BTC USD 61,989.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

sembang2 tanam gaharu

aku da tnam gaharu neh..da 6 tahun lebih da..bnyak yang da tumbang..ade la gak y masih stady lagi..ada sapa 2 nk beli ke?mmber ku pon ade y da tnam..klu ade y minat nk tuai..PM la..

sebelum nih xde orang beli ke bro ?
 
ada yg kata kalau dah besar peha dah boleh injek, tak tau la betul ke tak. tu yg dari kelantan kata la. kalau ikutkan saiz tu dlm 3 tahun dah boleh. ada yg kata 5 tahun baru boleh, yg ni yg kat gemas kata.

utk yg serius, elok gi melawat tapak2 yg pokok dah kena injek dan dah ada teras, baru bole try vaksin dia. kalau ok, baru la injek kat banyak2 pokok yg ada :p
 
sebelum nih xde orang beli ke bro ?

xde la bro..da 3 btang pokok besar lebih kurang 5 inchi da tumbang..syg wooo..skang ni ade la 5/6 batang lagi..ritu ade gak mmber tolong cari orng nk cucuk..tp senyap je..huhuhu..npe bro??minat nk beli ke??:D
 
Gaharu8.jpg

Ni waktu pokok umur setahun kat atas tanah.
Dalam 10kaki tinggi.
Sekarang dah 3 tahun.
Dalam 25kaki tinggi.
Nanti tempek kemudian. :)

Dibawah ni anak pokok yang saya semai sendiri.

Gaharu1.jpg

Mengikut pengalaman dan dalam pengetahuan saya, dari saat pilih biji benih mahupun anak benih mainkan peranan untuk bagaimana pokok tu akan membesar nanti. :)
 
Last edited:

bukan apa. pokok ni sebenarnya ada oran beli tak ?

kena cari pembeli jugak ke ? aku ingatkan ada tempat yg kita boleh jual..:D
 
ok sikit penerangan:

gaharu adalah bahan yg dihasilkan oleh pokok candan gunung dan beberapa spesis yg seangkatan dengannya. gaharu ni memerlukan proses utk terhasil. dalam perkataan orang biasa, pokok ni disakitkan supaya bertindakbalas utk mengeluarkan gaharu. perkataan sains dia inokulan (gitu2) :p

sekarang ni dah ada sykt keluarkan produk sampingan berasaskan pokok candan seperti teh gaharu.

tapi produk yg utama ialah minyak gaharu yg harganya bergantung kepada kualiti (gred) yg boleh mencecah berpuluh ribu ringgit seliter #:-S

dapat hasil yg seliter rm5-10k pun dah cantik sgt dah :)paid

cm ne pulak nak cari pembeli ut pokok nih bro ? ke ada tempat dia boleh jual ?

mcm mana nak tau kualiti gaharu kita tuh gred apa ?

utk dapakatn seliter minyak gaharu tuh, utk brp pokok bro ?
 
Gaharu8.jpg

Ni waktu pokok umur setahun kat atas tanah.
Dalam 10kaki tinggi.
Sekarang dah 3 tahun.
Dalam 25kaki tinggi.
Nanti tempek kemudian. :)

Dibawah ni anak pokok yang saya semai sendiri.

Gaharu1.jpg

Mengikut pengalaman dan dalam pengetahuan saya, dari saat pilih biji benih mahupun anak benih mainkan peranan untuk bagaimana pokok tu akan membesar nanti. :)

ye dapat beli benih yg cantik memang kemungkinan lebih elok pembesarannya, beli kat mana tu? berapa harga sepokok? :p
 
bukan apa. pokok ni sebenarnya ada oran beli tak ?

kena cari pembeli jugak ke ? aku ingatkan ada tempat yg kita boleh jual..:D

ada tempat utk dijual. pelan2 info kita cuba dapatkan nanti. tunggu geng2 dari komuniti gaharu join sembang :p

kat kl ada pak arab amek, ada 1 sykt melayu kat perak boleh contact juga, kat pahang pun ada. tu yg diketahui setakat ni la, rasanya bukan setakat 2-3 tu aje, banyak lagi yg ada, lom jumpa je #:-S
 
ye dapat beli benih yg cantik memang kemungkinan lebih elok pembesarannya, beli kat mana tu? berapa harga sepokok? :p

Sebab tu sebelum beli anak pokok kena tgk sama ada ianya adalah dari biji benih atau sulur air.
Lepas tu penjagaan main peranan.
Yang gambar anak pokok atas tanah saya beli dari nurseri, rm12 sepokok.
Yang gambar dalam polibeg biji belih beli COD kat KL, amik suku kilo.
:)
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register