مايكل سكوتفيلد
CG Top Poster Club

- Messages
- 25,700
Paid Membership
- Joined
- May 13, 2007
- Messages
- 25,700
- Reaction score
- 2,190
- Points
- 261
Amalan Penggiliran Tanaman Perkukuh Produktiviti dan Keterjaminan Makanan Negara
.
.
Amalan penggiliran tanaman merupakan salah satu pendekatan penting dalam meningkatkan hasil pertanian serta menjamin kelestarian tanah dan sekuriti makanan negara.
.
Melalui sistem ini, jenis tanaman ditukar secara bergilir mengikut musim atau kitaran tertentu bagi mengekalkan kesuburan tanah, mengurangkan serangan penyakit dan perosak serta memastikan produktiviti hasil yang berterusan.
.
Antara contoh pelaksanaan terbaik amalan ini ialah Projek Modul Penggiliran Tanaman di PERDA Food Valley, Pulau Pinang, yang menunjukkan peningkatan hasil ketara daripada 5,101 tan metrik pada tahun lalu kepada 7,131 tan metrik tahun ini.
.
Modul ini melibatkan pelbagai jenis tanaman seperti sayuran daun, kekacang dan jagung manis yang digilirkan mengikut kesesuaian tanah dan iklim tempatan sekali gus membuktikan keberkesanan pendekatan ini dalam meningkatkan hasil serta kualiti tanaman.
.
Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, kejayaan projek ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Jabatan Pertanian (DOA).
.
Beliau berkata, pelaksanaan projek tersebut bukan sahaja tertumpu di PERDA Food Valley, malah turut merangkumi kawasan seluas 140 hektar di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Ara Kuda dan TKPM Mayfield, Pulau Pinang.
.
“Jabatan Pertanian turut menggalakkan pelaksanaan amalan penggiliran tanaman di beberapa TKPM sayuran seperti di TKPM Ulu Tiram, Johor dan TKPM Ulu Yam, Selangor serta kepada petani sayuran di seluruh negara.
.
Jabatan Pertanian juga melaksanakan program demonstrasi ladang dan latihan teknikal bagi memberi panduan kepada petani tentang penggiliran tanaman yang sesuai mengikut jenis tanah, iklim tempatan dan keperluan pasaran,” katanya.
.
Beliau menjelaskan, pendekatan ini bukan sahaja dapat mempelbagaikan sumber pendapatan petani tetapi turut memastikan pengeluaran sayur-sayuran tempatan kekal stabil sepanjang tahun.
.
Melalui bimbingan teknikal yang diberikan, petani digalakkan memilih tanaman giliran yang sesuai contohnya menggilirkan tanaman berdaun seperti sawi dan bayam dengan tanaman kekacang atau jagung manis bagi mengekalkan keseimbangan nutrien dalam tanah.
.
YB Datuk Seri Mohamad Sabu menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pasir Salak, Jamaludin Yahya, yang ingin mengetahui usaha Kementerian memperluas modul penggiliran tanaman seperti di PERDA Food Valley bagi meningkatkan produktiviti sektor pertanian dan menyumbang kepada keterjaminan makanan negara.
.
Jelasnya lagi, DOA terus memperkukuh pelaksanaan program penggiliran tanaman di peringkat nasional melalui demonstrasi ladang, khidmat nasihat teknikal dan program latihan petani bagi memastikan setiap kawasan pertanian dapat dimanfaatkan secara optimum tanpa menjejaskan struktur dan kesuburan tanah.
.
Secara keseluruhan, penggiliran tanaman terbukti membawa pelbagai manfaat termasuk mengekalkan kesuburan tanah, memutuskan kitaran hidup perosak dan penyakit, serta meningkatkan hasil dan kualiti tanaman secara mampan.
.
Amalan ini juga seiring dengan matlamat Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2.0 yang menekankan kecekapan pengeluaran dan keseimbangan ekosistem pertanian dalam memastikan keterjaminan makanan negara yang berdaya tahan dan lestari.
#myDOA #CropRotation #Pertanian
YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu
YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan