BTC USD 83,606.9 Gold USD 4,182.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sembang Saham Carigold 2015

apesal dok follow WCT eh? ada news/rumours ka.
btw appasia mcm cun jugak tu.

Peningkatan corak pembelian aka volume. Tapi tak semestinya semua akan untung, bila rugi, buang je. Cari lain.
 
salam TT,

bole share cara narrow down stock utk di focus?

tq

Sama jawapan aku kat atas.

Aku tengok peningkatan corak pembelian aka volume. Tapi tak semestinya semua akan untung, bila rugi, buang je. Cari lain.

Yang penting fokus untuk keuntungan secara keseluruhan. Sebab tu money management yang paling penting walau guna ape teknik pun.

Sebab tu bila ade member2 bagi tips, check balik dgn teknik masing2, kena atau tak. Kalau kena, boleh beli, kalau tak kena, abaikan. Sebab kita keluar masuk market mesti cuba ikut 100% teknik yang kita amalkan.

Secara logik, dalam satu2 masa, mesti akan ade yang untung, dan ade yang rugi. Kalau semua guna teknik yang sama, tak bergerak market tu. Jadi ade teknik yang dah tunjuk signal jual, tetapi pada yang sama ade teknik lain yang tunjuk beli. Jadi berlakulah urusniaga kat situ.

Kalau boleh, jangan lompat2 teknik, guna je teknik yang ade tu untuk satu tempoh yang lama atau beberapa batch pembelian. Jika banyak yang rugi dari untung, mungkin boleh consider perbaiki / ubah teknik tersebut atau tukar teknik.

Jika memang dah untung, go on je dan perbanyakkan urusan jual beli dan lebih kerap spot saham yang menepati kriteria teknik yang sedang digunakan.

Yang aku selalu ingatkan diri aku, jangan tamak, peluang sentiasa ade, dan jangan over confident. Ikut teknik yang sedang diamalkan 100% kalau boleh. Walau aku pun sedar, aku sendiri pun kadang2 susah nak follow teknik sendiri. Sebab tu mengawal emosi semasa urusan jual beli lebih penting dari sentiasa mencari teknik terbaik untuk trade saham.
 
Salam semua.

Sapo ade KNM lagi. Memang stock ni banyak follower, asal ade signal sikit je, terus naik. Mudah nak trade.

Aku dah jual 50%. Tengok corak urusan niaga hari ni untuk decide lagi 50%.
 
[QUOTE=imdudic;21588294]Salam semua.

Sapo ade KNM lagi. Memang stock ni banyak follower, asal ade signal sikit je, terus naik. Mudah nak trade.

Aku dah jual 50%. Tengok corak urusan niaga hari ni untuk decide lagi 50%.[/QUOTE]

..bila beli ..?
..mmg dok follow knm ni..
 
[QUOTE=imdudic;21588294]Salam semua.

Sapo ade KNM lagi. Memang stock ni banyak follower, asal ade signal sikit je, terus naik. Mudah nak trade.

Aku dah jual 50%. Tengok corak urusan niaga hari ni untuk decide lagi 50%.

..bila beli ..?
..mmg dok follow knm ni..
[/QUOTE]

Beli masa aku post hari tu. Ingat the next day nak buang dah sebab signal nampak out. Tapi tak sampai tahap aku tetapkan. Aku hold lagi. Sebab aku mmg akan cuba displinkan diri follow rules yang aku tetapkan.

Baru tadi aku clear 100%. Tu pun tak ikut rules yang aku tetapkan sebab dah terlebih profit.

Signal still ok, masih menunjukkan boleh naik, tapi aku pejam mata je clear position sebab kalau keuntungan pun kita takleh control, sama gak kerugian nanti, kita asyik hold sebab dok harap harga akan rebounce balik. Jika keuntungan takleh kawal, mcm tu gak kerugian, pun takut nanti takleh kawal. Sebab dah terbiasa biarkan je.

Tu kaedah aku la. Terpulang pada teknik masing2. Yang penting displin diri bila berada dalam mana2 pasaran, Insya'Allah boleh bertahan lama.
 
Salam dan selamat pagi semua.

Apa kaunter pilihan anda hari ini. Cuba study stock SHH. Kenapa boleh gap up pagi ni. Tengok sejarah.

Btw, byk stock yg gap up pagi ni. Biasa la pagi Isnin. Sebab tu sebagai trader, jangan lepaskan peluang hari Isnin ni.
 
lame tak jenguk tered ni hehe.. ikut perasaan memang untung dengan lost je
adoila.. susah nk kawal bila tgk market share naik. kita pn ikut nak beli,
sekali naik sikit je. down yang banyak. hehe
 
Back
Top
Log in Register