BTC USD 62,127.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Selangor kritikal

Tak payah C&P panjang-panjang, bukan ada yang baca pun nak-nak statement dari parti lobai.
Paling-paling pun baca 2-3 baris sebelum sambung ratib kerajaan gagal.
Nanti ada la yang komen lobai lobai lobai. Tunggu
 
PPV IDCC | JKN Selangor Kesal Ada Petugas Tidak Divaksinasi

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor kesal apabila sebahagian petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam tidak divaksinasi lagi, sedangkan mereka telah memulakan tugasan.

Pengarah JKN Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman menegaskan, syarat pertama sebelum bertugas di PPV adalah menerima suntikan vaksin lengkap.

 
FB_IMG_1626234916663.jpg

#COVID19 :

❗️Langkah Tangani Peningkatan Kes COVID di Lembah Klang

#InfografikBernama #LindungDiriLindungSemua #MenangBersama #KitaJagaKita
 

HTAR nafi jabatan kecemasan ‘dikosongkan’ sebelum lawatan PM​


July 14, 2021 10:52 AM

Muhyiddin-Yassin-HTAR-Bernama-140721.jpg


Zulkarnain Mohd Rawi berkata keputusan menempatkan pesakit Covid-19 ke Wad Covid-19 berisiko rendah adalah terletak kepada pihak pengurusan wad dan bukan daripada ETD. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) menafikan dakwaan Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) hospital itu dikosongkan sebelum lawatan Perdana Menteri, semalam.

Menurut Pengarahnya, Zulkarnain Mohd Rawi berkata, dakwaan berkenaan tidak benar kerana jabatan itu sememangnya penuh dengan pesakit.

“Manakala, pesakit yang belum menerima rawatan di ETD setakat 13 Julai, adalah seramai 177 orang,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mesej dan gambar yang tular mendakwa ETD HTAR menjadi kosong semasa Muhyiddin melawat hospital itu semalam.



Zulkarnain-Mohd-Rawi-ms-140721.jpg


Zulkarnain Mohd Rawi.

Beliau menambah keputusan untuk menempatkan pesakit Covid-19 ke Wad Covid-19 berisiko rendah adalah terletak kepada pihak pengurusan wad dan bukan daripada ETD.

Zulkarnain berkata, pemindahan terbabit adalah pelan kontigensi yang diambil bagi pengurusan bencana peringkat hospital.
Dalam pada itu, Zulkarnain turut mengesahkan, beberapa blok asrama doktor pelatih di sana sudah ditukar fungsi sebagai wad Covid-19.
Beliau berkata, notis telah dikeluarkan kepada semua penghuni blok A dan B asrama doktor pelatih HTAR.

“Notis telah dikeluarkan kepada semua penghuni di Blok A dan Blok B Asrama Doktor Pelatih supaya keluar dalam tempoh empat hari sejak 9 Julai 2021 (Jumaat) untuk berpindah ke Asrama Pelajar Perubatan UM.

“Selepas semua pemindahan Doktor Pelatih ke Asrama Pelajar Perubatan UM selesai dilakukan pada 12 Julai 2021, fungsi Blok A dan B Asrama Doktor Pelatih telah ditukarkan kepada Wad Covid-19 Berisiko Rendah,” katanya.


 
Ape yg terjadi kt shah alam bukan berpunca dari org luar tapi berlaku pada dalaman sendiri.. iaitu pembawa tiada gejala.. yg mana pembawa da Terima vaksin penuh..

Kita facing fasa pembawa yg da difaksin .. mereka tiada gejala. Jadi penyebb ramai positif.. isu ppv idcc org luar tu penyebb trigger tuk swap test beramai3 petugas

Aku rasa kenapa selangor naik sebb nisbah penerima vaksin (pembawa) tak ramai vs yg belum vaksin ramai.

Selepas fasa selangor capai majority vaksin.. negera lain akan terkesan gak sebb selangor akan jadi pembawa Tampa gejala plak
 

HTAR nafi jabatan kecemasan ‘dikosongkan’ sebelum lawatan PM​


July 14, 2021 10:52 AM

Muhyiddin-Yassin-HTAR-Bernama-140721.jpg


Zulkarnain Mohd Rawi berkata keputusan menempatkan pesakit Covid-19 ke Wad Covid-19 berisiko rendah adalah terletak kepada pihak pengurusan wad dan bukan daripada ETD. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) menafikan dakwaan Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) hospital itu dikosongkan sebelum lawatan Perdana Menteri, semalam.

Menurut Pengarahnya, Zulkarnain Mohd Rawi berkata, dakwaan berkenaan tidak benar kerana jabatan itu sememangnya penuh dengan pesakit.

“Manakala, pesakit yang belum menerima rawatan di ETD setakat 13 Julai, adalah seramai 177 orang,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mesej dan gambar yang tular mendakwa ETD HTAR menjadi kosong semasa Muhyiddin melawat hospital itu semalam.



Zulkarnain-Mohd-Rawi-ms-140721.jpg


Zulkarnain Mohd Rawi.

Beliau menambah keputusan untuk menempatkan pesakit Covid-19 ke Wad Covid-19 berisiko rendah adalah terletak kepada pihak pengurusan wad dan bukan daripada ETD.

Zulkarnain berkata, pemindahan terbabit adalah pelan kontigensi yang diambil bagi pengurusan bencana peringkat hospital.
Dalam pada itu, Zulkarnain turut mengesahkan, beberapa blok asrama doktor pelatih di sana sudah ditukar fungsi sebagai wad Covid-19.
Beliau berkata, notis telah dikeluarkan kepada semua penghuni blok A dan B asrama doktor pelatih HTAR.

“Notis telah dikeluarkan kepada semua penghuni di Blok A dan Blok B Asrama Doktor Pelatih supaya keluar dalam tempoh empat hari sejak 9 Julai 2021 (Jumaat) untuk berpindah ke Asrama Pelajar Perubatan UM.

“Selepas semua pemindahan Doktor Pelatih ke Asrama Pelajar Perubatan UM selesai dilakukan pada 12 Julai 2021, fungsi Blok A dan B Asrama Doktor Pelatih telah ditukarkan kepada Wad Covid-19 Berisiko Rendah,” katanya.



FB_IMG_1626236848446.jpg
FB_IMG_1626236850671.jpg


Kenyataan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang Mengenai Isu yang Sedang Tular di Media Sosial:

1. Isu Berkaitan Doktor Pelatih Diarah untuk Berpindah dari Asrama Doktor Pelatih.
2. Isu Jabatan Kecemasan & Trauma "Dikosongkan" untuk Lawatan Perdana Menteri.
 
Hal ini kerana Akta PBT tidak boleh dikuatkuasakan sewenang wenangnya atas sebab Akta 342 serta SOP MKN yg sedang dikuatkuasakan.
#AWANInews

1626236784262.png

Time ramadan .. mcm2 kuasa wujud kt kerajaan.. leh je tutup sana sini.. tibe2 kerajaan tak ada kuasa plak . Hah

Ini kelakar tuan2.. klu masing3 tak ada kuasa .. logiknya semua sektor leh buka mcm biasa betul tak??? @cek mek molek
 
#klang Pengarah HTAR, Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata, pasukan ATM akan menghantar bantuan aset dan anggota bagi menyelesaikan segera isu mayat pesakit Covid-19 di hospital berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/.../atm-bantu-uruskan-mayat...

ATM bantu uruskan mayat pesakit Covid-19 di HTAR​


1626237127351.png


TANGKAP layar rakaman video yang menunjukkan mayat pesakit Covid-19 di HTAR yang terlalu banyak. FOTO tular

Klang: Isu mayat pesakit Covid-19 yang terlalu banyak di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sehingga mencetuskan kebimbangan masyarakat mendapat perhatian Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pengarah HTAR, Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata, pasukan ATM akan menghantar bantuan aset dan anggota bagi menyelesaikan segera isu mayat pesakit Covid-19 di hospital berkenaan.

"Bantuan dan kerjasama ATM itu adalah hasil perbincangan di antara Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kesihatan, Datuk Mohd Shafiq Abdullah dengan pihak ATM.

"Pihak ATM akan membantu mempercepatkan urusan untuk membawa mayat-mayat berkenaan bagi proses pengebumian mengikut agama masing-masing dan aset-aset ATM juga boleh digunakan bagi tujuan ini.

"Hasil bantuan ATM nanti dapat menampung kekurangan pegawai inspektor kanan (IK) di Pejabat Kesihatan Daerah Klang. Sebelum ini, IK yang menguruskan pengebumian jenazah berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas rakaman video tular di media sosial yang memaparkan keadaan mayat pesakit Covid-19 yang terpaksa diletakkan di lantai secara berlapis di HTAR selepas bilik mayat berada pada tahap kapasiti penuh.

Dr Zulkarnain juga mengesahkan mayat berkenaan positif Covid-19, namun enggan menyatakan jumlah sebenar jenazah itu yang berada di HTAR ketika ini.

Menurutnya, prosedur meletakkan 'tagging' pada si mati terutama nama mereka dan butiran lain dilaksanakan dengan cukup teliti bagi memudahkan urusan pengebumian.

"Ketika ini, semua mayat berkenaan sudah ditempatkan di dalam kontena sejuk beku dengan suhu negatif 11 darjah celcius bagi mengelakkan berlaku pereputan," katanya.

Beliau mengakui, masalah yang berlaku sebelum ini juga disebabkan pihaknya tidak mempunyai peti simpanan mayat mencukupi, namun isu terbabit berjaya diselesaikan dan keadaan kini terkawal.

"Secara keseluruhan setakat ini, kami di sini mempunyai tiga kontena dan jumlah itu mencukupi.

"Dua kontena itu adalah hasil pemberian kerajaan daripada lapan kontena yang diagihkan di seluruh negeri ini, manakala satu lagi adalah sumbangan yang diterima sebelum ini," katanya.

Beliau berkata, kes kematian akibat jangkitan Covid-19 yang tinggi di HTAR disebabkan kebanyakan pesakit yang dirawat terdiri daripada mereka dalam kategori empat yang memerlukan bantuan oksigen.

"Mungkin mereka datang lambat untuk rawatan yang menyebabkan kebarangkalian untuk sembuh agak tipis.

"Jadi, kita berharap orang ramai terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka, penjarakan fizikal dan selalu mencuci tangan serta tidak keluar rumah sekiranya tiada keperluan," katanya.

Disiarkan pada: Julai 14, 2021 @ 11:26am

 
Back
Top
Log in Register