BTC USD 62,127.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Selepas akad nikah terus minta cerai

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,562
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,562
Reaction score
322
Points
141
geli-cerai.jpg

Tangkap layar menunjukkan pengantin perempuan meminta bercerai selepas akad. - Lambe Turah

JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang pengantin perempuan meminta untuk bercerai sejurus selepas suaminya melafazkan akad nikah, lapor portal berita Tribunnews semalam.

Kejadian berlaku di Penukal Abab Lematang Ilir, wilayah Sumatera Selatan.

Rakaman video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan pasangan pengantin itu sedang duduk di hadapan wali semasa akad nikah.

Suasana ceria bertukar tegang apabila pengantin perempuan tiba-tiba mahu bercerai.

“Saya mahu diceraikan. Saya tidak suka (perkahwinan) kerana dia (calon suami) melecehkan saya. Saya mahu bercerai,” kata wanita itu di dalam video sebelum beredar.

Menurut pengantin lelaki, dia tidak akan menceraikan isterinya yang baru dinikahi.

Seorang penghulu kemudian menenangkan keadaan dan meminta permasalahan tersebut dapat diselesaikan bersama keluarga.

Masih belum jelas mengenai punca penceraian itu. – AGENSI

 
emmm... jgn ler tggu hari kahwin..
batalkan je lah majlis pernikahan tu.. lebih mudah...

dah sah nikah... kena banyak step nak bercerai...
kalau lepas nikah berapa saat terus cerai.. banyak maslaah wei...
kalau cerai.. cerai muaabad... tak leh kawin semula dengan pasangan tadi tu..

walaupun kata, takkan nak tanggung masalah lama2 baru nak bercerai...

aii.. kan dah tahu ada masalah sebelum nikah.. cancel jer laa nikah tu..
atau nak buat content content ni..

entahlaaa
 
Back
Top
Log in Register