BTC USD 80,828.5 Gold USD 4,145.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Selamat Tinggal Syed Hamid...

Dulu aku respek syed hamid ni. Tapi semenjak dua menjak ni, aku dah mula hilang respek..

Satu contoh mudah lah. Kalau kau orang tengok dia cakap apa2 pasal Anwar kat TV, semuanya macam mempersendakan sahaja. Lepas tu ketawa2. Pemimpin apa mcm ni. Nampak sangat suka mengutuk orang.

Sudah sampai masanya untuk dirimu bersara...
 
sorang lagi botak yang dah nak kalah sebelum bertempur... hehehe... cakap je pandai... isi kosong mcm tin karat....
 
Di Kota Tinggi, Ketua Bahagian UMNO adalah Syed Hamid.

Dia sudah dapat tiga pencalonan

Lawan dia Daeng Malik dah dapat 10.

Bahagian Kota Tinggi ada 46 cawangan.

Kita Tunggu....

pe pkembangan arini bro??? nak tau ni....:o
 
Di KOTA TINGGI, polis menerima lima laporan mengenai kejadian pergaduhan dalam mesyuarat agung beberapa cawangan Umno dalam Bahagian Kota Tinggi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Osman Mohd Sebot yang mengesahkan tentang kejadian pergaduhan itu hari ini berkata, polis menyiasat satu daripada laporan itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar yang juga Ketua Umno Bahagian itu dilaporkan oleh akhbar hari ini sebagai berkata, penjalanan mesyuarat cawangan kali ini adalah yang terburuk dan dibayangi dengan unsur-unsur "kemaruk kuasa."

Syed Hamid, yang telah mendapat 10 pencalonan, dijangka menghadapi saingan sengit dalam pemilihan kali ini daripada bekas naib ketua bahagian itu Daing A.Malik Daing A.Rahman yang telah mendapat 13 pencalonan setakat ini.
 
Hehehe.. Semakin botak lah yer. :D
 
pak mid elok le pencen,dok masjid,taubat banyak2.tak yah dok fitnah sana fitnah sini........
 
dlm otak si botak ni tak ada istilah pencen, masjid, taubat..tambah lg pebuatan terkutuk ada la....
 
Nampak mcm ramai tak suka Syed Hamid ni. Apa kes?
 
Kedudukan Syed Hamid Albar tercabar?
Shirzad Lifeboat
Fri | Aug 08, 08 | 6:29:48 am MYT

Musim pemilihan tidak selalunya mudah buat Umno. Selain daripada perebutan jawatan atas alasan "mahu berkhidmat untuk parti" walaupun tokoh yang memegang sesuatu jawatan penting sedang menunjukkan prestasi cemerlang (dalam konteks Umno), ia sering dibumbui oleh rasa tidak puas hati bersifat liar.
Iklan

Pertelingkahan yang akhirnya bertukar menjadi pergaduhan pernah berlaku di mesyuarat peringkat cawangan dan bahagian. Kemuncak segalanya tentu sekali pada pemilihan yang diadakan pada April 1987 apabila parti tersebut terbahagi kepada dua kem yang saling tidak mempercayai di antara satu sama lain.

Apapun alasan proses demokrasi digunakan bagi menghalalkan perebutan sengit di kalangan mereka yang bertanding.

Beberapa hari lalu lima laporan polis telah dibuat mengenai peristiwa pergaduhan di mesyuarat beberapa cawangan Umno dalam Bahagian Kota Tinggi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Osman Mohd Sebot polis sedang menyiasat satu daripada laporan peristiwa pergaduhan itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana terdapat pihak terlibat telah menyebabkan kecederaan dengan sengaja. (Laporan Bernama).

Ketua Umno Bahagian Kota Tinggi merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar, sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar menyifatkan perjalanan mesyuarat kali ini adalah terburuk dan dibayangi oleh unsur-unsur 'kemaruk kuasa'.

Kedudukan beliau selaku Ketua Bahagian juga nampaknya sedang menerima cabaran getir dari bekas Naib Ketua Bahagian tersebut Daing A. Malik bin Daing A. Rahman yang pada awal minggu ini telah menerima kelebihan bilangan pencalonan.
Tidak begitu jelas mengapakah kedudukan Syed Hamid di Kota Tinggi perlu ditentang sedangkan beliau dikatakan telah mempamerkan prestasi cemerlang di Bahagiannya.

Apakah ini satu lagi cara sesetengah pemimpin kecil dan ahli-ahli Umno mentakrifkan demokrasi dan semangat silatulrahim Islam dalam pemilihan pucuk pimpinan parti? - mks. _
 
cehh..nih tipu je nihh..baguih apa syed albar..org umno kota sendirik dok kutuk diaa..datang kota semata-mata nak makan nasi beryani kambing jee..pastuh balikk..bukan nak bantu penduduk pomm..:(scam
 
Back
Top
Log in Register