BTC USD 84,806.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sembang Saham Carigold 2015

Ifca xde logo halal bro. :D
Tapi terpulang la sebab syariah tak syariah ni pun bergantung pada company tu nak mohon atau tak. Ade company yang mmg boleh dapat title syariah, tapi tak mohon, jadi tak syariah la.

Cuma kalau nak selamat, kita pilih syariah la. Sebab kita bukan ade source nak check betul ke satu2 company ni syariah atau tak.

Bro full time trader ke??

betul bro, tu la masalahnya, walaupn kampeni tu jual software dengan
hardware tak tau halal haramnya, takdak la
saya partime je. fulltime kerja swasta hehe
 
Salam dan selamat pagi semua.

FBMKLCI masih dalam mood tak menentu. 30 minit terakhir dagangan semalam jatuh 0.438% dari harga sebelumnya.

Jadi, perhatikan portfolio anda sebaik mungkin dan ambil tindakan yang wajar dalam keadaan pasaran sekarang.
 
Bagaimana portfolio anda? Walauapun reaksi pasaran, tetapkan bersama teknik yang anda telah amalkan.

Perkongsian hari ini:

Kenapa kiraan untung rugi perlu dalam %.

Sebagai contoh stock Novamsc, semalam harga tutup pada 0.16. Harga sekarang adalah 0.15. Ikut RM penurunan hanya RM 0.01. Nampak sedikit sahaja.

Tetapi dari segi %. Penurunan adalah 6.25%. Hampir menyamai dividen ASB dan lebih dari dividen FD. Ini adalah agak tinggi.

Contoh jika anda beli stock ini RM 100,000. Anda telah kerugian RM 6,250.00.

Jadi, biasakan membuat kiraan untung rugi apabila trade dalam %.
 
portfolio aku jatuh skrg...tp still optimistik dgn stock yg sdia ada
 
..bincang lagi..

..next week KLSI mungkin naik..
 
Dengan keadaan pasaran sekarang, short term trader agak mudah untuk buat profit. Sekejap pasaran ok, sekejap pasaran tak ok.

Cuma sebagai short term trader, tak perlu risau dgn apa2pun keadaan market sebab keputusan sentiasa perlu cepat dibuat tanpa pedulikan untung atau rugi. Yang penting, ada signal, terus bertindak.
 
boleh rekemen potential stock?

Dari TA atau FA?

Btw susah nak rekemen potential stock ni sebab pandangan setiap orang berbeza. Kalau nak terus berada dalam pasaran untuk tempoh yang lama, kena belajar sendiri cari stock yang sesuai dgn diri.

Contoh mcm aku, stock Mitra, aku agak susah nak buat profit dgn stock ni sebab mmg tak sesuai dgn aku. Tapi orang lain boleh profit dgn stock ni. Sebab pergerakkan stock ni tak sesuai dgn teknik yg aku gunakan.

Kalau tgk portfolio aku, asal Mitra je, mesti merah. Ade la sesekali hijau, tapi mostly merah melebihi hijau. Jadi, aku avoid terus stock ni.

Sebagai contoh lagi, stock KNM, mmg boleh profit. Sebab agak mudah bagi aku untuk predict pergerakkan harga.

Macam tu sebagai contoh kenapa sukar nak bagi tips pada orang lain. Sama dgn member2 aku, kalau nak sembang pasal tips, semua mcm mengelak sebab taknak member2 lain rugi bila ikut tips. Sembang pasal teknik, xde masalah.
 
Cerita pasal tips lagi. Dalam facebook, blog, i3investor dsb berlambak orang bagi tips. Termasuk la individu agak terkenal pun bagi tips. Dalam I3 tu berlambak yang bagi tips konon mmg tips dari internal source.

Paling best aku pernah baca pasal IRIS, siap ade yang kata ade dana boleh beli sebuah taman kat KL tu (tak ingat dah taman ape) secara cash. Jadi dana tu mmg dia dah standby untuk support stock IRIS dari menjunam. Tapi skrg ape jadi? Kesimpulan, kita tak perlu terlalu ghairah dengar tips orang. Yang menulis tu pun kita tak tahu sape dan ape tujuan dia.

Tapi kebanyakkan tips pun diberi secara general je. Boleh la nak ambik guide, tapi nak trade tetap kena berpandukan teknik sendiri.

Kalau rajin lagi, byk seminar singkat2 yang bagi tips. Contoh aku ade sekali pergi dengar talk DNK kat Affin Taman Midah. Sikit punya byk tips stock dia bagi. Last2 dia sendiri pun tanya, banyaknya duit korang nak beli semua stock?? :)):))

Cuma yg bagus bila pergi mana2 seminar saham ni, kita boleh kenal ramai orang, boleh baiki teknik kita yg sedia ada dan paling penting, boleh luangkan masa secara berkualiti jika anda seorang full time trader dan mmg ada waktu2 xde kerja lgsg nak dibuat, pergi la seminar2 ni. :D:D
 
tt nak tau kriteria saham pilihan tt

1) tgk chart monthly ke weekly ke or daily?

2) sykt dalam sektor mana?

3) indicator bila tgk chart
 
Back
Top
Log in Register