BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sektor Swasta Digalak Sokong Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
7337b8a966783564df66afbf2de530356967512ad4e9c

2db0bb47ec0f7e1e36705fee16dc5e136967513e45440

20548fe9b9ad1f851ea6e988b7abc32b6967514c49c9c

d1c16814702f3eb183033c2e0c2adcba6967515ca1a86


Penglibatan sektor swasta menerusi pelbagai inisiatif kreatif dilihat penting bagi menyokong kejayaan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 dan memperkukuh kedudukan negara sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim berkata sokongan sektor swasta melengkapkan usaha kerajaan dalam memperluas capaian promosi pelancongan negara ke peringkat antarabangsa.

“Komitmen seperti ini penting bagi memastikan agenda nasional dapat digerakkan secara bersama antara kerajaan dan sektor swasta sekali gus membantu merancakkan ekonomi negara serta komuniti setempat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Syiling Emas Edisi Khas Tahun Melawat Malaysia 2026 oleh SMS DEEN Jewellers di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Pengerusi Tourism Malaysia Datuk Manoharan Periasamy.

Mohd Amirul Rizal berkata Tourism Malaysia mengalu-alukan lebih banyak syarikat swasta tampil menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 melalui pendekatan kreatif dan inovatif yang mampu mengetengahkan identiti serta keunikan negara.

Ketua Pegawai Eksekutif SMS DEEN Jewellers Mohamad Shaifudeen pula berkata penglibatan sektor swasta dalam kempen berkenaan mencerminkan tanggungjawab bersama untuk mempromosikan Malaysia di peringkat global.

Beliau berkata reka bentuk syiling emas edisi khas yang dilancarkan hari ini menampilkan elemen penceritaan mengenai Malaysia termasuk warisan budaya, makanan, seni, infrastruktur dan biodiversiti sebagai medium memperkenal negara kepada pelancong.

Syiling emas edisi khas Tahun Melawat Malaysia 2026 diperbuat daripada emas tulen 999.9 (24 karat) seberat dua gram dan ditawarkan dalam edisi terhad.

Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 disasarkan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan sektor pelancongan dan ekonomi negara dengan penglibatan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, industri serta komuniti setempat.

 
Back
Top
Log in Register