BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Seks bebas, makin ramai pelajar U dan sekolah hidap HIV

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Seks bebas, makin ramai pelajar U dan sekolah hidap HIV

A view of the sea
FOTO HIASAN
Kuala Lumpur: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti seksual.

Setiausaha Kehormat Majlis Aids Malaysia (MAC) dan Yayasan Aids Malaysia (MAF), Dr Zaiton Yahaya berkata, kebanyakan mereka berusia 20 hingga 29 tahun antara 44 peratus golongan yang dikesan mendapat jangkitan HIV.

"Bagi pelajar sekolah berusia 13 hingga 19 tahun dengan empat peratus disahkan mendapat HIV, dan kebanyakan mereka disebabkan kegiatan seksual.

"Golongan tertinggi adalah remaja lepasan sekolah dan universiti, mereka tidak mengetahui risiko jangkitan, kes-kes jangkitan HIV akibat dadah dilihat makin berkurangan disebabkan kita kerap melakukan program kesedaran mengenai bahaya berkongsi jarum suntikan.

"Tetapi jangkitan akibat seksual makin meningkat, disebabkan itu kita meningkatkan program kesedaran supaya pesakit tahu mana nak pergi dan di mana mahu mendapatkan bantuan," katanya ketika ditemui dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Komuniti dan pelancaran ProtectNow Hub anjuran MAC dan MAF di sebuah restoran di Jalan Tun Razak, tadi.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Sektor HIV/STI/Hepatitis C Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Fazidah Yuswan,Timbalan Pengerusi Country Coordinatimg Mechaniscm (CCM) Malaysia Datuk Dr Sha'ari Ngadiman dan lebih 300 tetamui yang dirai terdidiri daripada pesakit HIV, aktivis komuniti, pengamal kesihatan, dan rakan strategik yang sekian lama menyokong misi untuk mengakhiri Aids di Malaysia.

Dr Zaiton berkata, disebabkan peningkatan ketara golongan 'mentah' ini, pihaknya mengadakan pelbagai program kesedaran mengenai jangkitan HIV di sekolah dan universiti.

Berdasarkan statistik terbaru KKM, 135,035 pesakit HIV direkodkan bermula 1986 hingga 2023 dengan 54,365 orang akibat transmisi seksual.

Lebih mengejutkan, lapan jangkitan baharu HIV membabitkan kanak-kanak di bawah usia 13 tahun.

Rekod terbaharu menunjukkan juga 62 peratus jangkitan HIV adalah dari golongan homoseksual dan biseksual manakala 33 peratus jangkitan daripada pasangan berlainan jantina.

Sementara itu, MAC dan MAF melancarkan ProtectNow Hub iaitu sebuah platform perkhidmatan digital pencegahan HIV yang pertama di Malaysia.

ProtectNow Hub dibangunkan hasil kerjasama rapat antara pakar kesihatan awam, organisasi komuniti dan golongan belia.

Sejak mula diperkenalkan, platform itu menerima lebih 74,000 kunjungan yang memerlukan perkhidmatan kesihatan yang mudah diakses, selamat dan berorientasikan komuniti.

Platform itu memberi akses segera kepada pelbagai perkhidmatan penting seperti PrEP (Profilaksis Pra-Pendedahan), ujian kendiri HIV, serta sokongan kesihatan mental dan pemulihan ketagihan.

Dr Zaiton berkata, dengan pendekatan digital yang inklusif, ProtectNow Hub menyasarkan untuk memberdayakan individu agar dapat membuat keputusan yang tepat mengenai kesihatan diri dan bebas daripada stigma serta maklumat salah.

"Kita berdepan dengan perubahan besar dalam jangkitan HIV, dengan peningkatan kes baharu dalam kalangan golongan muda dan komuniti sasaran.

"ProtectNow adalah pendekatan baharu yang berpaksikan masa depan berorientasikan belia, diterajui komuniti dan dipacu oleh inovasi digital," katanya.

Disiarkan pada: April 26, 2025 @ 3:34pm
 
Selangor Paling Tinggi ? Benarkah ?


829992it.jpg


https://The Vocket/makin-ramai-pelajar-universiti-sekolah-dijangkiti/
 
Back
Top
Log in Register