hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,486
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,486
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Semua protokol keselamatan yang ketat ini wujud asbab darah dan air mata seorang pemuda bernama Clarence Dally.
Kredit
"Lengan Dipotong Hidup-Hidup: Tragedi Ngeri Pembantu Makmal Thomas Edison"
Bayangkan anda melihat tangan anda sendiri mereput hidup-hidup dari hujung jari sehinggalah ke paras bahu akibat satu ciptaan ajaib yang anda puja setiap hari.
Tuan-puan, mari kita selak kembali lembaran sejarah ke tahun 1896.
Ketika itu seluruh dunia sedang dilanda demam Sinar-X selepas ia baru sahaja ditemui.
Pencipta terkenal dunia iaitu Thomas Edison pantang dicabar lalu beliau terus menubuhkan sebuah makmal khas di New Jersey untuk mencipta mesin Sinar-X yang jauh lebih terang dan lebih berkuasa berbanding yang ada di pasaran.
Tugas meniup kaca dan menguji prototaip mesin maut ini telah diserahkan kepada pembantu makmal kesayangannya iaitu seorang pemuda bernama Clarence Dally.
Clarence adalah seorang pekerja yang cukup berdedikasi.
Setiap hari dia akan menghabiskan masa berjam-jam lamanya di dalam makmal yang gelap gelita.
Untuk memastikan mesin itu berfungsi dengan sempurna, Clarence telah mengambil satu keputusan yang kelak meragut nyawanya sendiri. Dia menjadikan tubuh badannya sebagai bahan ujian utama.
Dia akan meletakkan tangannya di antara tiub pancaran elektrik dan skrin pendarfluor.
Dia sangat teruja melihat tulang temulangnya sendiri terpancar terang di atas skrin tersebut lalu dia mengulangi rutin ini setiap hari selama bertahun-tahun.
Clarence langsung tidak sedar bahawa sinaran ghaib itu sedang membakar DNA dan merobek sel-sel di dalam dagingnya secara senyap.
Selepas beberapa tahun bergelumang dengan radiasi, kesan buruk Sinar-X ini mula menunjukkan taringnya yang sebenar.
Ia bermula dengan rambut Clarence yang mula gugur sehelai demi sehelai sehingga botak licin. Kening dan bulu matanya juga hilang lebur.
Kemudian kulit di kedua-dua belah tangannya mula mengelupas teruk dan melepuh seperti disimbah dengan asid panas.
Kesan lecur merah itu perlahan-lahan bertukar menjadi bisul yang bernanah dan membusuk sampai menampakkan tulang putih.
Doktor yang merawatnya sudah buntu lalu terpaksa memotong jari tangan kirinya satu demi satu semata-mata untuk menghentikan jangkitan daripada terus merebak.
Apabila langkah memotong jari itu gagal menghalang sel mati, mereka terpaksa memotong seluruh tangan kirinya sehingga ke paras bahu.
Penderitaan itu tidak terhenti di situ sahaja. Tangan kanannya pula mula diserang ulser yang semakin membarah lalu memaksa doktor memotong empat jari kanannya.
Tidak lama selepas itu lengan kanannya pula terpaksa dipotong separuh sehingga ke paras siku bagi membendung sel kanser. Pemuda yang asalnya kuat bekerja ini akhirnya terlantar tanpa kudrat.
Keadaan wajah Clarence pada waktu itu juga sangat menyayat hati kerana ia berkerut menahan sakit dan penuh dengan parut luka lecur radiasi yang cukup mengerikan.
Kematian tragis pembantu kesayangannya ini telah memberikan satu tamparan emosi yang sangat kuat kepada Thomas Edison.
Pencipta agung itu berasa cukup bersalah kerana mesin ciptaannyalah yang telah membunuh rakan sekerjanya sendiri.
Thomas Edison terus mengarahkan semua eksperimen berkaitan Sinar-X di makmalnya dihentikan serta-merta dan beliau trauma seumur hidupnya dengan teknologi tersebut.
Tuan-puan, pengorbanan nyawa Clarence ini menjadi titik tolak yang menyedarkan dunia sains tentang sisi gelap dan kejahatan radiasi.
Hari ini kita boleh mengambil gambar X-Ray di hospital dengan selamat kerana juruteknik memakai baju plumbum yang berat dan berlindung di sebalik dinding cermin yang tebal.