada berehat bagi memberi peluang kepada muka-muka baharu terutama penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) juga jangan diabaikan sebegitu sahaja.

Justeru, ada baiknya pemain-pemain lama ini 'bertapa' seketika supaya corak permainan tidak lagi statik selain anggaplah ia sekadar 'pengorbanan' untuk negara tercinta.

Pada Kejuaraan Dunia Sepak Takraw Super Series nanti, antara muka-muka baharu yang bakal mewakili negara termasuklah Mohamad Fazil Mohd. Asri, Tunku Noor Azwari Tunku Ishak dan Hanafiah Dolah.

Mereka bakal menyertai pemain senior lain yang turut dibawa ke sana seperti Norshahruddin Mad Ghani, Farhan Adam dan Faizul Hairy Osman, sementara pemain-pemain lain seperti Fadzli Roslan, Syazwan Husin dan Noor Azman Hamid digugurkan kali ini.

Persoalan sama ada PSM telah 'terjaga dari tidur yang lena' ataupun tidak selepas ini, sama-samalah kita tunggu dan lihat Februari nanti.

Bukan apa, jangan sampai generasi akan datang hanya tahu kehebatan pasukan kita menerusi kisah dongeng di dalam filem semata-mata, sedangkan kita sebenarnya pernah menjadi kuasa besar dalam sepak takraw sebelum ini.
 
Takraw perlu tumpu sekolah sukan - Ismail

KUALA LUMPUR - Contohi Thailand yang bertumpu ke sekolah-sekolah sukan dalam membentuk barisan pelapis sepak takraw.

Maka, Malaysia pasti mampu kembali menyaingi dan merampas posisi No. 1 dunia milik musuh tradisi itu.

Pemilihan pemain kebangsaan sekarang yang semata-mata atas bakat semula jadi juga wajar diperbaiki manakala Jawatankuasa Pemilihan dan Kejurulatihan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) digesa kerap turun padang memantau perkembangan bakat-bakat baru di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT).

Saranan ini disuarakan Ismail Atan, bekas apit kanan negara yang juga jurulatih Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Bandar Penawar dan menerajui Johor menduduki tempat ke-10 Liga Siri Super PSM, baru-baru ini - kurang satu tangga ke Piala Perdana Menteri, Mac ini.

"Tidak banyak bezanya kita dengan Thailand tetapi kemahiran asas pemain lawan cukup kuat dan ia berpunca daripada tumpuan mereka mendapatkan pemain dari 17 sekolah sukan di sana. Habis sekolah, mereka sudah ada hala tuju," katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Ismail yang pernah melatih Brunei dari 1995 hingga 2005 dengan pencapaian terbaik gangsa Sukan Asia Bangkok 1998 dan Sukan SEA Brunei 1999, menambah, skuad elit cuma ada satu produk SSTMI, Fadzli Roslan tetapi ke mana perginya yang lain-lain?

"Kita juga ada banyak sekolah sukan negeri seperti Bukit Nanas Terengganu atau Mutiara Impian Pulau Pinang, malah ada lepasan SSTMI ke pra universiti dan akhirnya, IPT. Mengapa tidak PSM memantau dan mendapatkan pemain-pemain ini," katanya.

Jelasnya, alangkah bagus kalau lebih ramai bekas pemain negara yang sudah tidak bekerja tetap, diambil berkhidmat dengan sekolah-sekolah menerusi kerjasama PSM dan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) sekali gus tidak lagi bergantung kepada guru sekolah sahaja.

"Sudah sampai masanya kita tukar trend melantik guru sebagai jurulatih pasukan sepak takraw sekolah. Mereka sudah berjawatan tetap tetapi jika bekas pemain diambil secara kontrak dengan ditetapkan KPI (petunjuk prestasi utama) tertentu, pasti mereka berikan komitmen yang lebih jitu.

"Saya pernah membawa pasukan sekolah ke Batam, Indonesia dan mendapati mereka telah melaksanakannya selain mengatur program lima tahun dengan mencari 15 pemain terbaik setiap daerah. Kita pun sudah dikalahkan Indonesia dalam Sukan Sekolah-sekolah ASEAN (Singapura 2011 dan Putrajaya 2010)," katanya.

Ismail, 58, atau digelar 'Ismail Arab' yang turut mencipta nama dengan Angkatan Tentera Malaysia pada era 80-an, menjelaskan, ada baiknya sekolah sukan negeri di Malaysia dihantar menyertai Sukan Sekolah-sekolah Sukan Thailand yang mempertandingkan kategori bawah 14, 16 dan 18 tahun.

"Kami turut bertanding dengan ditaja Majlis Sukan Johor dan menduduki tempat ketiga bawah 18 dalam temasya melibatkan 17 sekolah sukan Thailand selain sekolah Brunei di Suphanburi, pertengahan tahun lalu," katanya yang membimbing SSTMI sejak 2006.

Jelasnya, PSM juga disaran selalu memantau Kejohanan MSSM (bawah 12, 15, 18 tahun), Sirkit SportExcel (tiga sirkit bawah 16), Grand Prix Piala Menteri Pelajaran (lima sirkit bawah 11, 14 dan 16) dan Sukan Antara Sekolah-sekolah Sukan Negeri yang diadakan setiap tahun.
 
Persatuan negeri perlu aktif

su_05.1.jpg

KECEMERLANGAN sukan sepak takraw negara pada masa akan datang banyak bergantung kepada keberkesanan program pembangunan di peringkat negeri.​

MASA depan sepak takraw negara banyak bergantung dengan keberkesanan program pembangunan di peringkat negeri.

Jika tidak, usah mimpi nak lihat sukan tersebut terus menyerlah di pentas antarabangsa.

Bagi menentukan hala tuju sukan sepak takraw pada masa hadapan, program pembangunannya di peringkat akar umbi perlu digerak dan diaktifkan seca- ra serius.

Ini kerana, program ini dianggap sebagai landasan terbaik bagi menyediakan atlet pelapis yang memiliki kemahiran fizikal, teknikal, takti- kal dan psikologi yang kuat, sekali gus muncul sebagai pemain berkualiti untuk diketengahkan bagi mewakili negara pada masa hadapan.

Dalam usaha memantapkan program pembangunan di peringkat negeri, Persatuan Sepak Takraw Perlis (PSTPs) telah menggariskan tujuh strategi penting untuk merancakkan akitivti yang mereka rancangkan.

Setiausaha Kehormat PSTPs, Syed Azmir Syed Ahmad berkata, langkah pertama adalah memasti- kan persatuan sepak takraw negeri mengambil usaha untuk meramaikan jurulatih yang bertauliah.

"Jurulatih ini perlu memiliki Sijil Kejurulatihan Spesifik dan Sijil Sains Sukan di bawah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan supaya sistem latihan yang dijalankan berkualiti tinggi.

"Langkah kedua, Jawatankuasa Kejurulatihan Negeri juga mestilah diterajui oleh individu yang berkelulusan dalam bidang sains sukan atau setaraf dengannya agar program pembangunan latihan dapat dirancang dan dilaksanakan dengan penuh sistematik serta berorientasi- kan aspek sains sukan," kata Syed Azmir yang juga Ahli Majlis Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM).

Syed Azmir berkata, pelantikan jurulatih mestilah dilakukan oleh persatuan itu sendiri melalui surat lantikan rasmi dan pengenda- lian latihan oleh jurulatih tersebut perlu di- pantau dari semasa ke semasa bagi mengenal pasti segala kelemahan yang wujud.

Bagi langkah keempat pula, atlet dalam program pembangunan negeri mesti didedahkan dengan aspek fizikal, teknikal, takti- kal dan psikologi agar mereka dapat memaksimumkan kesan latihan di samping memiliki daya tahan serta semangat juang yang tinggi.

"Langkah kelima pula, pihak-pihak yang mempunyai prasarana kemudahan sukan mestilah bersedia untuk membantu persatuan negeri menyediakan tempat dan kemudahan latihan tanpa sebarang caj.

"Harus diingat bahawa persatuan bukanlah badan yang menghasilkan keuntungan, malah sumber kewangan persatuan amat terhad serta sering menghadapi masalah untuk mendapatkan tempat latihan disebab- kan bayaran sewa yang tinggi.

"Yang keenam, persatuan negeri mesti sedar bahawa bila disebut program pemba- ngunan ia meliputi tiga elemen penting iaitu kejurulatihan, pengadilan dan penyediaan atlet.

"Ini bermakna, di samping usaha untuk meramaikan jurulatih dan pengadil di pering- kat negeri, langkah proaktif juga mesti diambil untuk meningkatkan pengetahuan mereka dari semasa ke semasa dengan maklumat terkini.

"Ia bagi memastikan mereka lebih yakin dan bersedia menerima cabaran serta melakukan perubahan untuk peningkatan kualiti kejurulatihan dan pengadilan.

"Penyediaan atlet negeri juga mestilah mempunyai matlamat dan hala tuju yang jelas agar atlet tersebut lebih bersedia untuk mewakili negara pada masa depan."

Syed Azmir memberitahu, pendedahan dengan pelbagai pertandingan baik di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa merupakan strategi terakhir yang perlu dilakukan.

Dengan cara ini, kualiti latihan dapat diukur dengan jelas secara objektif di samping berupaya membina kekuatan psikologi untuk menghadapi apa juga tekanan, terutamanya dalam situasi yang genting.

Syed Azmir berkata, PSTPs juga kesal kerana terdapat badan pengurusan sukan negeri yang tidak faham dan jelas dengan fungsi kewujudan mereka.

Badan tersebut bertindak membelakangi persatuan negeri dengan tujuan seolah-olah merekalah yang bertanggungjawab melaksa- nakan program pembangunan di negeri berkenaan.
 
Petaling raja libas Sukan Selangor

BANGI - Daerah Petaling menguasai dua daripada tiga gelaran acara berpasukan dan beregu sepak takraw Sukan Selangor (Sukses) 2012, sekali gus bakal menjadi penyumbang terbesar skuad Sukan Malaysia XV negeri itu di Pahang, Julai depan.

Malah mereka nyaris melebarkan penguasaan bagi antara regu pada hari terakhir pertandingan di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi jika regu A dan B, tidak disekat Hulu Langat B dan Gombak dalam separuh akhir, kelmarin.

Aksi sengit separuh akhir itu menyaksikan Petaling A ditundukkan Gombak A 1-3, begitu juga Petaling B yang dijinakkan Hulu Langat B 1-3.

Petaling menewaskan Gombak 2-1 (15-8, 15-13), (14-16, 15-11, 13-15) (11-15, 15-12, 15-10) bagi memenangi pingat emas berpasukan yang dijalankan secara liga melibatkan tujuh daerah, Jumaat lalu.

Barisan pemain juara berpasukan Petaling ialah Idham Sulaiman, Shafirul Nizam, Hamli Sadik, Yusyairi Amir Yusuf, Badri Rahman, Amirul Ashraf, Khairol Amirul Rahman, Zainur Rashid Zainuddin dan Shamsul Amri.

Koleksi gelaran mereka bertambah sehari kemudian apabila turut menundukkan Hulu Langat A 3-1 (15-12, 14-16, 15-12, 15-9) dalam perlawanan akhir beregu.

Hulu Langat B bagaimanapun menebus kehampaan rakan beregu mereka apabila dengan mudah mengatasi Gombak A 3-0 (15-11, 15-12, 15-8) pada perlawanan akhir kelmarin untuk menjuarai acara antara regu.

Mereka membariskan pemain seperti Muhammad Asrari Mustaen, Muhammad Syazwan Dahlan, Muhammad Mad Rashid dan Nor Alyani Fahmi Salihen.

Kecuali berpasukan, acara antara regu dan beregu Sukses dijalankan menurut sistem kiraan baru Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) iaitu terbaik daripada lima set.
 
ahad lepas baru je kantol kat suku akhir tertutup kulai....dah lama tak main...
 
rajin tul abe mantoya main takraw :D

saje enjoy2 je main....baru seminggu lebih turun,terus masuk bertandg....tu pun pasal terjumpa balik regu lama kawan,dah 5thn tak main,harap killer je yg fit...
kalah set ke 3 17-21,21-13n n 11-15 hampeh:((:((:((:((...
tapi takpe,bt permulaan thn ni,pasni target semifinal,tgk jugalah kalu kawan blk awal petg boleh trainng,kalu tak trainng tak berape marilah main...
 
saje enjoy2 je main....baru seminggu lebih turun,terus masuk bertandg....tu pun pasal terjumpa balik regu lama kawan,dah 5thn tak main,harap killer je yg fit...
kalah set ke 3 17-21,21-13n n 11-15 hampeh:((:((:((:((...
tapi takpe,bt permulaan thn ni,pasni target semifinal,tgk jugalah kalu kawan blk awal petg boleh trainng,kalu tak trainng tak berape marilah main...

Pasni dah rajin main makin perform la
 
Back
Top
Log in Register