BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Setiausaha Politik Loke Buat Laporan Polis Terhadap Chegubard

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,136
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,136
Reaction score
346
Points
141
ce7e33abe98be9153e846bf9850956e269f85fd3649f9

Setiausaha Politik kepada Menteri Pengangkutan, Ho Weng Wah, hari ini membuat laporan polis terhadap Badrul Hisham Shaharin, atau lebih dikenali sebagai Chegubard, kerana didakwa memuat naik hantaran berunsur fitnah terhadap pemimpin itu berkaitan institusi undang di sosial media.

Setiausaha Politik kepada Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini membuat laporan polis terhadap Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard kerana membuat hantaran media sosial yang didakwa berunsur fitnah terhadap pemimpin itu berkaitan institusi undang.

Laporan itu dibuat oleh Ho Weng Wah di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 12 tengah hari tadi  susulan hantaran di Facebook Chegubard yang bertajuk “Anthony Loke perlu disiasat atas membiayai entiti haram-Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong.”

"Hantaran tersebut mengandungi tuduhan Loke telah menyalurkan peruntukan dana dalam jumlah besar kepada sebuah entiti yang didakwa sebagai haram serta mengaitkan perkara itu dengan kekacauan institusi diraja di negeri ini.

"Kenyataan dan hantaran yang dibuat oleh individu berkenaan diyakini turut menyentuh isu sensitif 3R (kaum, agama dan institusi diraja) yang berpotensi mencetuskan ketegangan serta memecahbelahkan masyarakat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ho berkata tindakan tegas perlu diambil bagi memastikan penyebaran maklumat palsu dan fitnah, khususnya yang melibatkan isu sensitif 3R dapat dibendung demi keharmonian dan kestabilan negara.

Beliau berkata pihak polis perlu menjalankan siasatan terhadap hantaran tersebut yang dipercayai melanggar beberapa peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 505 dan 499 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 
Back
Top
Log in Register