BTC USD 83,385.7 Gold USD 4,196.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SEMUA MLM scam / haram???????

bukan sebab tak laku aje...mungkin yg jual tu dia dah level executive...dia nya income melebihi expenses, so dia boleh jual murah...

sebenarnya, ade yg guna konsep sharing...dia tak jual, tapi share...kemudian jika orang tu minat, jadi ahli dan beli secara kotak....orang tu dia tak jual secara botol, dia hanya jual secara kotak...

pendek kata, awak tak cukup ilmu lagi berkenaan company, produk dan compensation plan brand yang awak nyatakan diatas...lalu awak buat assumptions tak tentu arah...

salam

satu lagi sikap orang MLM..

tuduh semua orang lain tak tau. bila suruh explain secara public . .tak penah sorang pun mau.. asyik asyik.. ajak jumpa, ...

agaknya .

ok sekali lagi

cuba ko jelaskan plan pemasaran MLM yang ko sertai....
 
org MLM ni semua tak payah la berlagak baik, munafik je semua.
 
org MLM ni semua tak payah la berlagak baik, munafik je semua.

huhu beratnye tuduhan tu kak nadya, aku ni pun anti-MLM gak tapi iman kite dgn DIA hanya DIA je yg tahu, so jangan lah kita sesuka jatuhkan hukum munafik, kafir ke pd orang lain,...kite sendiri pun tk tahu apa kesudahan lagi hehe...Apapun aku tetap sokong slogan no to MLM, kepada yg dah perasan andai ada yg tak kena ngan perniagaan masing2 masih belum terlewat utk berpatah balik. Juz my 13 cents:)cgrock
 
huhu beratnye tuduhan tu kak nadya, aku ni pun anti-MLM gak tapi iman kite dgn DIA hanya DIA je yg tahu, so jangan lah kita sesuka jatuhkan hukum munafik, kafir ke pd orang lain,...kite sendiri pun tk tahu apa kesudahan lagi hehe...Apapun aku tetap sokong slogan no to MLM, kepada yg dah perasan andai ada yg tak kena ngan perniagaan masing2 masih belum terlewat utk berpatah balik. Juz my 13 cents:)cgrock

sy suka statement awak. jgn terlalu cepat menjatuhkan hukum. kita masing2 pun xsempurna. kepada semua anti mlm, peace no war ok. jgn la kita gado2 lagi. after beberapa hari berfikir, sy rs pergaduhan ni xkan kemana. balik2 benda yang sama. masing2 nak buktikan diri sendiri betul. sampai bila? jadi saya mengambil keputusan untuk berdiam diri kalau diam itu lebih baik n meredakan kemarahan sesetengah pihak. dan semua ini lebih mematangkan saya dr segi emosi. alahamdulillah. terima kasih kepada semua :)
 
Hukum Sistem Jualan Langsung (MLM) Menurut Islam

http://www.e-fatwa.gov.my/jawatankuasa-fatwa-majlis-kebangsaan-bagi-hal-ehwal-ugama-islam-malaysia

Keputusan:*
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 23 Jan 2006 telah membincangkan *Hukum Sistem Jualan Langsung (MLM) Menurut Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa konsep, struktur dan undang-undang perniagaan Multi Level Marketing (MLM) yang diluluskan Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam.

Sambung baca lagi....xtaulh nape wujud manusia yg berpegang pada HUKUM SENDIRI...

Apa Itu Fatwa?

Definisi Fatwa
*
Pada bahasa ia diambil daripada afta-ifta'an yang memberi maksud menjelas dan menghuraikan hukum permasalahan.
*
Dari Segi Istilah
*
Pada istilahnya pula, fatwa mempunyai pelbagai definisi antaranya:
*
Fatwa adalah sebagai jawapan yang dibuat oleh mufti pada perkara yang berlaku apabila diajukan soalan kepadanya.
*
Fatwa ialah mengkhabarkan hukum Allah SWT sama ada pada yang mesti atau harus.
*
Peruntukan Mengenai Fatwa Dalam Undang-Undang
*
Di dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], peruntukan mengenai fatwa dijelaskan di bawah Seksyen 34 iaitu:
*
Maksud Fatwa iaitu pendapat atas apa-apa persoalan yang belum diselesaikan atau yang* menimbulkan pertikaian mengenai atau berhubung dengan Hukum Syarak;
*
Mengenai bila sesuatu fatwa itu boleh dibuat, iaitu apabila diperintahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, atau atas permintaan orang ramai melalui surat yang dihantar kepada Mufti, atau dibuat atas kehendak Mufti itu sendiri;
*
Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh Mufti hanya boleh diambil sebagai fatwa jika pernyataan itu disiarkan dalam warta berhubung dengan Hukum Syarak;
*
Sesuatu fatwa yang telah disiarkan dalam warta hendaklah dipatuhi oleh semua umat Islam yang berada di negeri itu, kecuali amalan peribadi yang dibenarkan mengikut Hukum Syarak; dan
*
Fatwa yang diwartakan merupakan sebahagian daripada undang-undang yang perlu diikuti oleh semua Mahkamah Syariah bagi negeri itu.
*
Status Keputusan Jawatankuasa Fatwa MKI
*
Keputusan/ pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa MKI bukan merupakan fatwa mengikut peruntukan undang-undang. Ia adalah merupakan keputusan/ pandangan hukum yang dicapai secara bersama oleh Mufti-Mufti seluruh Malaysia yang menganggotai Jawatankuasa berkenaan. Keputusan/ pandangan yang dibuat sebenarnya tidak mengikat negeri-negeri, tetapi sebaliknya ia hanya boleh dikuatkuasakan di peringkat negeri jika negeri berkenaan mengambil tindakan atau menerima pakai keputusan/ pandangan tersebut dan menjadikan ianya sebagai fatwa mengikut proses pembuatan/ pengeluaran fatwa negeri masing-masing. Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa MKI hanya merupakan majlis diskusi/ muzakarah bagi membincang dan memutuskan sesuatu isu/ perkara yang memerlukan pandangan hukum khususnya yang berkaitan dengan isu/ persoalan yang bersifat nasional dan* melibatkan kepentingan seluruh persekutuan.

Tlg study tentang fatwa bersama2 dgn mereka yg terpilih...Alamat website dh ade,nama2 ahli pengkaji dh ade,tinggal nak jumpa dan bertanyakan mereka sahaja...ATAUPUN, tuan puan semua xnak ambil tau? Dan sengaja nak membuta tuli jatuhkan hukum sendiri? Dosa Pahala sendiri tanggung...Sy dah nasihat secara baik sgt2....Fikir2 lah sendiri....atau klau rsa dh terlalu hebat sehinggakan tidak mahu berpandukan lg kpd mereka yg lebih arif,terpulang...PEMBACA LAIN BOLEH MENILAI...salamzz
 
unstoppable dh launching social networking sendiri tue kat cnie Nextcube|Unstoppable....huhuhuhu....wlupun aku dh xjoin maner2 MLM nie....aku just ucapkan tahniah utk mereka....
 
SATU sikap yang merosakkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam ialah ‘suka membawa mulut’, mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang se hingga kisah yang pendek menjadi panjang.

Ia juga disebut menabur fitnah atau ‘namimah’ iaitu men ceritakan keburukan orang di khalayak ramai dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.


Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua, malah menyebabkan hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan di kalangan masyarakat, sehingga runtuh segala sendi kebahagiaan hidup berma syarakat.

Sikap seperti itu sangat tercela. Ia satu daripada perbuatan dosa besar yang akan mendapat ancaman seksa amat berat di hari pembalasan kelak.

Antara faktor yang menimbulkan fitnah ialah dorongan perasaan iri hati atau dengki terhadap orang lain, ditambah kekurangan iman dan tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan jiwa seseorang yang kotor, lemah tahap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran.

“Adapun orang yang berpenyakit dalam hati mereka, maka surah itu menambahkan kekotoran pada kekotoran yang sedia ada pada mereka; dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir.” (at-Taubah:125)

Faktor lain yang mendesak seseorang melakukan fitnah kepada saudaranya ialah kerana ingin mendapatkan kuasa, pengaruh serta kepercayaan orang terhadap diri dan dak waannya, malah ingin menunjukkan dirinya seorang yang lebih baik daripada saudaranya itu.

Islam menasihati umatnya agar melindungi rahsia sau daranya, bukan sengaja mencari kelemahan dan membuka aibnya kepada khalayak, kerana dengan tindakan itu boleh menjatuhkan maruahnya.

Rasulullah s.a.w menegaskan, menyelidiki rahsia dan mem fitnah orang lain yang baik, termasuk ciri orang munafik yang mengaku beriman dengan lidahnya, sedangkan hatinya benci. Mereka di hari kiamat akan dibebani dengan dosa besar di depan Allah.

Hari ini medan menabur fitnah terlalu banyak. Dengan perkembangan teknologi, semakin mudah pula mengadakan berita palsu, fitnah dan segala celaan, dengan cepat tersebar ke seluruh ceruk rantau.

Cukup dengan memasukkannya ke dalam Internet atau blog, semudah itulah manusia berbuat dosa dan semudah itu juga umat Islam boleh bersatu dan berpecah belah.

Bagi Muslim sepatutnya perlu bertanggungjawab atas apa yang ditulis, diucap dan disebar, bukannya menulis, bercakap dan menyebarkan berita mengikut sesedap hati tanpa di selidiki, kerana semua itu akan ditanya Allah.

“Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan.” (al-Isra:36)

Orang yang menyebarkan fitnah nanti di dalam kubur akan diseksa Allah. Perkara ini dapat dibuktikan melalui kisah yang diceritakan Rasulullah s.a.w.

Suatu ketika Rasulullah s.a.w melalui dua kubur lalu baginda bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya penghuni dua kubur ini diseksa. Keduanya tidak diseksa kerana dosa besar. Adapun seorang daripadanya tidak bersuci daripada ken cingnya dan yang satu lagi suka memfitnah.

Kemudian Rasulullah s.a.w mengambil pelepah kurma yang basah dan memotong dua, lalu dipacakkan pada kedua-dua kubur terbabit sambil berdoa: “Semoga Allah meringankan seksaan atas keduanya.”

Allah tidak membenarkan perkara keji, berita palsu ber kembang dalam masyarakat Islam, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan kehormatan dan maruah seseorang.

Orang yang suka mengadu domba tidak akan masuk syurga, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba.”

Sebagai Muslim, sepatutnya masing-masing menghayati pengertian terhadap ‘Islam’ yang dianuti dan dijadikan cara hidup, iaitu kesejahteraan.

Agama kesejahteraan bukan hanya menjamin kesejahteraan kepada diri sendiri, malah ia juga memberikan kesejahteraan kepada orang lain, dengan tidak mengata terhadap saudara seagama, tidak menyakiti mereka dan tidak mencabuli hak mereka.

Perbuatan menabur fitnah sebenarnya lebih kejam daripada membunuh, kerana kesan kerosakannya lebih teruk. Jika dengan membunuh, walaupun ia tetap salah, tetapi mang sanya mungkin seorang, tetapi dengan fitnah mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya berentetan se hingga bertahun-tahun.

Pada zaman nabi dulu pernah berlaku peristiwa fitnah, sebagaimana dialami isteri baginda, Saidatina Aisyah r.a. Beliau dituduh melakukan perbuatan keji dengan Safwan bin al-Ma’athal selepas perang umat Islam dengan Bani Mush thalaq pada tahun kelima hijrah.

Akibat kejadian itu, lebih sebulan Aisyah sakit dan di asingkan Rasulullah sehingga turun ayat yang menegaskan kesucian beliau.

“Sesungguhnya orang yang membawa berita dusta itu golongan daripada kalangan kamu; jangan kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang antara mereka akan beroleh hu kuman sepadan dengan kesalahan dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

“Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri mereka sendiri, dan sepatutnya mereka berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.

“Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat saksi itu, maka mereka itu pada sisi hukum Allah adalah orang yang dusta.

“Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu.

“Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai penge tahuan mengenainya; dan kamu pula menyangka perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

“Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: Tidakkah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mencengangkan.

“Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini lamanya, jika betul kamu orang yang beriman.

“Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukum-Nya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

“Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk di kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui.

“Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, dan sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan-Nya.” (an-Nur: 11-20)

Melalui keterangan itu jelas kepada umat Islam, apabila menerima sesuatu berita hendaklah terlebih dulu diselidiki, lebih-lebih lagi berita yang menyentuh kehormatan se seorang, kerana mungkin dengan penyelidikan itu dapat mengetahui lebih jelas perkara terbabit, sama ada benar atau palsu.

“Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatu mu sibah kepada kaum dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan.” (al-Hujuraat:6)

RENUNG2 kan lah DAN SELAMAT BERAMAL...Sy yakin sgt bahawa lepas ni akan ade lg soalan2 atau tuduhan2 yg entah ape2 dr pihak yg ANTI MLM..Biasa lh,diorg mane nk kalah...Kan diorg nk menjaga hak melayu? (Tapi bahasa melayu sndri di rosak2 kan...digunakan utk memaki hamun...aduhai manusia....)

Salam...
 
Salam....untuk perhatian semua, en Shahreelamri yg ANTI MLM tu telah di banned maybe selama seminggu..Atas sebab apa? Harap semua boleh baca threads ni dr awal dan Akan faham sndri...

Sebagainya ingatan,dunia skrg tersangat moden...klau tuan puan gagal menjaga tata susila dan penggunaan bahasa yg kasar,di tambah pula dengan tohmahan fitnah yg keterlaluan,akan Ada pihak yg MAMPU mencari tuan Dan mengenakan tindakan yg setimpal...Harap2 en shahreelamri tu x dikenakan hukuman yg berat...cukup sekadar amaran...

harap maklum..
 
Back
Top
Log in Register