BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Grab Malaysia Perkenal 5-Star Eats Semarakkan Tahun Melawat Malaysia 2026

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
284f911c4fc5eb9a92bca84f446461fd69bcef8c1110c

307e928375c0b81b7034141ffafbff5d69bcf18712ae9

afee9cea7b9d0e59e898bc5c5d996e0469bcf54ca391e

4111614e58d283437dd8b0ed5932dbc769bcf605b41d9

06e5bc2da3304f3701be28216a2a2fcf69bcfa0ea15ac

Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Manoharan Periasamy (kiri), dan Pengarah Komersial dan Penghantaran Grab Malaysia, Tan Jiong Jian, merasmikan pelancaran Grab 5-Star Eats yang disokong oleh Tourism Malaysia, sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. -- Kredit: Grab Malaysia

Grab Malaysia memperkenalkan  5-Star Eats, iaitu panduan makanan dalam aplikasi yang mendapat sokongan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), bagi menyemarakkan lagi sektor pelancongan gastronomi bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Inisiatif itu memanfaatkan jutaan ulasan pelanggan dalam platform Grab untuk membantu pelancong mencari lokasi makan tempatan yang popular dan terbaik, selaras dengan usaha Malaysia  menjadikan  makanan sebagai pemacu utama pelancongan.

Pengarah Komersial dan Penghantaran Grab Malaysia Tan Jiong Jian berkata platform itu menukar maklum balas pengguna kepada maklumat digital, membolehkan pengunjung lebih mudah untuk meneroka lokasi yang tersembunyi dan restoran ikonik dengan lancar.

“Makanan adalah nadi pengalaman Malaysia dan inisiatif ini memastikan setiap pelancong mendapatkan tawaran terbaik yang terdapat di negara ini. Dengan kerjasama Tourism Malaysia, kami memudahkan setiap pengembara untuk menjelajah landskap gastronomi Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

5-Star Eats menampilkan peniaga yang sentiasa menerima penarafan tinggi pada skala 0-5, membolehkan pengguna mendapatkan ulasan makanan terpilih mengikut lokasi dan kategori, sambil mengintegrasikan perkhidmatan navigasi serta pengangkutan dalam satu platform.

Inisiatif itu juga bertujuan meningkatkan perniagaan makanan kecil dan sederhana dengan memberikan pendedahan lebih luas serta menempatkan mereka sebagai duta kulinari, sekali gus mengukuhkan ekosistem tempatan dan menyokong pertumbuhan pelancongan di seluruh negara.

Sempena dengan pelancarannya, Grab memperkenalkan mural seni jalanan di Jalan Hang Kasturi, berhampiran Pasar Seni, yang melambangkan hubungan antara penemuan digital dan suasana makanan yang meriah.

Mural Grab 5-Star Eats yang dihasilkan oleh pelukis tempatan, Nasuha Ibrahim, mempamerkan kepelbagaian masakan Malaysia dan warisan budaya.

Acara pelancarannya turut dihadiri Pengerusi Tourism Malaysia Datuk Manoharan Periasamy, dan Pengarah Kanan Pengiklanan dan Digital Tourism Malaysia Akbal Setia.

 
Back
Top
Log in Register