BTC USD 83,564.2 Gold USD 4,177.31
Time now: Jun 1, 12:00 AM

::Sejarah Terusan Kra...Utara Malaya...::

jamtulenmurah

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,458
Joined
Mar 11, 2009
Messages
25,458
Reaction score
7,729
Points
316
Sejarah Terusan Kra...Utara Malaya​



Thai_channel_plans.jpg

Terusan Kra atau Terusan Segenting Kra (juga dikenali sebagai Terusan Thai) merupakan sebuah terusan besar yang dirancang untuk membelah semenanjung Tanah Melayu di bahagian Segenting Kra. Seperti projek Terusan Suez dan Terusan Panama, tujuan utamanya ialah untuk menambah baik sistem pengangkutan laut di rantau ini.



Sejarah

Cadangan untuk terusan yang membelah Segenting Kra, bagi memendekkan laluan perkapalan di Asia telah diutarakan semenjak tahun 1677, bila Raja Ayuthia, Narai meminta seorang jurutera Perancis bernama De Lamar untuk membuat kajian bagi pembinaan satu terusan yang menghubungkan Songkhla dan Marid (Myanmar sekarang).

Kajian mendapati cadangan ini tidak praktikal dengan kemudahan teknologi yang ada ketika itu. Pada tahun 1793, idea ini kembali diutarakan oleh adik bongsu Raja Chakri (Rama I) untuk memudahkan kapal-kapal perang melindungi pantai barat Siam. Pada awal kurun ke–18, pihak Syarikat Hindia Timur Inggeris juga menunjukkan minat kepada pembinaan terusan ini.

Selepas Burma menjadi jajahan British pada tahun 1863 dengan Victoria Point yang bertentangan dengan muara Kra menjadi titik paling selatannya, satu peninjauan telah dilakukan tetapi dengan hasil negatif. Pada tahun 1882, pembina Terusan Suez, Ferdinand de Lesseps telah melawat kawasan ini tetapi dilarang untuk menyelidik lebih dalam atas arahan Raja Siam. Pada tahun 1897, kerajaan Siam dan Empayar British telah bersetuju untuk tidak membina terusan ini agar kepentingan Pelabuhan Singapura di rantau ini dilindungi.


Thai_Canal_map-de.jpg

Geografi

Lebar segenting Kra di bahagian terkecilnya adalah cuma 44 km, tetapi ketinggian pergunungan di kawasan ini adalah sekitar 75 m di atas aras laut. Untuk perbandingan, panjang Terusan Panama adalah 77 km, tetapi titik tertingginya di Gaillard Cut hanya 64 m di atas paras laut. Terusan Panama melepasi titik ini pada ketinggian 12 m (dasar terusan) dan 26 m (paras air terusan), jadi kapal-kapal perlu memasuki pintu air untuk dibawa naik ke ketinggian 26 m di atas paras laut. Terusan Suez pula panjangnya sehingga 192 km tetapi melalui kawasan yang mendatar.

Panjang terusan Thai yang dicadangkan ini dianggarkan antara 50 dan 100[2] km bergantung kepada laluan yang dipilih.


Perkembangan terbaru

Pada kurun ke-20, idea tentang terusan ini kembali diperkatakan, tetapi lokasiny berubah ke satu kawasan di selatan Thai, untuk menghubungkan Teluk Bandon berhampiran Surat Thani dengan Phangnga. Pada tahun 1985, terdapat satu rancangan oleh syarikat Jepun untuk membina terusan ini menggunakan lebih 20 peralatan nuklear yang setiap satunya berkekuatan dua kali ganda kuasa bom atom yang dijatuhkan di Hiroshima. Tapak terbaru terusan ini dirancang di sepanjang wilayah Nakhon Si Thammarat dan Trang. Jika disiapkan, terusan ini dijangka bakal memberi ledakan ekonomi di kawasan berhampiran serta seluruh Thailand dan memberi saingan hebat kepada pelabuhan-pelabuhan di Selat Melaka seperti Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Singapura.

Pada tahun 2005, satu laporan dalaman yang disediakan oleh Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Donald Rumsfeld telah bocor kepada The Washington Times, yang melaporkan China sedang merancang pembinaan terusan di Segenting Kra lengkap dengan pelabuhan dan pusat penapisan minyak milik China, sebagai sebahagian dari strategi "rentetan mutira" (string of pearls)nya di pangkalan hadapan dan juga keselamatan tenaga.[3] Rancangan China untuk kerja pembinaan dalam masa 10 tahun akan menggunakan tenaga kerja seramai 30,000 orang dan memakan kos antara 20 hingga 25 billion dolar Amerika.[4]


:D

Jika rasa info bagus dan bermanfaat sila clik THANKS... ekekekee... :D



 
Last edited:
Dari sumber lain... untuk pembacaan bersama... :)


Apakah itu Segenting Kra? Mengikut pemahaman umum, Segenting Kra adalah satu wilayah atau kawasan yang paling kecil (sempit) daratannya diantara Lautan Andaman dan Teluk Siam. Bagi rakyat Malaysia, Segenting Kra bermaksud kawasan kawasan diantara wilayah Narathiwat, Songkla malah Hadyai.

Kawasan ini adalah antara kawasan paling strategik dari segi ekonomi jika ditadbirkan dengan baik dan aman. Kini Segenting Kra adalah satu kawasan yang agak bergolak dan berbahaya untuk diduduki atas sebab keganasan yang berlaku disana.

Kenapa Segenting Kra menjadi persoalan kita. Tahukah anda semua, bahawa satu masa dahulu kawasan ini adalah milik Kerajaan Kedah Tua dan Kerajaan Kelantan. Namun pihak British telah menggunakannya sebagai satu agenda mereka untuk mengawal kerajaan Malaysia dan Thailand (Siam).


Isu Segenting Kra pernah dibincangkan oleh kerajaan Malaysia, Thailand dan Indonesia satu masa dahulu. Pernah ada cadangan dari pihak Malaysia agar dibuat satu terusan disana (seperti terusan Suez) yang menghubungkan Laut Andaman dan Teluk Siam/Laut China Selatan. Ianya pernah menjadi satu agenda yang kuat pada awal tahun 90′an lagi.

Malah Kerajaan Thailand dan Indonesia amat bersetuju akan perkara ini, seehinggakan satu segitiga ekonomi telah dipersetujui untuk dibangunkan. Ianya dikenali sebagai Segitiga IMT-GT (Indonesia, Malaysia, Thailand – Growth Triangle).

Cadangan untuk terusan yang membelah Segenting Kra, bagi memendekkan laluan perkapalan di Asia telah diutarakan semenjak tahun 1677, bila Raja Ayuthia, Narai meminta seorang jurutera Perancis bernama De Lamar untuk membuat kajian bagi pembinaan satu terusan yang menghubungkan Songkhla dan Marid (Myanmar sekarang).

Kajian mendapati cadangan ini tidak praktikal dengan kemudahan teknologi yang ada ketika itu. Pada tahun 1793, idea ini kembali diutarakan oleh adik bongsu Raja Chakri (Rama I) untuk memudahkan kapal-kapal perang melindungi pantai barat Siam. Pada awal kurun ke–18, pihak Syarikat Hindia Timur Inggeris juga menunjukkan minat kepada pembinaan terusan ini. Selepas Burma menjadi jajahan British pada tahun 1863 dengan Victoria Point yang bertentangan dengan muara Kra menjadi titik paling selatannya, satu peninjauan telah dilakukan tetapi dengan hasil negatif.

Pada tahun 1882, pembina Terusan Suez, Ferdinand de Lesseps telah melawat kawasan ini tetapi dilarang untuk menyelidik lebih dalam atas arahan Raja Siam.


001.jpg

Geografi

Lebar segenting Kra di bahagian terkecilnya adalah cuma 44 km, tetapi ketinggian pergunungan di kawasan ini adalah sekitar 75 m di atas aras laut. Untuk perbandingan, panjang Terusan Panama adalah 77 km, tetapi titik tertingginya di Gaillard Cut hanya 64 m di atas paras laut. Terusan Panama melepasi titik ini pada ketinggian 12 m (dasar terusan) dan 26 m (paras air terusan), jadi kapal-kapal perlu memasuki pintu air untuk dibawa naik ke ketinggian 26 m di atas paras laut. Terusan Suez pula panjangnya sehingga 192 km tetapi melalui kawasan yang mendatar.Panjang terusan Thai yang dicadangkan ini dianggarkan antara 50 dan 100km bergantung kepada laluan yang dipilih.


Bagaimana nak potong selatan Thai daripada Malaysia?

Pada kurun ke-20, idea tentang terusan ini kembali diperkatakan, tetapi lokasinya berubah ke satu kawasan di selatan Thai, untuk menghubungkan Teluk Bandon berhampiran Surat Thani dengan Phangnga. Pada tahun 1985, terdapat satu rancangan oleh syarikat Jepun untuk membina terusan ini menggunakan lebih 20 peralatan nuklear yang setiap satunya berkekuatan dua kali ganda kuasa bom atom yang dijatuhkan di Hiroshima. Tapak terbaru terusan ini dirancang di sepanjang wilayah Nakhon Si Thammarat dan Trang. Jika disiapkan, terusan ini dijangka bakal memberi ledakan ekonomi di kawasan berhampiran serta seluruh
Thailand dan memberi saingan hebat kepada pelabuhan-pelabuhan di Selat Melaka seperti Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Singapura.


Impak dari segi ekonomi

Salah satu pemangkin segitiga ekonomi tersebut adalah wujudnya satu terusan yang membolehkan kapal-kapal kargo dan “tanker” melaluinya. Keujudan terusan ini akan memungkinkan pembangunan industri maritim bagi kawasan Sumatera Utara, Langkawi dan Selatan Thailand. Secara otomatisnya ianya akan menguntungkan ketiga-tiga negara ini dan membolehkan mereka memajukan industri perkapalan secara maksima.

Jika IMT-GT ini terjadi dimana terusan Segenting Kra ini berjaya dilaksanakan, maka secara logiknya mana-mana kapal dagang yang menggunakan SelaT Melaka akan menggunakannya demi untuk menjimatkan masa dan kos bahanapi. Secara otomatiknya laluan di Selat Melaka akan berkurang dengan mendadak.

Pelabuhan di Aceh (Sumatera Utara), Langkawi dan Hadyai akan lebih maju dan dimaksimakan penggunaan serta operasinya melangkaui Pelabuhan Keppel di Singapura. Jika ini berlaku, Pelabuhan Keppel di Singapura akan menjadi malap malah operasinya pula hanya melibatkan kapal-kapal dagang berskala kecil serta yang melalui Selat Melaka dalam perjalanan mereka ke Jakarta, Australia atau New Zealand.


:)


 
Last edited:
perghhh..

kalo jadik nih..

bangkrup singapork...
 
Siam menjadi kuat dengan sokongan Inggeris. Pakatan Siam-Inggerislah yang menyebabkan negeri Melayu di utara dan timur seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu menjadi lemah. Pakatan Siam-Inggeris juga yang menyebabkan kejatuhan Patani ke tangan Siam.
 
Siam menjadi kuat dengan sokongan Inggeris. Pakatan Siam-Inggerislah yang menyebabkan negeri Melayu di utara dan timur seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu menjadi lemah. Pakatan Siam-Inggeris juga yang menyebabkan kejatuhan Patani ke tangan Siam.


The Anglo-Siamese Treaty/Bangkok Treaty (Perjanjian Inggeris-Siam/Bangkok) 1909 yang dimeterai antara British dengan pihak Thailand telah memisahkan sama sekali semenanjung Tanah Melayu kepada dua bahagian. Perjanjian ini dibuat tanpa melibatkan perbincangan dengan Raja-raja Melayu di negeri-negeri yang berkenaan. Wilayah-wilayah milik Melayu daripada Pattani, Singgora, Setul hinggalah ke Segenting Kra telah diakui British sebagai hak milik Thai. Macam haram kan?... :D



 

The Anglo-Siamese Treaty/Bangkok Treaty (Perjanjian Inggeris-Siam/Bangkok) 1909 yang dimeterai antara British dengan pihak Thailand telah memisahkan sama sekali semenanjung Tanah Melayu kepada dua bahagian. Perjanjian ini dibuat tanpa melibatkan perbincangan dengan Raja-raja Melayu di negeri-negeri yang berkenaan. Wilayah-wilayah milik Melayu daripada Pattani, Singgora, Setul hinggalah ke Segenting Kra telah diakui British sebagai hak milik Thai. Macam haram kan?... :D





Perjanjian Bangkok 1909 bukan sahaja perjanjian antara Inggeris-Siam. Tetapi dengan perkenan pihak tertentu yang ingin menjaga kerusi empuk masing-masing.... menyebabkan negeri Patani tergadai kepada Siam...
 
dulu pernah terbaca teori konspirasi katne tah...
konon2 nya singapork bimbang dengan rancangan pembinaan terusan ni...
so, mereka kena alihkan perhatian thai dari isu ni...
jadi, anasir2 singapork dikerah utk porak perandakan thai...
tu yg jadi kes thaksin tu...
thaksin gi jual saham syarikat telco dia kat temasek (mcm khazanah nasional utk singapore)...
then pembangkang thai mainkan isu tu sebagai keselamatan...
thai berpecah dua...
ada yg berkompromi disebabkan rekod cemerlang under thaksin...
tapi ramai yg marah, kerana dengan pemilikan asing...
mana2 anasir2 asing boleh mengintip anyone using telco satellite...

ada juga teori mengatakan, singapork bagi bantuan kepada puak pemisah
thai yg kat belah2 selatan thai tu...
utk buat thai kacau bilau...
yelah, singaork yg paling terjejas kalo rancangan terusan ni berjaya kelak...


tapi teori tetap teori...
aku baca sambil makan pop corn hehehe...


p/s..cuba tgk thai pada hari ni...masih lagi tak stabil
 
marah singa ni kalau buat...sapa nak datang lagi..
 
Back
Top
Log in Register