TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Graduan tidak digantung, diberi seminggu mohon maaf
PETALING JAYA: Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi, graduan jurusan Diploma Fotografi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak digantung pengajian, sebaliknya diberi tempoh seminggu supaya memohon maaf di atas perbuatannya berselfie ketika Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-82 baru-baru ini.
Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, ketetapan itu dibuat kerana perbuatan graduan itu memalukan dan dianggap tidak menghormati etika majlis tersebut.
"Kami beri dia tempoh seminggu untuk meminta maaf... perbuatannya itu ternyata memalukan UiTM.
"Tidak ada istilah gantung pengajian, macam mana dia boleh digantung sedangkan dia sudah tamat pengajian. Semua itu tidak benar. Dia hanya perlu minta maaf bagi membersihkan nama UiTM dan selepas itu dia akan dapat skrol diplomanya," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/05/17/graduan-selfie-tak-digantung/
KUALA LUMPUR: Apa akan terjadi jika anda melakukan selfie luar kebiasaan? Jawapannya dalam masa tidak sampai sehari semalam, anda akan menjadi terkenal!
Itulah yang terjadi kepada seorang pelajar jurusan fotografi Universiti Teknologi MARA, Mohd Hasrul. Dia yang mengambil gambar selfie ketika naik ke atas pentas untuk mengambil skrol, menjadi mangsa usikan dan kritikan di laman sosial gara-gara tindakannya itu.
Ada yang memuji keberanian Hasrul, ada juga yang mengkritik dengan mengatakan tindakan tersebut melanggar protokol majlis.
Read more at: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/selfie-konvo-langgar-protokol-60053?cp
Pro Canselor UiTM Tegur Tindakan ‘Selfie’ Ketika Konvo
Shah Alam – Foto mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang ‘berselfie’ di atas pentas semasa Konvokesyen Ke-82 semalam mendapat teguran daripada Pro-Canselor UiTM, Tan Sri Dr Arshad Ayub.
Ujar Arshad tindakan siswa berkenaan dilihat sebagai melanggar protokol universiti.
“Saya menegaskan bahawa ‘decorum’ ataupun ketertiban amatlah perlu bagi warga UiTM dan menolak sepenuhnya budaya tersebut,” katanya yang dipetik alumniuitm.org.
Menurut Arshad lagi, beliau ada meminta supaya siswa tersebut berundur beberapa tapak dan ulang semula secara tertib sebagai menghormati majlis bermakna tersebut.
http://www.suara.tv/2015/05/16/pro-canselor-uitm-tegur-tindakan-selfie-ketika-konvokesyen/
Tak tahu dilarang ‘selfie’
Kuala Lumpur: “Saya minta maaf jika tindakan saya ‘selfie’ atas pentas ketika istiadat konvokesyen berlangsung memalukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), saya tidak mampu mengawal perasaan teruja dan seronok selepas menerima segulung diploma,” kata Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi, 21.
Graduan jurusan Fotografi dari UiTM Lendu, Melaka itu kini menerima kritikan ramai apabila tindakannya mengambil gambar ‘selfie’ bersama Pro Canselor UiTM Tan Sri Dr Arshad Ayub selepas menerima skrol ketika Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-82 berlangsung menjadi viral di laman sosial.
Muhammad Hasrul berkata, idea untuk ‘selfie’ di atas pentas datang selepas melihat istiadat konvokesyen sebuah universiti tempatan yang menampilkan graduan Sarjana Muda Seni Persembahan Tari melakukan aksi tarian ketika mahu mengambil skrol.
“Saya fikir tindakan itu tidak salah, mengambil gambar selfie juga simbolik untuk pelajar jurusan fotografi.
“Tidak salah untuk saya ‘merakam’ detik bersejarah dalam hidup selepas bertungkus-lumus selama dua tahun setengah untuk mendapat segulung diploma,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, di sini, semalam.
![]()
GAMBAR graduan ‘selfie’ pada istiadat konvokesyen yang menjadi viral.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/51558#sthash.YwEec0cw.dpuf
Last edited: