BTC USD 81,916.3 Gold USD 4,140.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Selamat Tinggal Syed Hamid...

botak2 dia pun dia kaya.... tp sejak dia jadi menteri polis ni, aku rasa ramai yg dah tak suka dia.... org kota tinggi ramai yg dah nyampah kat dia.... tak caya tanya org2 felda lok heng ... sian dia, tua2 mcm ni paklah lantik jadi menteri polis....
 
botak2 dia pun dia kaya.... tp sejak dia jadi menteri polis ni, aku rasa ramai yg dah tak suka dia.... org kota tinggi ramai yg dah nyampah kat dia.... tak caya tanya org2 felda lok heng ... sian dia, tua2 mcm ni paklah lantik jadi menteri polis....

Biarlah darah Bugis pulak yg naik...
:D
 
Biarlah darah Bugis pulak yg naik...
:D

chayokk!!Chayookk!! bagi tgk sket penangan org bugis wat keje plak..ekekeke..daeng malik ek?? emm..entah2 sedara mara aku..ekekekeke:))
 
botak2 dia pun dia kaya.... tp sejak dia jadi menteri polis ni, aku rasa ramai yg dah tak suka dia.... org kota tinggi ramai yg dah nyampah kat dia.... tak caya tanya org2 felda lok heng ... sian dia, tua2 mcm ni paklah lantik jadi menteri polis....

er nk tanye die kaye tu duit hasil dr mane???die ade wat bisnes ke...atau hasil gaji2 die jd menteri sblm nie...
 
Moga Allah lapangkan hati beliau dan kita semua, diperlihatkan Allah akan kebenaran yang sebenar-benarnya.
 
er nk tanye die kaye tu duit hasil dr mane???die ade wat bisnes ke...atau hasil gaji2 die jd menteri sblm nie...


Duit part time lg banyak masuk dr duit gaji.. belum campur duit sedekah lg.. kayo pakcik..
 
Kemaruk kuasa’ di Kota Tinggi – Syed Hamid

KOTA TINGGI 3 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, Datuk Seri Syed Hamid Albar mendedahkan, perjalanan mesyuarat cawangan UMNO bahagian itu sejak tiga minggu lalu adalah yang terburuk dalam sejarah kerana dicemari gejala politik wang, kehadiran anasir luar dan dipenuhi pelbagai ugutan serta ancaman.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, pemilihan kali ini seperti dibayangi unsur ‘kemaruk kuasa’ dalam pertandingan merebut jawatan tertinggi bahagian itu khususnya jawatan Ketua UMNO Bahagian.

Menurutnya, beliau menerima banyak maklumat bahawa gejala politik wang agak berleluasa dalam mesyuarat cawangan yang bermula tiga minggu lalu.

“Malah, apa yang membimbangkan saya ialah wujud unsur-unsur ugutan dan ancaman di samping kehadiran anasir luar yang dibawa masuk dalam politik UMNO Bahagian Kota Tinggi.

“Saya cukup takut dan bimbang... selepas pemilihan parti macam mana kita hendak pulihkan keadaan yang berkecamuk ini memandangkan ahli-ahli UMNO telah berpecah-belah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Wanita Cemerlang Tonggak Keluarga Bahagia 2008 di Felda Aping Barat di sini hari ini.

Pada pemilihan bahagian itu, Syed Hamid yang mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi dicabar oleh seorang ahli perniagaan, A. Malik Abdul Rahman.

Syed Hamid menyandang jawatan Ketua UMNO bahagian itu selama empat penggal manakala A. Malik pula ialah bekas Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian itu.

UMNO Bahagian Kota Tinggi mempunyai 46 cawangan dan daripada jumlah itu sebanyak 25 cawangan telah mengadakan mesyuarat agung masing-masing.

Sehingga petang ini, A. Malik mendahului saingan apabila mendapat 15 pencalonan manakala Syed Hamid menerima 10 pencalonan daripada 25 cawangan terbabit.

Cawangan-cawangan yang mencalonkan Syed Hamid ialah Belukar Durian, Tuan Seh, Pasir Panjang, Teluk Sengat, Seluyut, Kampung Baru Pasak, Felda Simpang Waha, Kampung Baru Seluyut, Kampung Teluk, Kampung Sayang dan Felda Bukit Waha.

Dengan keputusan itu, Syed Hamid dan A. Malik layak bertanding merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi.

Pada pemilihan UMNO Bahagian Kota Tinggi 2004, Syed Hamid menang tipis apabila dicabar oleh Ketua Pemuda bahagian, Rosleli Jahari yang kini merupakan Setiausaha UMNO bahagian. Rosleli ialah Setiausaha Akhbar kepada Menteri Dalam Negeri.

Syed Hamid berkata, siapa sahaja individu yang ingin bertanding jawatan dalam parti sepatutnya bertafakur sejenak tentang faedah hasrat mereka itu kepada ahli-ahli parti.

“Pada dasarnya saya bersetuju dengan konsep demokrasi yang diamalkan yang menggalakkan pertandingan tetapi jika inginkan perubahan kepimpinan di peringkat bahagian, ia perlu dilakukan secara berhemah.

“Rasanya tidak molek dan tidak manis bagi individu yang ingin menjadi pemimpin menggunakan taktik kotor untuk merebut jawatan yang diidamkan. Gelagat pemimpin seperti ini sentiasa diperhatikan oleh rakyat,” katanya.

Menurutnya, gejala negatif itu jika tidak dibendung boleh memberi kesan negatif bukan sahaja terhadap ahli-ahli UMNO malah kepada orang Melayu yang selama ini menjadikan UMNO parti yang memperjuangkan nasib mereka.

Masalah umno kian parah!
 
Gejala yg di teladani dari pemimpin2 atasan oleh org2 bawahan hingga ke akar umbi. Salahkah org2 bawahan yg hanya mengekalkan "tradisi" UMNO??? Atau salah org2 di atas???

....salah satu penyakit UMNO yg merebak kepada Kera jaan BN...

.
 
Back
Top
Log in Register