BTC USD 61,674.0 Gold USD 4,237.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Selamat Tinggal Syed Hamid...

kita sama2 saksi kan pemilihan bhg umno k.tinggi....nak sgt lihat reaksi kalau si mamat hacks ni kalah
 
Tukar Hamid Albab

Hamid Albar? hahahahahahahaha

Aku ada sepupu bisnes butik kecantikan kat bandar ni. Ramai orang Kota Tinggi (termasuk sepupu aku) & pimpinan akar umbi UMNO bahagian Kota Tinggi tak suka dia ni. Dia ni besor kepala, angkuh, bongkak, sombong. Lagi satu, tak boleh ditegur. Sesapa yg berani tegur atau lawan dia, buruk la padahnya. Mesti kena pulau. Contohnya, macam bekas ADUN kawasan Sedili dulu masa pilihanraya tahun 2004 Dr Rashid.

Dr ni terkenal kat daerah Kota Tinggi ni. Tapi dia ni bukan jenis kaki angguk atau Yes Man. Dia ni bukan jenis kaki ampu Hamid Albar. Selalu bercanggah dgn pendapat & dasar Hamid Albar. Akibatnya, dia digugurkan dari jadi calon PRU12 yg lepas. Hahahahaha... Semua pimpinan UMNO bahagian Kota Tinggi yg ada sekarang ni adalah jenis kaki angguk, kaki kipas, kaki jilat Hamid Albar & Yes Man.

Tengok macam bandar Kota Tinggi. Dulu masa banjir besar tahun 2006, Kota Tinggi tenggelam 2 kali. Sekarang apa tindakan wakil rakyat? Apa tindakan Hamid Albar? Selepas banjir besar tu, bukannya Hamid Albar nak usahakan mendalamkan sungai2 & saliran air kat pusat bandar, tapi dia dok sibuk dgn projek merobohkan stesen bas, stesen teksi, nak buat kota sentral utk bas & teks. Lepas tu Johor Corporation buat pulak bangunan kota sentral II kat bekas tapak pasar lama.

Tak cukup lagi, Hamid Albar bawak masuk projek bina pasaraya Kip Mart. Bertentangan dgn Kip Mart tu nak dibuat pusat perniagaan la pulak. Habis kawasan tadahan hujan dibotakkan (Macam kepala dia jugak) utk projek ni.

Kawasan pusat bandar Kota Tinggi dah jadi semakin sempit, asyik jem jer. Sungai Bang, Sungai Pemandi & Sungai Tembioh semakin cetek. Selalu kalau hujan baru jer 2-3 jam, air dah naik, banjir dah. Sepatutnya duit kerajaan banyak2 diguna utk dalamkan sungai & buat penambahbaikan saliran air. Ini tak, dia sibuk dok bazirkan dgn bebakkan stesen bas & teksi yg masih elok lagi. Kenapa dia buat macam tu? Korang mesti dah boleh baca kan. Semua ni projek utk kroni2 UMNO dia jugak laaa. Lu pikir la sendiri.

Kalau turun buat lawatan kat kawasan Kota Tinggi yg dia tau cuma nak makan nasi beriyani kari kambing, nasi beriyani kari kambing, nasi beriyani kari kambing jer.


Kau orang Kota Tinggi ke?
 
aku tak nimat sangat cerita pasal umNO ni..tp kalu melibatkan kekalahan orang atas2 memang aku suke dengar..hehehe..
 
Tanya sikit...Nasi Beriyani Kari Kambing kat Kota Tinggi tu best ke..Aku memang minat Nasi Beriyani Kari Kambing. Selalu makan kat Batu Pahat je...Terlior aku..Sori le...Panjang2 ko post, ni je yang aku tanya...:D :D

Ntah, aku tak pernah makan nasi beriyan kambing. Ada tu memang ler ada kat restoran orang pakistan. Yg aku biasa makan nasi beriyani ayam jer. Aku tak miant kambing. Tapi kes syed hamid albar ni, dia kalau dtg ke kota tinggi nak buat lawatan, orang2 kampung & penduduk taman2 akan diarahkan masak nasi beriyani dgn kari kambing. Semua rakyat yg kena support makan dia atas arahan orang2 UMNO kat situ jugak. Duit kos utk masak nasi beriyani tu aku tak tau dtg dari mana, tapi orang2 kg & taman kena gotong royong masak. Makan free ler dia..
 
semakin berguguran ler rambut pak mid tuh... bakal jd mcm rpk... licin...
 
Ntah, aku tak pernah makan nasi beriyan kambing. Ada tu memang ler ada kat restoran orang pakistan. Yg aku biasa makan nasi beriyani ayam jer. Aku tak miant kambing. Tapi kes syed hamid albar ni, dia kalau dtg ke kota tinggi nak buat lawatan, orang2 kampung & penduduk taman2 akan diarahkan masak nasi beriyani dgn kari kambing. Semua rakyat yg kena support makan dia atas arahan orang2 UMNO kat situ jugak. Duit kos utk masak nasi beriyani tu aku tak tau dtg dari mana, tapi orang2 kg & taman kena gotong royong masak. Makan free ler dia..

Tak sangka pulak Hamid Albar ni orgnya bongkak, kalau tgk kat TV mcm mesra alam jer. Bro kalau tak dpt gak makan nasi briyani kambing tu dtglah ke sabah nanti saya jamu dgn Empuyat Special. Sedap!!!!:D
 
Di Kota Tinggi, Ketua Bahagian UMNO adalah Syed Hamid.

Dia sudah dapat tiga pencalonan

Lawan dia Daeng Malik dah dapat 10.

Bahagian Kota Tinggi ada 46 cawangan.

Kita Tunggu....

keluar mulut singa
masuk mulut buaya
 
Back
Top
Log in Register