BTC USD 61,295.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Semakan BUDI95 Dibuka Khamis Ini

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,562
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,562
Reaction score
322
Points
141
56eeb413ac94834d4420869951b67cc268d29df883643

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, bercakap pada sesi taklimat media mengenai Budi Madani RON95 di Menara KWSP hari ini.
-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Semakan kelayakan bagi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) boleh dibuat mulai Khamis ini, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata semakan boleh dilakukan secara dalam talian menerusi portal rasmi www.budimadani.gov.my. di Pusat Khidmat Pelanggan BUDI95 atau melalui aplikasi Setel dan CaltexGO selepas proses verifikasi identiti selesai.

“Pengguna hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan untuk mengetahui kelayakan subsidi yang diperoleh.

“Portal ini kekal digunakan dan mulai 30 Sept, setiap penggunaan subsidi akan dipaparkan secara harian termasuk baki kelayakan. Had ditetapkan ialah 300 liter sebulan,” katanya pada sidang media  selepas sesi taklimat media mengenai penyasaran subsidi RON95 di sini, hari ini.

Menurut beliau, pengguna tidak perlu membuat pendaftaran baharu kerana semakan kelayakan dilakukan secara automatik berdasarkan nombor kad pengenalan.

Amir Hamzah berkata di stesen minyak pula, pengguna hanya perlu memasukkan MyKad pada pembaca di pam atau kaunter kedai untuk pengesahan kelayakan sebelum membuat bayaran.

“Pembayaran boleh dibuat menggunakan tunai, kad kredit/debit atau e-dompet. Selepas selesai mengisi petrol, resit akan memaparkan nilai transaksi pada harga pam, jumlah subsidi ditanggung kerajaan dan amaun sebenar yang dibayar pengguna pada harga RM1.99 seliter,” katanya.

Katanya kuota subsidi kekal 300 liter sebulan, manakala penggunaan melebihi had itu dikenakan harga pasaran semasa.

“Hampir semua stesen minyak dilengkapi dengan pembaca MyKad, manakala sebahagian syarikat minyak turut menawarkan semakan melalui aplikasi masing-masing seperti Setel dan Touch ’n Go. Usaha ini bagi memastikan subsidi disalurkan kepada mereka yang layak, mengurangkan ketirisan serta memberi penjimatan kepada kerajaan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register