TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
K. PRABAKARAN (kiri) menunjukkan salinan laporan polis terhadap The Malaysian Insider yang mengeluarkan artikel berbaur hasutan di Balai Polis Perai, Butterworth, Pulau Pinang, semalam. - Utusan/Sazali Che Din
BUTTERWORTH 19 Nov. – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Sensible and Ethical Malaysians United Team (SEMUT) membuat laporan polis terhadap portal The Malaysian Insider kerana didakwa mengeluarkan artikel berbaur hasutan pada 15 November lalu.
Artikel bertajuk Pelajar Kristian diminta memakai tudung, sertai sembahyang orang Muslim di sekolah di Negeri Sembilan, kata sumber didakwa diterbitkan dengan niat jahat untuk melaga-lagakan antara orang Islam dan Kristian.
Ini kerana, artikel itu hanya memetik sumber yang tidak dikenali serta disahkan kredibilitinya sehingga menimbulkan suasana tidak selesa antara penduduk berbilang agama.
Setiausaha SEMUT, K. Prabakaran berkata, pihaknya tampil membuat laporan polis itu supaya penulis artikel serta sumber berita berkenaan disiasat.
"Penyelaras SEMUT, Datuk Huan Cheng Guan menerima banyak komen daripada orang ramai berkaitan artikel itu, jadi kami tampil membuat laporan supaya polis dapat menyiasat penulis artikel serta sumber yang dinyatakan.
"Artikel itu juga hanya memetik 'sumber' namun tiada kepastian sama ada ia benar-benar memiliki kredibiliti serta tidak mereka-reka cerita yang boleh menimbulkan ketegangan antara orang Islam dan Kristian," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Perai, di sini hari ini.
Kandungan artikel itu mendakwa, murid bukan Islam dipaksa memakai tudung di sekolah rendah selain pelajar sekolah menengah dikatakan diarah menyebarkan Islam dalam kalangan rakan-rakan agama lain.
Tambah Prabakaran, polis juga perlu menyiasat sama ada 'sumber' itu benar-benar wujud atau sekadar rekaan untuk memfitnah dan melemparkan tohmahan terhadap orang Islam.
Jelasnya, isu seumpama itu amat berbahaya kerana portal terbabit boleh dibaca oleh semua pihak dan masing-masing memiliki pemahaman sendiri yang boleh menggugat keharmonian kaum.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jen...at-laporan-polis-1.26903#sthash.UA2S7RTi.dpuf