BTC USD 82,620.2 Gold USD 4,165.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sepak Takraw

diaorg skrg tengah studykan killer plak bro...diaorg latih kick bola setinggi yg boleh...maknanya diaorg akan libas lebih tinggi dari blocker...sbb tu mesia kalah baru2 ni...dan bola kuda kita dah mampu tangkis...

kita still ketinggalan lg la ngan siam kalo cam tu
 
Skuad takraw negara sasar final

SKUAD sepak takraw negara meletakkan sasaran sekurang-kurangnya mara sehingga ke pentas final pada Kejohanan Siri Super 1 Persekutuan Sepak Takraw Dunia (Istaf) dan Kejohanan Piala Raja Thai bulan depan.

Jurulatih skuad negara, Jamaluddin Hassan berkata, barisan pemain yang ada ketika ini perlu dipupuk untuk menanamkan tekad dalam diri masing-masing bahawa matlamat utama setiap kali menyertai sebarang kejohanan adalah mereka perlu mara sehingga ke final.

“Ketika era saya bermain dahulu, kami sering kali mara sehingga ke final. Itu sudah seperti kewajipan buat kami semua setiap kali menggalas cabaran negara dalam apa jua kejohanan.

“Kita perlu menetapkan satu standard untuk barisan pemain yang kita ada ketika ini. Jika kita tidak boleh menang dengan Thailand sekalipun, kita perlu mara seku- rang-kurangnya sehingga ke final.

“Saya yakin, pemain-pemain boleh mela- kukannya dan untuk permulaan kita lihat pada kejohanan Siri Super dan Piala Raja Thai nanti. Mereka perlu tunjuk kepada semua yang kita masih ada kualiti yang tersendiri,” kata Jamaluddin ketika ditemui pemberita di Bukit Jalil kelmarin.

Kejohanan Siri Super 1 ISTAF bakal berlangsung pada 8 hingga 11 September, manakala Piala Raja Thai pada 12 hingga 17 September. Kedua-dua kejohanan akan diadakan di Bangkok, Thailand.

Seramai lima pemain disenaraikan bagi menghadapi Siri Super 1 ISTAF, manakala 12 pemain akan menggalas cabaran pada Piala Raja Thai.

Skuad wanita negara juga akan turut beraksi pada dua kejohanan tersebut.

Dua kejohanan tersebut bakal menjadi medan pemanas badan buat barisan pemain negara yang kini sedang dalam persiapan menghadapi temasya Sukan SEA 2011 di Indonesia, November depan.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail tetap yakin dengan kemampuan pemain negara untuk menghadiahkan sekurang-kurangnya satu pingat emas pada Sukan SEA kali ini.

“Saya tahu ada suara-suara sumbang di luar sana yang sering kali mengkritik serta meragui kemampuan barisan pemain negara kita untuk membawa pulang pingat emas tetapi saya hendak tanya, siapa mereka yang hendak buat penilaian begitu?

“Kami di PSM ini yang mendidik pemain-pemain tersebut dan saya tetap yakin dengan kemampuan pemain-pemain yang saya telah anggap seba- gai anak ini untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat emas pada Sukan SEA nanti,” jelasnya.
 
Terengganu Beri Lampu Hijau Jadi Tuan Rumah Kejohanan Sepak Takraw Istaf

KUALA TERENGGANU, 1 Sept -- Terengganu memberi lampu hijau kepada Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Sepak Takraw Super Series Istaf yang akan diadakan Disember ini.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSTNT) Mohd Shapian Ali berkata Terengganu gembira diberi penghormatan mengelolakan kejohanan itu kerana ini merupakan kejohanan peringkat dunia.

"Kita akan mengelolakan kejohanan itu sebaik mungkin sesuai dengan taraf kejohanan dan juga untuk menjaga nama baik negeri dan negara di mata dunia," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mohd Shapian berkata PSM memberi kepercayaan kepada Terengganu mengelolakan kejohanan itu kerana kejayaannya menganjurkan beberapa kejohanan peringkat kebangsaan sebelum ini.

Beliau berkata kejohanan Super Series di Terengganu itu merupakan yang kedua apabila kejohanan Super Series yang pertama akan diadakan di Bangkok, Thailand awal September ini.

Mohd Shapian yang juga Timbalan Presiden PSM berkata mesyuarat berhubung kejohanan itu akan diadakan oleh PSM dalam masa terdekat ini.

Bagi Terengganu, kejohanan itu sangat besar ertinya kerana selain ia boleh ditonton peminat-peminat sepak takraw tempatan, ia juga boleh mempromosi dan mengharumkan nama negeri ke seluruh dunia, katanya.

Beliau berkata Terengganu mempunyai dua buah stadium yang terbaik dan sesuai untuk kejohanan itu iaitu Stadium Negeri dan Stadium Tertutup, kedua-duanya terletak di bandar Kuala Terengganu.

Kerajaan negeri Terengganu turut memberikan kerjasama dalam menjayakan kejohanan tersebut, katanya.
 
Malaysia sudah temui formula

BUKAN suatu yang pelik apabila skuad sepak takraw negara sering kali dibayangi kehebatan Thailand pada mana-mana kejohanan di pentas antarabangsa.

Entah apa puncanya, skuad negara tampak terlalu sukar untuk mencatatkan keme- nangan setiap kali berdepan barisan pemain dari negara Gajah Putih itu.

Lihat sahaja persembahan barisan pemain negara ketika tewas di tangan Thailand pada aksi final Kejohanan Sepak Takraw Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) di Kuala Lumpur, Julai lalu.

Bukan mahu memperkecilkan kemampuan serta kualiti barisan pemain negara tetapi Thailand ternyata jauh lebih hebat daripada aspek strategi serta corak permai- nan mereka.

Ketua jurulatih skuad elit negara, Jama- luddin Hassan yang menyedari hakikat tersebut bagaimanapun sudah mendapat menghidu kelemahan yang dimiliki anak- anak buahnya berdasarkan persembahan pada kejohanan tersebut.

Jamaluddin berkata, barisan pemain negara hanya tewas daripada satu aspek sahaja iaitu pemain Thailand mampu melaku- kan rejaman menerusi kaedah lompatan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan anak-anak buahnya.

“Jika dilihat kepada aksi pemain Thailand ketika perlawanan akhir Kejohanan Dunia lalu, saya dapati pemain mereka mampu melakukan rejaman dengan lompatan yang tinggi, sekali gus menyukarkan pemain kita untuk melakukan halangan.

“Malah mereka juga turut berkemampuan untuk membaca gerakan pemain kita setiap kali mereka melakukan rejaman,” kata Jamaluddin baru-baru ini.

Melihat kepada situasi tersebut, Jamalud- din kini mempunyai strategi tersendiri dalam usaha mengatasi kelemahan skuad kendaliannya.

“Semua masalah pasti ada jalan penyele- saian. Kita perlu menerapkan corak latihan yang lebih agresif kepada barisan pemain, terutamanya killer (apit kanan) bagi memas- tikan mereka juga dapat melakukan lompa- tan yang tinggi ketika melakukan rejaman.

“Selain itu, saya juga sudah dapat menge- san beberapa kelemahan pemain Thailand. Memang mereka hebat ketika melakukan halangan setiap kali pemain kita membuat rejaman.

“Namun tidak di semua sudut mereka mampu melakukan halangan kerana ada sudut-sudut tertentu yang mereka lemah. Jadi pemain-pemain kita perlu kreatif bagi mencari sudut-sudut tersebut dalam usaha mengutip mata,” jelas Jamaluddin.

Skuad negara kini sedang dalam persiapan bagi menghadapi temasya Sukan SEA 2011 di Indonesia pada November depan.
 
Siri Super Istaf undang tanda tanya

KUALA LUMPUR - Sejak berakhirnya Piala Dunia Istaf Pertama Julai lalu, tiada berita yang dikemaskini dalam laman web sepaktakraw.org apatah lagi dengan menjelangnya Siri Super I di Bangkok mulai esok hingga Ahad ini.

Malah, makluman asas undian kumpulan Siri Super I melibatkan 12 pasukan terbaik lelaki dan lapan terbaik wanita daripada Piala Dunia lalu mahupun jadual perlawanan, belum mampu disediakan.

Ketiadaan makluman jelas Siri Super itu turut membingungkan skuad elit negara seramai 12 pemain yang bakal berlepas secara beransur-ansur ke ibu kota Thailand itu mulai pagi ini bagi turut beraksi dalam Kejohanan Dunia Piala Raja Thai Ke-26 di gelanggang sama dari 12 hingga 17 September.

"Sehingga kini dengan siapa pasukan kita diundi dan duduk kumpulan mana pun, belum dapat dipastikan. Mungkin (hanya diketahui) dalam mesyuarat pengurus pasukan (petang esok)," kata ketua jurulatih negara, Jamaluddin Hassan pada sesi latihan di Gimnasium 2 Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, semalam.

Namun, jika menurut beberapa risalah lama Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf), Siri Super I kategori lelaki bakal dibahagikan kepada dua kumpulan dengan setiap satu dianggotai enam negara sementara empat negara masing-masing membentuk dua kumpulan kategori wanita.

Selain juara dunia, Thailand dan naib juara Malaysia, Siri Super I (antara regu) turut disertai Myanmar, Singapura, Korea Selatan, Indonesia, India, Filipina, Brunei, Laos, Amerika Syarikat dan Jepun manakala wanita kita berdepan tuan rumah yang juga juara dunia; Vietnam, China, India, Myanmar, Korea Selatan dan Kemboja.

Ganjaran berjumlah AS$100,000 (RM300,000) ditawarkan bagi Siri Super yang meliputi tiga lagi pusingan di Kuala Terengganu (Disember), Vietnam (wanita, Februari 2012), Iran (lelaki, April 2012) dan pusingan kemuncak (China, Jun 2012).
 
115 regu sudah daftar saingan Zon Tengah

KUALA LUMPUR - Sebanyak 115 regu telah mengesahkan penyertaan pada Kejohanan Sepaktakraw KFC-Utusan 2011 Peringkat Zon Tengah pada 17 dan 18 September ini di Kompleks Sukan Negeri Paroi, Seremban.

Menurut Eksekutif Kanan, Pengurusan Jenama, Jabatan Pengurusan Jenama Utusan Melayu (M) Berhad, Hazura Ahmad Halil, jumlah penyertaan tersebut disifatkan amat menggalakkan.

"Paling membanggakan ialah Majlis Sukan Negeri Sembilan berjaya mengumpul 30 regu untuk mengambil bahagian pada kejohanan ini dan bakal berentap dengan beberapa pasukan lain termasuk dari Johor dan Kedah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Jelasnya, selain kejohanan tersebut, orang ramai juga boleh melibatkan diri dalam beberapa aktiviti lain sepanjang dua hari kejohanan itu berlangsung antaranya sepak raga bulatan, demonstrasi libasan, permainan dart dan sesi karaoke juga aktiviti khas bersama 100 Plus dan Antabax.

"Selain itu untuk menambahkan kemeriahan kejohanan, turut diadakan pelbagai aktiviti sampingan seperti demonstrasi libasan pada 18 September yang pastinya akan mencuri perhatian dengan kemunculan Kumpulan R2 dan Black (Mentor).

"Antara artis lain yang akan turut membuat persembahan adalah Adam AF dan Wakaka Krew yang akan menyerikan kejohanan pada Sabtu 17 September. Sebanyak 22 gerai jualan dibuka kepada orang ramai untuk jualan cenderamata," katanya.

Menurutnya, tempahan untuk gerai tersebut masih lagi dibuka kepada orang ramai dan mereka yang berminat boleh menghubungi talian 03-9221 0202/0203 (Dino/ Lieya) atau 06-7672979 (Sahri / Zarina).

Saingan peringkat akhir akan diadakan di The Piazza, Kompleks Membeli Belah, The Curve, Mutiara Damansara.

Kejohanan ini disokong oleh Persatuan Sepaktakraw Malaysia ( PSM ) yang turut bertindak sebagai penasihat teknikal. Antara rakan strategik adalah 100 Plus, FIGOS, Antabax, SALIM pengeluar produk sepaktakraw tempatan.

Tidak ketinggalan Astro Arena yang merupakan penyiar rasmi Kejohanan.
 
malaysia lepas tak final siri super kat thai....he..he
 
Korea Selatan cemaskan skuad elit takraw

KUALA LUMPUR - Skuad elit negara terpaksa berhempas pulas sehingga lima set sebelum mampu menjinakkan Korea Selatan 3-2, kelmarin tetapi mungkin bertemu kembali musuh barunya itu dalam separuh akhir Siri Super I Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf), hari ini.

Regu Syazwan Husin (Noor Azman Hamid), Norshahruddin Mad Ghani dan Faizul Hairy Osman menang perit 15-13, 4-15, 13-15, 15-12, 15-3 sebelum turut menumpaskan Laos 3-0 (15-10, 15-9, 15-8) sekali gus menjuarai Kumpulan B di Pusat Beli-belah Fashion Island, Bangkok.

Kejayaan 'mahal' ini turut membawa mereka yang dibimbing buat sementara oleh Ahmad Jais Baharun ke suku akhir dengan menentang naib juara Kumpulan C, Indonesia sementara Korea Selatan bertemu juara kumpulan sama, Myanmar dalam kedua-dua perlawanan sebelah pagi.

Jika Noor Azman begitu hambar dalam perlawanan akhir Piala Dunia, Julai lalu, tekong utama Syazwan pula kali ini didapati mengecewakan sehingga terpaksa digantikan rakannya itu pada penghujung set kedua menentang Korea Selatan.

Musuh ketat kita, Thailand yang juga juara Piala Dunia di Kuala Lumpur, mendapat laluan percuma selaku tuan rumah dari peringkat Kumpulan A dan hanya akan menunggu naib juara Kumpulan D, Filipina dalam suku akhir, pukul 12 tengah hari waktu Malaysia.

Pasukan Gajah Putih yang diterajui jurulatih berpengalaman sejak 1995, Kamol Tankimhong juga dikatakan kekal dengan barisan juara dunianya iaitu Kriangkrai Kaewmian, Siriwat Sakha, Anuwat Chaichana, Pornchai Kaokaew dan Pattarapong Yupadee.

Dibimbing Md. Fikri Md. Nor, skuad wanita negara pula mempamerkan semangat juang dan peningkatan permainan yang luar biasa sebelum hanya menyerah dengan lima set, 2-3 kepada Jepun (kelmarin) dan Myanmar (pagi semalam) dalam perlawanan Kumpulan A Siri Super I.

Gandingan Noor Fairuz Azizan, Rahilah Harun (Nurrashidah Rashid) dan Siti Norzubaidah Wahab disekat Jepun 14-16, 8-15, 15-12, 17-16, 8-15 manakala Fairuz, Nurul Shahera Mukhtar dan Norzubaidah dihampakan Myanmar 10-15, 15-13, 15-11, 9-15, 11-15.

Dua kekalahan itu menyekat laluan Malaysia ke separuh akhir sementara Myanmar mengiringi tuan rumah yang juga juara dunia dan mendapat laluan percuma untuk bertemu sama ada Vietnam atau Korea Selatan dari Kumpulan A.
 
Back
Top
Log in Register