::Sejarah Terusan Kra...Utara Malaya...::

CG Sponsors




Gigahertz CS

Active Member
Joined
Sep 23, 2011
Messages
1,586
Reaction score
133
Points
48
Apa jawapan dia ??
Walaupun diorang mmg pakar bab klon dan copy barang tapi bila time urus niaga mereka gunakan USD. diorang tak terus convert dari duit dia ke duit kita. kalau dulu mmg duit kita sekeping boleh dapat 2 biji barang dia. sekarang tak boleh dah. pasal diorang dah sandar pada market US.

kalau tka paham aku bagi contoh. Smartphone. Kita semua tahu Apple harga cecah 4 figure kan? tapi phone China pun cecah 4 figure jugak. sebebanya diorang bagi harga produk tu bersandarkan kepada kelemahan Produk IPhone. Produk iphone takde dual SIM. tapi China ada dual SIM.
yang kita pulak tengook bende tu murah sikit dari iphone maka kita pun belilah.
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,796
Reaction score
8,905
Points
2,226


KAMARUDIN JAFFAR

Projek Terusan Kra: Kerajaan hormati keputusan Thailand


KUALA LUMPUR 8 Mei - Kerajaan menghormati keputusan Thailand sekiranya negara itu mahu meneruskan projek Terusan Kra (Kra Canal).

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, pelaburan untuk membina terusan itu melibatkan khususnya negara Thailand dengan tujuan tertentu dan mesti dihormati.

"Kita anggarkan bahawa kesan negatif kepada pelabuhan Malaysia tidak sangat besar tetapi pelabuhan negara jiran lebih besar (menerima) kesan negatifnya," katanya pada sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Negara.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Senator Mohd Suhaimi Abdullah yang ingin tahu respons kerajaan selepas Thailand mengumumkan akan mengkaji semula pembinaan terusan sepanjang 102km itu.

Kamarudin berkata, kerajaan mengikuti perkembangan perkara tersebut dan akan mengambil tindakan selanjutnya sekiranya ia benar-benar dilaksanakan negara jiran itu.

Sementara itu, Kamarudin berkata, pelabuhan-pelabuhan negara menunjukkan kemajuan berdasarkan kepada peningkatan sembilan peratus jumlah kendalian kargo pada suku pertama tahun ini, berbanding tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata, prestasi keseluruhan pengendalian kontena bagi pelabuhan Malaysia direkodkan 6,315,457 TEU (Unit Bersamaan Dua Puluh Kaki).

"Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas telah merangka pelan induk perancangan pembangunan masing-masing merangkumi pembesaran serta pemodenan infrastruktur pelabuhan," katanya.

Beliau seterusnya berkata, kerajaan menggiatkan usaha untuk memperkukuhkan lagi hubungan strategik dalam industri maritim dengan mengadakan rundingan bersama syarikat perkapalan utama dunia. - BERNAMA


http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/projek-terusan-kra-kerajaan-hormati-keputusan-thailand-1.896908
 
Sponsored Post
Top
Log in Register