BTC USD 83,898.0 Gold USD 4,134.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SEMUA MLM scam / haram???????

FATWA TENTANG MELETAKKAN SYARAT BAGI MENDAPAT KOMISYEN

Soalan;
terdapat satu system jualan produk yang diperkenalkan oleh beberapa syarikat yang diringkas seperti berkut;

Syarikat menawarkan kepada orang yang berminat menjadi wakil/pengedarnya untuk terlibat mempromosi barangan/produk keluarannya dengan satu kadar komisyen tertentu (cthnya 10%) bagi setiap produk yang dijual, namun syarikat meletakkan syarat komisyen tersebut tidak akan diberikan melainkan wakil/pengedar melakukan jualan dengan jumlah tententu yang ditetapkan Syarikat. Adakah ianya harus?

Jawapan;

Polisi jualan tersebut adalah harus. Ia tidak lain merupakan langkah Syarikat melakukan akad al-Ji’alah (pemberian bersyarat) dengan pengedarnya sebagai imbalan mempromosikan jumlah tertentu dari barangan/produk Syarikat. Jika ia berjaya melakukan jualan dengan jumlah tersebut, berhaklah ia untuk mendapat komisyen yang dijanjikan itu. Jika tidak, tidak berhaklah ia mendapatnya. Masalah ini termasuk dalam bab al-Ji’alah (pemberian dengan bersyarat). Sekalipun ada kemungkinan akan berlaku kepada wakil/pengedar mereka berpenat saja tanpa imbalan apabila tidak berjaya mencapai jumlah jualan yang ditetapkan itu, perkara tersebut tidak akan menjejaskan keharusan mu’amalah tersebut. Ini kerana telah sedia dimaklumi (dalam Fiqh) bahawa akad al-Ji’alah harus berlaku padanya al-Jihalah dan al-Gharah (yakni ketidakpastian) walaupun unsur tersebut tidak harus berlaku dalam al-Ijarah (akad sewaan).

(Fatwa dipetik dari buku Fiqh al-Mu’amalat al-Maliyah al-Muqaran, tulisan Syeikh Dr. ‘Alauddin Za’tari,, hlm. 338, ter. Dar al-‘Ashma’, Damsyiq, Syria, 2008. Penulis adalah pensyarah Fiqh dan Ekonomi Islam di University Ummu Darman, Syria dan Kolej University Islam di Lubnan. Beliau memiliki laman webnya sendiri; www.alzatari.org).
 
Salam....untuk perhatian semua, en Shahreelamri yg ANTI MLM tu telah di banned maybe selama seminggu..Atas sebab apa? Harap semua boleh baca threads ni dr awal dan Akan faham sndri...

Sebagainya ingatan,dunia skrg tersangat moden...klau tuan puan gagal menjaga tata susila dan penggunaan bahasa yg kasar,di tambah pula dengan tohmahan fitnah yg keterlaluan,akan Ada pihak yg MAMPU mencari tuan Dan mengenakan tindakan yg setimpal...Harap2 en shahreelamri tu x dikenakan hukuman yg berat...cukup sekadar amaran...

harap maklum..

so pokok cerita disini...ialah hormati lah rakan2 anda atau sesama forum disini.....
 
Salam....untuk perhatian semua, en Shahreelamri yg ANTI MLM tu telah di banned maybe selama seminggu..Atas sebab apa? Harap semua boleh baca threads ni dr awal dan Akan faham sndri...

Sebagainya ingatan,dunia skrg tersangat moden...klau tuan puan gagal menjaga tata susila dan penggunaan bahasa yg kasar,di tambah pula dengan tohmahan fitnah yg keterlaluan,akan Ada pihak yg MAMPU mencari tuan Dan mengenakan tindakan yg setimpal...Harap2 en shahreelamri tu x dikenakan hukuman yg berat...cukup sekadar amaran...

harap maklum..

asal aku xkene ban? :-? aku pun anti mlm gak ni
 
FATWA TENTANG MELETAKKAN SYARAT BAGI MENDAPAT KOMISYEN

Soalan;
terdapat satu system jualan produk yang diperkenalkan oleh beberapa syarikat yang diringkas seperti berkut;

Syarikat menawarkan kepada orang yang berminat menjadi wakil/pengedarnya untuk terlibat mempromosi barangan/produk keluarannya dengan satu kadar komisyen tertentu (cthnya 10%) bagi setiap produk yang dijual, namun syarikat meletakkan syarat komisyen tersebut tidak akan diberikan melainkan wakil/pengedar melakukan jualan dengan jumlah tententu yang ditetapkan Syarikat. Adakah ianya harus?

Jawapan;

Polisi jualan tersebut adalah harus. Ia tidak lain merupakan langkah Syarikat melakukan akad al-Ji’alah (pemberian bersyarat) dengan pengedarnya sebagai imbalan mempromosikan jumlah tertentu dari barangan/produk Syarikat. Jika ia berjaya melakukan jualan dengan jumlah tersebut, berhaklah ia untuk mendapat komisyen yang dijanjikan itu. Jika tidak, tidak berhaklah ia mendapatnya. Masalah ini termasuk dalam bab al-Ji’alah (pemberian dengan bersyarat). Sekalipun ada kemungkinan akan berlaku kepada wakil/pengedar mereka berpenat saja tanpa imbalan apabila tidak berjaya mencapai jumlah jualan yang ditetapkan itu, perkara tersebut tidak akan menjejaskan keharusan mu’amalah tersebut. Ini kerana telah sedia dimaklumi (dalam Fiqh) bahawa akad al-Ji’alah harus berlaku padanya al-Jihalah dan al-Gharah (yakni ketidakpastian) walaupun unsur tersebut tidak harus berlaku dalam al-Ijarah (akad sewaan).

(Fatwa dipetik dari buku Fiqh al-Mu’amalat al-Maliyah al-Muqaran, tulisan Syeikh Dr. ‘Alauddin Za’tari,, hlm. 338, ter. Dar al-‘Ashma’, Damsyiq, Syria, 2008. Penulis adalah pensyarah Fiqh dan Ekonomi Islam di University Ummu Darman, Syria dan Kolej University Islam di Lubnan. Beliau memiliki laman webnya sendiri; www.alzatari.org).

korek2 lagi... bagi sampai halal sume mlm... :"> sume yg ko paste tu dah dijawab di post2 seblum ni...sila semak ya...:)cgrock
 
KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Pandangan bahawa menggunakan Bahasa Melayu itu kononnya kurang sofistikated harus dikikis kerana ia berada di tahap keenam paling luas digunakan di dunia selepas bahasa Cina, Inggeris, Perancis, Rusia dan India, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

"Kita harus kikis pandangan dan amalan bahawa mengunakan bahasa Melayu itu kononnya kurang sofistikated kerana sebenarnya bukan begitu, lagi banyak digunakan, lebih tersohor ia.

"Ia seharusnya menjadi bahasa pengantar, bahasa perpaduan, bahasa tamadun dan bahasa pentadbiran," katanya pada sidang akhbar selepas menjadi tetamu dalam wacana eksklusif bersama Radio Klasik Nasional di Angkasapuri Isnin.

Rais juga berkata Radio Televisyen Malaysia (RTM) perlu menjadi saluran utama mempopularkan penggunaan Bahasa Melayu manakala media swasta harus mempertingkatkan penggunaannya dalam penerbitan masing-masing.

"Kementerian sangat berharap agar penggunaan dan populariti Bahasa Melayu dapat ditingkatkan dan RTM perlu menjadi saluran utama untuk memajukan dasar ini," katanya.

Rais berkata penggunaan Bahasa Melayu oleh RTM agak membanggakan tetapi penggunaannya belum menyeluruh terutamanya oleh stesen televisyen dan radio swasta.

"Saya harus tegur sedikit pencapaian oleh pihak swasta, yakni stesen-stesen radio dan TV, kadangkala bak kata orang tua, terlangsung nak wangi lalu hangit.

"Mereka menyebut sesuatu perkataan secara terlalu bersandiwara, tidak seperti seharusnya didengar. Misalnya perkataan 'dan'. Ramai juruhebah yang menyebutnya dengan bunyi yang berbeza seperti tidak menggambarkan orang Melayu yang menuturkannya," katanya.

Rais berkata kementerian akan terus memantau perkara-perkara seperti ini tetapi apa yang penting juruhebah swasta perlu cintakan bahasa dan yakin bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi yang terbaik dan banyak digunakan di nusantara.

Beliau juga mengingatkan kakitangan kerajaan dan swasta tidak menggunakan perkataan 'next' dalam pembentangan dan mesyuarat sebaliknya digantikan dengan perkataan 'seterusnya'.

Katanya setiap kakitangan juga seharusnya tidak menggunakan bahasa asing sekiranya istilah itu terdapat dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu.

Ditanya apakah kementerian mempunyai pendekatan daripada segi penguatkuasaan undang-undang terhadap kesalahan penggunaan bahasa Rais berkata: "Sebenarnya tidak perlu penguatkuasaan dalam soal bahasa, kita tak perlu pegang satu rotan dalam soal Bahasa Melayu. Ia mesti timbul dari dalam."

Bagi kesalahan bahasa dalam bidang pengiklanan, Rais berkata, kementerian boleh menggunakan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu jika mereka menggunakan istilah yang salah perlu diperbetulkan sahaja bukannya mengenakan denda.

""Penggunaannya bukanlah satu kesalahan tetapi ia menjurus kepada sesuatu yang lebih baik. Jika masih nak gunakan bahasa Inggeris, itu terserah. Tetapi jika lebih ramai masyarakat mengamalkan prinsip-prinsip pembahasaan yang baik bagi bahasa Melayu, maka ia akan menjadi lebih indah, sebaliknya jika terlampau banyak bahasa Inggeris di dalamnya, lama kelamaan bahasa Melayu dan identiti keMelayuan akan hilang," katanya.

Rais juga berkata beliau yakin penggunaan blog sebagai media untuk menjatuhkan orang lain akan luput dan ditolak tidak lama lagi.

Beliau mengumpamakan blog sedemikian seumpama bunga yang sedang berkembang dan harumnya akan hanya dihidu seketika di mana selepas layu ianya akan ditolak.

"Saya yakin berblog secara yang ada hari ini (menjatuhkan orang lain) ia akan luput. Lama kelamaan orang tak akan baca lagi. Ini semacam satu bunga yang kembang yang hiduan baunya yang semerbak yang dihidu sementara, lepas busuk orang tidak akan meminatinya lagi sebab sudah letih dengan bauan itu hari-hari," katanya.

Walaupun begitu, katanya, kementerian akan terus memantau blog-blog yang memaparkan berita negatif bagi memastikan penulisannya dapat dibendung di mana undang-undang mengenainya telah tersedia termasuk undang-undang di bawah akta Komunikasi dan Multimedia.

"Akta Komunikasi dan Multimedia di bawah Seksyen 232 dan 233, memperuntukkan yang kementerian boleh mengambil tindakan apabila seseorang itu sudah menyalahi peraturan penggunaan media baru, itupun selepas teguran diberikan terlebih dahulu," katanya.



-- BERNAMA
 
yups..ade yg dh terjawab,ade yg boleh diulang2 sbgai ingatan...tidak menjadi masalah....

bukan di banned sbb anti MLM,tp di banned sbb keluarkan bahasa dan fakta2 yg merapu...mcm mane boleh kata SEMUA MLM HARAM? hehehe...salah sgt lh tu...opsss,jgn suruh sy huraikan,meh ikut g jumpa mufti ka,ustaz ka...mereka lebih arif...bukan sy,bukan tuan,bukan aidid;)
 
Dah jawab dah pun ...


Bagaimana pulak komisen yg kau dapat hasil dari jualan orang bawah kau yg kau tak kenal pun dan takder akad jual beli?....
 
Dah jawab dah pun ...


Bagaimana pulak komisen yg kau dapat hasil dari jualan orang bawah kau yg kau tak kenal pun dan takder akad jual beli?....
sebab diaorang ni tak mau faham atau buat2 xfaham itu semua kerana duit sanggup buat ape aje saya boleh bet kenapa org2ni join mlm semuanya kerana nak kaya cepat .
 
itu lah reality nya mlm kaya sekelip mata jatuh pun sekelip mata sebab rezeki x di berkati tuhan .
 
Back
Top
Log in Register