BTC USD 81,684.8 Gold USD 4,059.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Senarai Mercun Legend Di Malaysia

Mr Simple

Freshie
Messages
25
Joined
Mar 30, 2013
Messages
25
Reaction score
12
Points
8
Selamat hari raya lambat lagi. layan je la.

Mercun boleh di definisikan sebagai alat yang digunakan untuk menghasilkan bunyi yang boleh membuat orang lain melatah kerana terkejut dengan bunyi mercun tersebut.


1. MERCUN PAPAN

Mercun papan ni agak femes masa dulu. Sekali bakar terus meletup bertubi-tubi.

mercun10.jpg


2. MERCUN BOLA

Tengok bentuk dah tau kan ni jenis mercun apa? ini adalah mercun bola kerana bentuknya yang boolat seperti bola. Mercun ni agak bahaya kerana banyak kes putus jari, putus halkum, etc di sebabkan main mercun ni. Tak dapat nak salam Ibu Bapa raya nanti.

mercun_bola.jpg


3. MERCUN TELUR

Yang ni adalah mercun telur. Bentuk mercun ni macam telur ayam bukan telur orang ok. Saiznya lebih kurang macam telur ayam (GRED kecik) yang korang beli di kedai runcit tu.

mercun10.jpg


4. MERCUN MANCIS

Mercun ni berbentuk seperti mancis kayu tapi gemuk sikit dari mancis kayu. Mercun ni boleh guna untuk bom ikan di sungai.

tumblr_lpgvzfenok1qijtryo1_500.jpg


5. MERCUN KETUPAT

Mercun ketupat, mercun ni tak boleh di makan walaupun bentuknya seakan-akan ketupat. Kalau di makan nescaya meletup di perut.

712.jpg


6. MERCUN LEBAH

Mercun ni di gelar mercun lebah kerana mercun ni kejar orang. Cara untuk melarikan diri dari mercun ni adalah jangan main mercun ni.

DSC00182.JPG


7. MERCUN NAGA

Mercun naga, mercun yang menghasilkan percikan api seakan-akan naga. Walaupun bunyi nya tak kuat, tapi percikan apinya sangat bahaya. Kalau kena kulit boleh tinggal tulang jer, tak dapat lah nak beraya.

DSC00188.JPG



8. MERCUN ROKET

Mercun rocket adalah mercun yang sangat menarik untuk di mainkan. Ini kerana mercun ini mampu terbang tinggi berdasarkan sudut yang kita tentukan. harga dulu 30 sen sebatang.

20071022165padi79399.jpg


9. THUNDER CLAP

meletup kuat di udara. Gile legend nih.

CIMG0955.JPG


10. POP POP

Mercun yang paling selamat untuk di mainkan dan sesuai untuk kanak2 riang serta gadis-gadis manja

2.jpg


11. MERCUN KATAK

Yang ni meletup sambil melompat lompat.

20120822_204924orangni%252520blogspot.png


12. MERCUN DAS

Mengeluarkan banyak warna

CIMG0959.JPG


13. MERCUN TARIK

tarik tali kiri dan kanan pastu meletop.

images


14. MERCUN AYAM

MERCUN+AYAM.jpg


15. MERIAM BULOH

Mengunakan elemen kabait + air liru + api + buloh. Bunyi dia memang memuaskan hati yang main meriam ni, tapi tidak memuaskan hati jiran jiran sebelah & juga akan mencederakan diri sendiri.

4926915244_c0edce6514_z.jpg


2.jpg


sayangi diri anda. jangan main mercun. Sendiri kena, sendiri tanggungjawab le..

ne_06-1.jpg
 
perghh...memang legend la mercun2 ni..tak sabar nak beraya pulak..
 
ada lagi smua nih bro.......yg meriam besi,meriam tanah je lama aku tak dengar bro.....meriam buluh aku penah buat dulu,best giler......area kedah masih byk meriam2 lama time raya dimainkn....
 
dulu ingat lagi aku pernah beli mercun buluh dengan satu pakcik ni, sebatang je dah rm5, pakcik tu dah sound awal2 , nak bakar , bakar tempat lapang takde orang, aku degil g bakar jugak dekat area laman rumah, pastu duduk dekat lak tu , ha amek , berdesing telinga aku dekat 30 minit,bunyi dia 20-30 kali ganda bakar mercun telur dah macam bunyi dinamit, otak pun rasa bergegar tambah kena maki dengan jiran sebelah :eek:
 
TT lupa satu mercun yg popular

16. Mercun Gasing

IMG00821-20100819-2331.jpg


bakar, pastu berpusing ligat, dan kadangkala meletup lepas habis pusing
 
mercun katak lama tak tengok...bayangkan meletup dan melompat dalam kain pelekat taknak keluar... jalan selamat londeh dan lari...
 
Mercun das paling legend..dari dulu smp skrg dah ada yang 100 das..
 
Back
Top
Log in Register