BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

sembang2 tanam gaharu

Kulai kg sy.huhu

Gaharu ni ap klbhnnya..mhl ke dipasaran?
huhu

sori menyibuk.huhu

ok sikit penerangan:

gaharu adalah bahan yg dihasilkan oleh pokok candan gunung dan beberapa spesis yg seangkatan dengannya. gaharu ni memerlukan proses utk terhasil. dalam perkataan orang biasa, pokok ni disakitkan supaya bertindakbalas utk mengeluarkan gaharu. perkataan sains dia inokulan (gitu2) :p

sekarang ni dah ada sykt keluarkan produk sampingan berasaskan pokok candan seperti teh gaharu.

tapi produk yg utama ialah minyak gaharu yg harganya bergantung kepada kualiti (gred) yg boleh mencecah berpuluh ribu ringgit seliter #:-S

dapat hasil yg seliter rm5-10k pun dah cantik sgt dah :)paid
 
Aik, dah ada thread ni..bagus2..bole kongsi2 idea..
 
pada pendapat saye...pokok kecik even dpt matahari cukup banyak faktor...contohnye akar lom dalam lagi...or tanah belah bawah tu keras
 
hi tt... just nak share sikit pengalaman pakcik....pakcik ade tanam sikit pokok gaharu ni...... elakkan tanam bawah ladang sawit.... sebab pokok tak subur dan akhirnya mati...... bawah pokok getah... no problem.... inshaallah pokok senang nak hidup....

Salam pakcik, org muda tumpang lalu..
Gaharu bole tanam kat ldang sawit cuma tak digalakkan sebab jarak pokok ke poko sawit terlalu dekat menyebabkan pokok tak dpt pencahayaan yg sepatutnya..lg satu sawit zaman sekarang ni meggunakan baja yg mengandungi kandungan chemical yg agak tinggi yg boleh menjadi racun terhadap gaharu muda tetapi sekiranya menggunakan baja organik adlah sangat berkesan terhadap sawit dgn gaharu..sy sokong dgn pengalaman pakcik, sebab sy pun belajar dr golongan berpengalaman mcm pakcik..
 
Gaharu ni, susah ke senang cara jaganya??

Janganlah marah..hehehe..susah peringkat awal jerr dlm masa 2-3 tahun tp lepas tahun ke-3 pokok biasanya tak perlu jaga sangat sebab akar dah kuat..
 
berapa tahun agak2 pokok tu boleh dituai?? 5 tahun??
 
berapa tahun agak2 pokok tu boleh dituai?? 5 tahun??

Kalau nak ekstrak minyak, 6-8 tahun tp kalau nak ambik teras (dibakar mengeluarkan bau wangi) lagi lama lg bagus ( untuk anak2 dah ni) tp kene pastikan poko sakit sebelum tebang...tanam 50 tahun pun kalau poko tak sakit, pokok tu kosong jer lah...
 
Ada sesapa yg dah berjaya menuai hasil gaharu? Berapa pulangan yg diperoleh?
 
ok sikit penerangan:

gaharu adalah bahan yg dihasilkan oleh pokok candan gunung dan beberapa spesis yg seangkatan dengannya. gaharu ni memerlukan proses utk terhasil. dalam perkataan orang biasa, pokok ni disakitkan supaya bertindakbalas utk mengeluarkan gaharu. perkataan sains dia inokulan (gitu2) :p

sekarang ni dah ada sykt keluarkan produk sampingan berasaskan pokok candan seperti teh gaharu.

tapi produk yg utama ialah minyak gaharu yg harganya bergantung kepada kualiti (gred) yg boleh mencecah berpuluh ribu ringgit seliter #:-S

dapat hasil yg seliter rm5-10k pun dah cantik sgt dah :)paid

Oo mcm tu.mahal btl ye.huhu
tapi makan bertahun.huhu.
moga berjaya smuanya disini.
 
berapa tahun agak2 pokok tu boleh dituai?? 5 tahun??

bagus ada thread ni..

setahu aku,5 tahun tu baru boleh cucuk ubat pd pokok tersebut..
masa utk tuai bergantung pd ubat yg di guna tu jugak..
ada sesetengah ubat yg boleh cepatkan proses teras tu berlaku..
aku pernah lawat sorang pakcik yg buat semua ni,katanya dlm 2-3 tahun,teras tu boleh terbentuk sepanjang 1 kaki lebih..sbb tu org akan cucuk ubat di merata batang pokok utk hasil teras yg lebih byk..kalau tuai awal tp tak der teras,tak guna jugak..sbb teras yg hasilkan minyak,yg lain2 hanya sampingan sahaja.
 
Back
Top
Log in Register