BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sambutan Tahun Baharu Pemangkin Awal Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 - PM Anwar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,703
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,703
Reaction score
97
Points
80
5e73cc57b8c6735df85236fe213d08476955eadfee862

a86edaa8c398169d8c4ffda966f052996955eaf708787

Kredit PMO

Sambutan Tahun Baharu yang diraikan dalam suasana penuh harmoni dan meriah malam tadi menjadi pemangkin awal kepada kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sambutan berkenaan juga mencerminkan keindahan kepelbagaian budaya serta semangat kebersamaan rakyat Malaysia dalam menyambut tetamu dari seluruh dunia.

“Detik kemuncak sambutan diserikan dengan persembahan multimedia berskala besar, termasuk pertunjukan bunga api yang memeriahkan kawasan tumpuan pelancongan dalam suasana aman dan tertib.

“Moga penganjuran sebegini terus memperkukuh keharmonian dan perpaduan nasional, serta membuka lembaran baharu dalam memposisikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang mesra, inklusif dan dihormati di persada global,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 membuka tirainya secara rasmi menerusi penganjuran Visit Malaysia 2026 Countdown Festival, iaitu sambutan ambang tahun baharu berskala besar yang berlangsung meriah di Pavilion Kuala Lumpur.

Festival kira detik yang disertai Anwar, menandakan permulaan kepada usaha memacu momentum awal sektor pelancongan negara ke arah sasaran 43 juta ketibaan pelawat antarabangsa, selari dengan aspirasi menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama pelancong dunia.

 
Back
Top
Log in Register