BTC USD 84,125.0 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

::Sejarah Terusan Kra...Utara Malaya...::

so jadi ke x nk buat nih???

dulu masa sekolah cikgu aku pn pernah bgtaw pasal isu nih..
 
Pelabuhan di Aceh (Sumatera Utara), Langkawi dan Hadyai akan lebih maju dan dimaksimakan penggunaan serta operasinya melangkaui Pelabuhan Keppel di Singapura. Jika ini berlaku, Pelabuhan Keppel di Singapura akan menjadi malap malah operasinya pula hanya melibatkan kapal-kapal dagang berskala kecil serta yang melalui Selat Melaka dalam perjalanan mereka ke Jakarta, Australia atau New Zealand

owhh patut la xlehy buat terusan.....
1)pelabuhan aceh xboleh dimajukan sebab monopoli penduduk autonomi islam.
2)hatyai kawasan bergolak rugi jika dimajukan sekalipun
3)langkawi bebas cukai,rugi la x dpt kutip cukai.
4)singapura,pelabuhan jarang org mari.
 
emm ... jangan pulak lepas nie P Pinang jadi "Singapore Kedua" dah la ...
 
ramai orng benci singapura berkumpul kt sni, salah singapura yg tipu melayu atau melayu ****?
 
Cadangan bina Terusan Kra muncul semula

image.jpg


BANGKOK 12 Ogos – Sekumpulan pesara tentera dan ahli perniagaan tempatan mahu merealisasikan cadangan projek pembinaan Terusan Segenting Kra atau Terusan Kra sepanjang 135 kilometer (km) bernilai AS$28 bilion (RM120 bilion).


Menurut laporan Nikkei Asian Review, beberapa individu berpengaruh di negara ini termasuk ahli politik, pesara tentera berpangkat tinggi, pakar akademik dan ahli perniagaan yang mempunyai hubungan rapat dengan China sedang memujuk Perdana Menteri, Jeneral Prayuth Chanocha untuk meneruskan projek berkenaan.

Prayuth sebelum ini menegaskan pembinaan terusan itu tidak terdapat dalam agenda pemerintahannya.

Kumpulan tersebut percaya pembinaan terusan itu akan dibiayai melalui inisiatif Belt and Road yang dirintis China dan projek infrastruktur Laluan Sutera Maritim Abad ke-21.

Kumpulan pesara tentera itu juga telah menubuhkan sebuah persatuan dikenali 'Persatuan Terusan Thai untuk Kajian dan Pembangunan' yang bekerjasama dengan penyelidik dari Universiti Peking dan sebuah syarikat China untuk mengkaji laluan yang dicadangkan.

Menurut pakar, jika Prayuth bersetuju meneruskan kajian laluan itu, pembinaan terusan berukuran 450 meter lebar dengan kedalaman 26 meter itu mampu dilalui oleh kapal kontena minyak terbesar dunia dan kapal kontena lain dalam tempoh lima tahun akan datang.

Projek tersebut akan membelah bahagian selatan Thailand ia*itu kira-kira 800 di selatan Bangkok dan kira-kira 200km di sempadan Thailand dengan Malaysia.

Ia akan menghubungkan Teluk Thailand dengan Laut Andaman pada anggaran latitud sama dengan pulau Phuket.

Terusan itu merupakan lalu*an pintas dari Selat Melaka yang menghubungkan China, Japan dan negara-negara Asia Timur lain se*lain perdagangan minyak negara Asia Barat serta negara pasaran utama Eropah, Afrika dan India.

Jarak perjalanan bagi kapal yang melalui Laut Pasifik dan Laut Hindi mampu dipendekkan sekurang-kurangnya 1,200 km atau tiga hari pelayaran jika melalui terusan berkenaan. – Agensi


http://www.utusan.com.my/berita/lua...usan-kra-muncul-semula-1.514283#ixzz4paJBk315
 
Adakah Thailand akan bina Terusan Kra?

image.JPG


BANGKOK – THAILAND. Selama lebih 300 tahun, persoalan sama ada untuk membina Terusan Kra atau tidak telah berkali-kali dibincangkan dan dipertimbangkan di Thailand tanpa sebarang keputusan tegas yang diambil mengenai projek multi-bilion itu yang menimbulkan kontroversi.

Oleh kerana inisiatif China “Satu Jalur, Satu Jalan” mula diterima di kalangan ekonomi serantau, terdapat usaha baharu dan diselaraskan di kalangan pihak-pihak yang menyokong projek itu untuk mendesak supaya projek Terusan Kra segera dilaksanakan.

Semasa "International Conference on Technology for Sustainable Paths to Thailand's Future. Kra Canal" baru-baru ini, beberapa pakar China seperti dijangka adalah kumpulan yang paling ghairah melobi kerajaan Thailand memberi restu kepada cadangan pembinaan terusan sepanjang 130 km itu.

Mereka berhujah bahawa Terusan Kra atau Terusan Thai seperti dikenali sekarang akan menjimatkan kos perkapalan dan masa kerana terusan yang menghubungkan Lautan Hindi dan Lautan Pasifik akan memendekkan jarak pelayaran lebih 1,200 km atau tempoh pelayaran “dua hingga tiga hari" melalui kapal tanpa melintasi Selat Melaka yang sempit dan sesak.

Pakar-pakar dari China itu mahu kerajaan Thailand yang diterajui oleh tentera supaya “jangan lagi membuang masa” dan mula menjalankan kahjian kemungkinan mengenai terusan itu sebagai langlah pertama untuk memenuhi impian yang lama ditunggu selama lebih 300 tahun.

"Selepas China mencadangkan inisiatif OBOR, banyak pihak di Thailand pada umumnya percaya bahawa peluang untuk membina terusan tersebut telah tiba. Inisiatif itu memberi peluang keemasan untuk Terusan Segenting Kra."

"Oleh kerana pembangunan Terusan Kra adalah amat penting kepada Thailand, jabatan-jabatan berkaitan di Thailand disyorkan memulakan kajian kemungkinan dengan secepat mungkin," kata Prof Zhou Dawei dari Peking University ketika membentangkan kertas cadangan bertajuk " Terusan Kra di bawah Inisiatif Satu Jalur, Satu Jalan" (OBOR) pada persidangan itu.

Seorang lagi pakar dari China, Dr Jingsong Zhao yang menyokong pembinaan Terusan Kra berkata, terusan itu akan memberi manfaat besar kepada negara dan menjadikan ia sebagai hab perkapalan antarabangsa yang baharu dengan menggabungkan perkhidmatan perkapalan, perdagangan dan kewangan ke Thailand.

Menurut beliau, projek Terusan Kra adalah projek abad terbesar” dan akan memberi impak besar kepada Thailand bukan sahaja dalam bidang ekonomi, politik, sains dan teknologi tetapi juga daripada segi strategik dalam domain maritim memandangkan ia menghubungkan Lautan Hindi dan Lautan Pasifik.

Bagaimanapun, pengkritik projek tersebut mendakwa terusan itu yang terletak di Segenting Kra di selatan Thailand memendekkan jarak pelajaran hanya 1,200km melalui laut berbanding 10,000 km bagi Terusan Suez dan 7,000 km bagi Terusan Panama.

Faedah ekonomi tidak dapat diabaikan, kata mereka.

Pengkritik sering berhujah balas dengan menyatakan manfaat ekonomi daripada pembinaan Terusan Kra adalah “terlalu kecil” untuk menjustifikasi pembinaannya melibatkan kos yang tinggi.

Pakar-pakar menganggarkan kos pembinaan terusan itu ialah antara US$30 bilion hingga US$50 bilion atau lebih bergantung kepada lebar, kedalaman dan laluan terusan itu.

Sementara itu, Ketua Kumpulan Kajian Terusan Kra, Pakdee Tanapura telah meredakan kebimbangan pihak tertentu mengenai kemungkinan impak negatif daripada pembinaan terusan itu, terutama Singapura yang sangat bergantung kepada perdagangan maritim.

Menurut beliau, walaupun Thailand akan meraih banyak manfaat ekonomi dengan pembinaan Terusan Kra, impak pengganda daripada projek raksasa itu adalah terlalu besar dan memberi manfaat kepada keseluruhan ekonomi Asia Tenggara.

"Asia Tenggara akan menjadi hab ekonomi dunia,” kata beliau yang telah lama menyokong projek Terusan Kra.

Walaupun bimbang mengenai impaknya kepada negara-negara jiran, Pakdee berkata mencari laluan perkapalan alternatif ke Selat Melaka sebenarnya proses yang telah lama tertangguh kerana selat tersebut yang 20 peratus daripada perdagangan dunia melaluinya hanya “beberapa tahun lagi” sebelum mencapai takat maksimum.

Beliau menarik perhatian kepada kajian oleh Institut Maritim Malaysia (MIMA)yang menyatakan bahawa Selat Melaka hanya boleh menampung maksimum sebanyak 122,000 kapal setahun sementara Bank Dunia menganggarkan 122, 640 kapal akan melalui selat itu pada 2020.

Terusan Kra akan mengalihkan kesesakan semasa di Selat Melaka dan meminimumkan risiko perlanggaran kapal seperti yang berlaku bulan lepas apabila kapal pemusnah Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) “USS John S.McCain” berlanggar dengan sebuah kapal dagang berdaftar di Liberia yang mengorbankan 10 orang kelasi kapal AS itu. –Bernama


http://www.sinarharian.com.my/global/adakah-thailand-akan-bina-terusan-kra-1.734693
 
kos terlalu mahal utk penjimatan masa yg pendek...hanya jimat 3 hari je klu ikut terusan
 
Cabaran strategik Terusan Kra

27terusan.transformed.jpg

Projek Terusan di Segenting Kra. - Foto ihsan http://www.ship-technology.com

Projek Terusan di Segenting Kra, iaitu suatu idea yang sudah berlegar sejak 300 tahun lalu digemakan kembali oleh beberapa pakar dari China.

Projek yang mampu menghubungkan Lautan Hindi dengan Laut China Selatan ini dikatakan bakal menjadikan Thailand destinasi aktiviti ekonomi maritim utama Asia Tenggara, mengatasi Singapura serta memudarkan dominasi Selat Melaka, selat paling rancak dan sibuk di dunia.

Usaha menggali terusan gergasi ini bukan sekadar memerlukan pertimbangan impak alam sekitar yang mendalam, bahkan juga pemindahan penduduk besar-besaran di samping bayaran pampasan yang tinggi kepada pemilik hartanah serta penduduk yang terbabit. Pastinya pertimbangan ini berat diterima pembuat keputusan, pakar ekonomi, dan juga perancang bandar Thailand. Tambahan lagi, meskipun manfaat strategik hakikatnya ia berbeza dengan impak projek pembinaan terusan gergasi lain seperti Terusan Suez kerana penjimatan jaraknya cukup jauh.

Berbeza dengan Terusan Suez yang memendekkan jarak 10,000 kilometer (km) atau pun Terusan Panama (7,000 km), Terusan Segenting Kra ini berkemungkinan besar menjimatkan hanya 1,200 km sahaja. Faktor masa yang lama sebelum kapal boleh mula berlabuh serta sebelum kemudahan di terusan berkenaan bersedia juga bakal merumitkan pemimpin Thailand mendapatkan pulangan bagi menampung kos dalam jangka masa sederhana.

Faktor politik juga tidak kurang mencabar buat projek ini. China mungkin memiliki modal melebihi AS$1 trilion (RM4.2 trilion) untuk gagasan Satu Jalur Satu Jalan 'OBOR' di seluruh dunia beserta Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) bagi merealisasikan projek yang dijangka menelan belanja AS$50 bilion (RM210 bilion) ini.

Namun, politik domestik Thailand menimbulkan konteks kurang stabil. Hal ini kerana tentera Thai memiliki reputasi campur tangan seperti rampasan kuasa sekali gus boleh menimbulkan tindak balas gerakan pro-demokrasi kemudiannya.

Pengajaran dari kisah seperti pertembungan antara penyokong 'Baju Merah' dengan penyokong 'Baju Kuning' yang sebelum ini pro-rampasan kuasa serta pro-tentera membuktikan risiko ini. Kemelut pada waktu itu bukan sahaja mengakibatkan projek pembinaan Lapangan Terbang Suvarnabumi terjejas teruk, bahkan juga melemahkan ekonomi Thailand secara keseluruhannya.

Turut beri impak pelaburan di Singapura

Dari segi geopolitik, Projek Terusan Kra ini jika dilaksanakan bakal mengimpak pelaburan infrastruktur sedia ada China bukan sahaja di Malaysia, bahkan juga di Singapura. Di Malaysia, China bukan sahaja terbabit dalam membangunkan projek pelabuhan seperti Pelabuhan Kuantan yang 40 peratus pegangannya dimiliki syarikat kerajaan China Beibu, serta Pelabuhan Melaka Gateway, tetapi juga projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Dalam keadaan ini, China sudah mempunyai peluang mengurangkan kebergantungannya dengan Singapura daripada laluan kapal perdagangan mereka melalui Pelabuhan Kuantan-ECRL-Pelabuhan Klang/Pelabuhan Melaka. Malah, China turut bersungguh-sungguh membida projek Kereta api Laju Kun-ming-Singapura yang mana antara laluan utamanya ialah Kuala Lumpur-Singapura. Maka, dalam keadaan ini China pastinya tidak ingin melihat laluan darat utama Asia ini ditangguhkan demi pembinaan terusan di Segenting Kra yang dilitupi pelbagai unsur ketidakpastian.

Keputusan akhir tetap terletak di tangan pemimpin Thailand serta komitmen kredit dari China. Apa yang pasti, projek ini sekiranya dilaksanakan kelak bakal beri impak negatif ke atas kepentingan nasional Malaysia.

Pada satu sisi projek Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Melaka yang kini dalam pembinaan bakal berhadapan cabaran mendatangkan pulangan pinjaman kredit China.

Pada sisi lain, prospek projek ECRL yang diunjurkan bakal menjadi pilihan bagi mengangkut muatan dari pelabuhan Pantai Timur ke Pantai Barat akan turut menjadi suram.

Ditambah pula dengan hakikat bahawa kita perlu memulakan pembayaran kredit kepada China tujuh tahun selepas projek ini dimulakan, pembinaan Terusan Kra jelas bukan sahaja bakal beri impak ke atas projek infrastruktur yang sedang dibina di Malaysia, bahkan juga ke atas kepentingan strategik semasa negara seperti Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Penulis adalah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2017/09/330728/cabaran-strategik-terusan-kra
 
Back
Top
Log in Register