kasturi
Legendary Member

- Messages
- 13,525
- Joined
- Jul 22, 2006
- Messages
- 13,525
- Reaction score
- 3,279
- Points
- 196

29 OKT: Selangor adalah negeri yang mempunyai bilangan penerima tertinggi Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM)2014 dengan peruntukan sebanyak RM413 juta melibatkan 986,000 penerima, diikuti Johor dan Sarawak.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata sebanyak RM3.7 bilion telah diperuntukkan oleh kerajaan kepada 7 juta penerima yang layak.
“Sejak BR1M diperkenalkan pada tahun 2012, penerima yang layak menerima BR1M pada tahun itu seramai 4.2 juta orang.
“Namun penerima BR1M ini dijangka akan meningkat sebanyak tiga peratus pada tahun 2015 nanti,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kulim Bandar baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir di Parlimen pada Rabu.
Abdul Aziz ingin mengetahui mengenai peruntukan pemberian BR1M tahun ini dan pecahan mengikut negeri.
Malah ketika membahaskan bajet 2015 semalam, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat turut menyampaikan penghargaan dan berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memberikan BR1M tanpa mengira kaum, agama, bangsa dan pegangan politik mereka.
Sementara itu, ketika menjawab soalan tambahan Chua berkata pemberian BR1M tidak meningkatkan kadar defisit negara walaupun jumlah penerima dan nilai bantuan itu meningkat setiap tahun.
Malah katanya kadar defisit negara berkurangan sejak BR1M diperkenalkan pada 2012, dan dijangka mencecah kadar tiga peratus pada 2015.
Beliau berkata, penerima BR1M pada 2012 adalah seramai 4.2 juta dan dijangka meningkat kepada 7.1 juta tahun depan, iaitu peningkatan 73 peratus.
Selain itu, katanya nilai bantuan juga meningkat 160 peratus iaitu RM2.1 bilion pada 2012 kepada RM5.2 bilion bagi tempoh yang sama.
Last edited: