BTC USD 82,285.0 Gold USD 4,169.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sepak Takraw

Thailand juara kalahkan Indonesia..
Malaysia sangkut di suku akhir..
 
makin teruk dah takrow malaysia ni.....
katanya dpt ramuanlah apelah...rupa2nya ramuan senang kalah....
 
makin teruk dah takrow malaysia ni.....
katanya dpt ramuanlah apelah...rupa2nya ramuan senang kalah....

itu laa pasal..
bola sepak makin maju, takraw makin tenggelam..
 
itu laa pasal..
bola sepak makin maju, takraw makin tenggelam..

suku akhir kalau dah sangkut memang dah parah sgt2:((:((:((....
jepun korea pun dah byk improve....
 
Malapetaka menanti Malaysia

YANG dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.

Demikian nasib skuad sepak takraw negara yang sehingga kini dilihat masih tercari-cari formula terbaik supaya kembali digeruni di pentas antarabangsa.

Ketika usaha mengekang dominasi musuh tradisi, Thailand dilihat semakin sukar, Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) juga terpaksa menerima hakikat betapa pasukan-pasukan lain seperti Indonesia dan Korea Selatan juga kini sudah boleh ‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’ dengan skuad elit negara.

Mungkin ia bukan sesuatu cerita yang baharu, namun tumbang kepada Indonesia di peringkat suku akhir Siri Super I Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) di Bangkok, Thailand kelmarin menjadi petanda yang cukup jelas buat skuad sepak takraw negara.

Apa yang pasti, negara kini ketandusan pemain pelapis berkaliber bagi memberikan saingan positif terhadap skuad sedia ada.

Bekas pemain negara, Nasir Ismail berkata, tewas kepada nama-nama baharu dalam sepak takraw sememangnya satu malapetaka buat Malaysia.

Menurutnya, ‘industri’ sepak takraw negara kini mengalami ‘zaman hitam’ apabila tidak memiliki calon pengganti yang boleh bersaing dengan pemain sedia ada.

“Pemain kita sebenarnya kurang menerima persaingan ketika latihan, balik-balik orang (pemain) yang sama beraksi gara-gara ketiadaan pemain pelapis berpotensi sehingga menyebabkan prestasi mereka tidak meningkat.

“Saya lihat permainan sepak takraw kelihatan sungguh asing bagi remaja zaman sekarang jadi susah kita hendak mencari pemain berbakat, justeru semua pihak harus memainkan peranan mempopularkan semula permainan tersebut di kalangan generasi muda,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Nasir berkata, situasi itu jelas berbeza dengan negara-negara lain seperti Thailand dan Korea Selatan yang giat mencungkil bakat-bakat muda sebagai pelapis skuad kebangsaan masing-masing.

Seorang lagi bekas pemain negara, Ku Halim Ku Musa berkata, usaha untuk mempopularkan semula sukan sepak takraw wajar dilaksanakan segera sejak peringkat sekolah.

Malah katanya, cadangan untuk mengimport jurulatih dari luar bukan penyelesaian mudah bagi memartabatkan semula skuad sepak takraw kebangsaan memandangkan negara sendiri memiliki ramai jurulatih berpengalaman, selain kemenangan dalam setiap perlawanan sebenarnya dipengaruhi oleh sejauh mana keyakinan pemain beraksi.

“Pemain kita lazimnya berhati kecil (gementar) ketika berjumpa Thailand, sebaliknya berhati besar (terlalu yakin) ketika menentang pasukan kurang ternama sehingga sering melakukan kesilapan mudah yang akhirnya memakan diri sendiri.

“Saya harap pemain sedia ada bertanggungjawab mempertingkatkan skil individu masing-masing, jangan hanya bergantung harap dengan latihan yang disediakan jurulatih jika tidak lagi mahu menanggung malu dikalahkan pasukan-pasukan yang satu masa dahulu dibelasah pasukan kita,” katanya.
 
kat daerah n kampung pun dah pupus takrow ni.....
mcm ne nak ada pelapis...
 
Sikap pemurah PSM makan diri

KUALA LUMPUR - Kemurahan hati Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) membenarkan Indonesia mengadakan lawatan dan persahabatan di negara ini wajar dikaji jika merujuk kekalahan skuad elit dalam suku akhir Siri Super I di Bangkok, kelmarin.

PSM membuka pintu kepada skuad negara jiran itu iaitu ketika Piala Dunia Pertama Julai lalu dan terbaru dalam siri perlawanan ujian enam penjuru di Pulau Pinang dari 17 hingga 21 Ogos lalu yang akhirnya 'memakan diri' anak buah Ahmad Jais Baharun.

Apabila PSM ditegur kerana membenarkan sebuah pasukan sekolah tinggi Korea Selatan ke Pulau Pinang, ada pegawai kanannya yang marah dan membela diri.

Namun, bagaimana dengan peningkatan pasukan senior mereka yang mencemaskan skuad elit sebelum kalah 3-2 pada peringkat Kumpulan B?

Kelmarin, regu negara iaitu tekong Noor Azman Hamid (Syazwan Husin), pelibas Norshahruddin Mad Ghani dan pengumpan Faizul Hairy Osman tewas 2-3 (10-15, 15-12, 16-17, 15-7, 12-15) kepada Indonesia.

Pemangku ketua jurulatih, Ahmad Jais Baharun berkata: "Menentang Indonesia mengajar kita jangan memandang mudah mana-mana lawan walaupun mendahului jauh (seperti set ketiga kelmarin). Selagi belum mencapai mata ke-15 atau penamat (jika terheret dius), mereka kena sentiasa fokus.

"Saya akur dengan kekalahan 'malapetaka' ini dan saya serta Prawet (Intar, perunding dari Thailand) memikul tanggungjawab di atasnya di samping seluruh pemain," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Thailand menjuarai kategori lelaki dan wanita setelah menewaskan Indonesia 15-6, 15-6, 15-6 dan Korea Selatan 15-7, 15-10. 15-7 dalam perlawanan akhir di Pusat Beli-belah Fashion Island, Bangkok, semalam.
 
Saingan Zon Tengah catat rekod

KUALA LUMPUR - Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2011 Zon Utara di Kompleks Sukan Negeri, Paroi, Seremban, Sabtu hingga Ahad ini, mencatat rekod penyertaan terbesar di antara semua zon sejak tirai aksi edisi kedua dimulakan 18 Jun lalu.

Sebanyak 160 regu sudah mengesahkan penyertaan, mengatasi had 150 regu setiap zon yang ditetapka.

Ini menyebabkan penganjur terpaksa menutup penyertaan hari ini biarpun masih terdapat beberapa pasukan yang mahu melontarkan cabaran pada saat akhir.

Zon Selatan di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, Johor, cuma mampu menyaksikan 68 regu yang meliputi ketiga-tiga kategori, Terbuka, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA-S)/Bawah 19 Tahun dan Bawah 15 Tahun dari 18 hingga 19 Jun lalu dengan PESTANS A muncul juara Terbuka.

Angka itu meningkat kepada 111 regu Zon Utara di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah dari 1 hingga 2 Julai lalu dengan pasukan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menghantar kontinjen terbesar yang meliputi 12 regu ketiga-tiga kategori dan muncul juara Terbuka, menewaskan ATM JLJ C.

Aksi Zon Timur dari 16 hingga 17 Julai lalu pula menggamit kehadiran 109 regu ke Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang, Gambang, Pahang namun aksi perlawanan akhir Terbuka dianggap antara terhebat dengan GASTEP B menjuarainya setelah menewaskan PESTANS.

Malah PESTANS yang menjuarai Terbuka Zon Selatan, kali ini ke Zon Tengah dengan menampilkan kontinjen terbesar, 30 regu yang jauh mengatasi rekod GPMS iaitu 10 regu kategori berkenaan, 10 regu IPTA-S/B19 dan 10 regu B15.
 
Skuad elit bakal dirombak

KUALA LUMPUR - 'Jangka hayat' majoriti pemain dalam skuad elit sepak takraw negara mungkin hanya bertahan sehingga tahun ini, selagi prestasi mereka masih merudum dalam Sukan SEA November ini seperti mana diaibkan Indonesia 2-3 dalam suku akhir Siri Super I di Bangkok, Sabtu lalu.

Tempat mereka mungkin diambil alih sepenuhnya oleh muka baru yang berusia bawah 18 dan 19 tahun.

Mereka akan diletakkan di bawah program jangka panjang yang dikendalikan dua perunding Thailand sekarang, khususnya bagi menghadapi Sukan Asia Incheon 2014 dan seterusnya.

Saranan ini disuarakan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong (gambar) setelah mendapati tahap kemampuan pemain skuad elit sekarang di pentas antarabangsa bagaikan sukar dimajukan lagi ekoran kekalahan 'malapetaka' terbaru anak buah Jamaluddin Hassan itu.

"Itu sahajalah pemain yang kita ada malah ada yang sudah bertahun-tahun dalam skuad dan masih tidak meningkat atau boleh diturunkan. Ada yang servis pun masih tidak boleh masuk, bagaimana hendak bermain. Ada yang berlatih bagus tetapi bila tiba kejohanan mental jadi lemah.

"Kita sudah tukar jurulatih dua tiga kali (Haris Abd. Rahman, Iskandar Arshad dan Jamaluddin) selepas Laos (Sukan SEA 2009) dan Guangzhou (Sukan Asia 2010).

"Bagi jangka pendek ini (ke Sukan SEA), kita cuba tengok dulu prestasi mereka (skuad elit) lagi. Untuk jangka panjang ke Incheon dan selepasnya, kita mungkin gunakan khidmat dua perunding Thailand sekarang (Prawet Intar dan Taweet Wongkaen) untuk mengenal pasti bakat baru bawah 18 atau 19 tahun," katanya pada sidang akhbar sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Belia dan Sukan di Bukit Jalil, semalam.

Tegas Zolkples, kekalahan Malaysia kepada Indonesia ini tidak wajar ditujukan semata-mata kepada Prawet yang turut hadir di Bangkok dengan membantu penolong jurulatih negara, Ahmad Jais Baharun sementara Taweet dan Md. Fikri Md. Nor membimbing skuad wanita.

Malah tidak sampai 48 jam selepas Siri Super, gandingan Faizul Hairy Osman-Fadzli Roslan kecundang 0-3 (11-15, 16-17, 12-15) juga kepada Indonesia dalam acara beregu Kejohanan Dunia Piala Raja Thai Ke-26 di gelanggang sama.
 
Takraw KFC-Utusan: Undian Jumaat

KUALA LUMPUR - Debaran Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2011 semakin dirasai menjelang majlis undian bagi saringan Zon Tengah yang akan diadakan Jumaat ini pukul 8.30 malam di Dewan Serbaguna Majlis Sukan Negeri (MSN), Kompleks Sukan Negeri, Paroi, Seremban.

Malah penyertaan kali ini juga mencipta sejarah apabila 171 regu sudah mengesahkan penyertaan untuk beraksi.

Eksekutif Kanan, Pengurusan Jenama, Jabatan Pengurusan Jenama Utusan Melayu (M) Berhad, Hazura Ahmad Halil berkata, semua 171 regu perlu menghantar seorang wakil pada majlis undian tersebut bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Menurutnya, 50 wakil regu terawal yang hadir pada majlis tersebut akan menerima cenderamata misteri daripada penganjur dan penaja kejohanan.

"Kita mahu pengurus pasukan atau wakil mereka hadir mendengar taklimat berhubung kejohanan yang bakal berlangsung, selain cabutan undi pada malam tersebut.

"Malam itu juga mereka akan tahu siapa lawan mereka pada Sabtu nanti dan kita harap semua regu dapat memberi kerjasama dengan baik," katanya semalam.

Tambah Hazura, undian Jumaat ini penting kepada semua regu kerana sebarang masalah boleh dibincangkan bersama penganjur dan bahagian teknikal kejohanan.

"Malam tersebut masih lagi terbuka untuk berbincang berhubung masalah yang dihadapi oleh peserta, sehari sebelum kejohanan kerana pada Sabtu nanti mereka perlu sahkan regu mereka untuk beraksi," katanya.

Majlis pelancaran Zon Tengah akan disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan, Datuk Abd. Samad Ibrahim, Ahad ini.

Selain itu menambahkan kemeriahan kejohanan, aktiviti sampingan seperti sepak raga bulatan, demonstrasi libasan, permainan dart serta sesi karaoke turut diadakan bersama 100 Plus dan Antabax.

Sebanyak 22 gerai jualan dibuka kepada orang ramai untuk jualan cenderamata, pakaian dan makanan ringan. Untuk keterangan lanjut tempahan gerai jualan, sila hubungi 03-92210202/0203 (Dino/Lieya) atau 06-7672979 (Sahri/Zarina).
 
Back
Top
Log in Register