BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Semak arah kiblat Khamis ini

kalau

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
TAWAU: Umat Islam di Malaysia boleh menyemak kedudukan arah kiblat dari kediaman, atau lebih tepat dari ruang solat masing-masing, pada Khamis ini jam 5.28 petang.

Timbalan Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Omar Said berkata arah kiblat boleh disemak pada hari dan masa berkenaan dengan berasaskan cara tradisional iaitu dengan melihat arah matahari tenggelam.

Katanya pada hari dan masa itu kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah di Makkah yang menjadi kiblat umat Islam.

"Kealpaan umat Islam menentukan arah kiblat dengan tepat boleh menyebabkan arah kiblat mereka tersasar sehingga beberapa kilometer jauhnya," katanya ketika berucap merasmikan kursus lanjutan Falak (Qiblat) peringkat negeri di sini hari ini.


mymetro online news.


Umat Islam boleh semak arah kiblat Khamis ini

TAWAU: Umat Islam di Malaysia boleh menyemak kedudukan arah kiblat dari kediaman, atau lebih tepat dari ruang solat masing-masing, pada Khamis ini, jam 5.28 petang.

Timbalan Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Omar Said, berkata arah kiblat boleh disemak pada hari dan masa berkenaan dengan berasaskan cara tradisional iaitu dengan melihat arah matahari tenggelam.

Katanya, pada hari dan masa tersebut kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah di Makkah yang menjadi kiblat umat Islam.

"Kealpaan umat Islam menentukan arah kiblat dengan tepat boleh menyebabkan arah kiblat mereka tersasar sehingga beberapa kilometer jauhnya," katanya ketika berucap merasmikan kursus lanjutan Falak (Qiblat) peringkat negeri di sini, hari ini.

Kursus anjuran ILIM dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Mufti Negeri Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah itu dihadiri 44 orang peserta yang mewakili pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.

Menurut Omar, perubahan satu darjah saja boleh mengakibatkan arah kiblat tersasar sehingga sejauh 128 kilometer.

berita harian online news.
 
jadi, mana2 memembers yg nak pastikan

arah kiblat, tunggu hari dan waktu yg di

nyatakan.
 
Bagus2 tak sabar rasanya nak tunggu khamis ni.........
 
arah kiblat sentiasa berubah ker..coz aku memang ada dengar bumi semakin lari dari paksinya ...so mesti berlaku pertukaran arah..errkk ,,aku baca maner tah aku dah lupa..ada sesiapa tahu!
 
heran plak aku....aku thread starter......

tapi post #2.......ekekekek........
 
heran plak aku....aku thread starter......

tapi post #2.......ekekekek........

Aku perasan dah...minggu nie 2-3 kali jadi ~X(
 
Back
Top
Log in Register