BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Semua 34 Projek Sakit PR1MA Siap Sepenuhnya - Nga

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,183
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,183
Reaction score
346
Points
141
800001e6cf0ad3b29e2e46ded5f2a15a69ce4472b23a2

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming (belakang, tengah) semasa bergambar kenangan bersama sebahagian pembeli-pembeli rumah pada Majlis Penyerahan Kunci Residensi Klebang 2 dan Residensi Bukit Katil di Residensi Klebang 2, hari ini.

Turut hadir Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin (belakang, dua kiri).


Sebanyak 34 projek sakit di bawah Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) berjaya disiapkan sepenuhnya, sekali gus membolehkan 22,925 pembeli terlibat menerima kediaman masing-masing.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata kejayaan itu dimuktamadkan dengan penyerahan kunci bagi dua projek sakit terakhir di bawah PR1MA hari ini, iaitu Residensi Klebang 2 dan Residensi Bukit Katil di sini.

“Kerajaan MADANI telah mewarisi 34 projek sakit PR1MA melibatkan 22,925 unit kediaman di seluruh negara.

“Jadi pada hari ini, kita isytiharkan semua 34 projek sakit di bawah portfolio PR1MA telah siap 100 peratus, memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dan kunci diserahkan kepada pembeli,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Residensi Klebang 2 dan Residensi Bukit Katil di sini.

Hadir sama Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin.

Nga berkata kejayaan itu merupakan detik bersejarah yang menandakan penutupan sepenuhnya isu projek sakit PR1MA yang berlarutan sebelum ini, terutama yang mengalami kelewatan akibat pandemik COVID-19.

“Kita bukan sahaja menyelesaikan masalah yang diwarisi, tetapi impak paling besar adalah membantu 22,925 orang pembeli, khususnya daripada golongan B40 dan M40 untuk akhirnya memiliki dan mendiami rumah idaman mereka sendiri.

"Untuk itu, bagi memastikan isu sama tidak berulang, kita menyasarkan menjelang 2030, tiada lagi projek sakit atau terbengkalai berlaku di negara ini memandangkan sasaran kerajaan adalah membangunkan lebih daripada 4,351 unit rumah PR1MA pada masa akan datang,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Nga berkata pemilikan rumah kekal sebagai asas penting kesejahteraan rakyat serta kestabilan ekonomi isi rumah.

 
Back
Top
Log in Register