::Sejarah Terusan Kra...Utara Malaya...::

CG Sponsors




mr reyes

Active+ Member
Joined
Nov 13, 2007
Messages
3,253
Reaction score
64
Points
30
kalau kita tengok, kawasan tu la perairan yang paling cantik dan bersih, untuk sektor pelancongan.

aku rasa banyak NGO alam sekitar akan bantah.

income pelancongan akan drop sebab laut akan tercemar.

kebarangkalian minyak tumpah lebih tinggi.
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,951
Reaction score
21,021
Points
1,671
Awas ancaman Terusan Kra Thailand!


RAMAI yang menyangka bahawa Singapura akan rugi besar jika Terusan Kra dibina di Thailand. Namun sebenarnya kita yang jauh lebih terancam berbanding Singapura sekiranya rancangan itu menjadi kenyataan.

Berbeza dengan Singapura yang sudah pun memiliki infrastruktur sedia ada yang mantap dan beberapa ‘pelanggan tetap’ kerana kecanggihan dan kemampuan mereka, Malaysia sebaliknya mempunyai banyak projek gergasi yang masih dalam proses ‘permulaan’ dan ‘belum mantap’.

Perhatikan projek-projek yang menelan hutang besar dan masih dalam proses permulaan berikut beserta infrastruktur sedia ada lain yang mungkin akan turut terjejas:

1. Di Pantai Barat, Port Klang Authority sedang dalam perancangan membina pelabuhan baharu bersaiz 25 kali ganda lebih besar daripada Pulau Sentosa di Singapura bernilai RM200 juta di Pulau Carey yang berhampiran dengan Pelabuhan Klang sedia ada.

2. Di Pantai Timur, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bernilai RM 55 Bilion baru dimulakan. Prospek projek ECRL yang diunjurkan bakal menjadi pilihan bagi mengangkut muatan dari pelabuhan Pantai Timur ke Pantai Barat ini akan menjadi suram dalam jangka masa panjang jika Terusan Kra dibina.

3. Demikian juga pembinaan tambahan New Deep Water Terminal (NDWT) di Pelabuhan Kuantan yang menyaksikan Guangxi Beibu Gulf China menguasai 40% pegangan dengan nilai sekitar RM8 bilion boleh terancam dalam jangka masa panjang.

4. Di Melaka, Pelabuhan Melaka Gateway bernilai RM43 bilion yang fokus kepada pelabuhan laut dalam dan terminal kruse yang sedang dalam pembinaan dengan pelaburan PowerChina Investment sebesar RM15 bilion.

5. Di Melaka juga terdapatnya pembinaan sebuah lagi pelabuhan iaitu Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi bernilai RM12.5 bilion yang fokus kepada industri minyak dan gas.

6. Projek seperti ECRL dan projek-projek yang kini dalam proses pembinaan ini bakal berhadapan cabaran bagi mendatangkan pulangan pinjaman kredit (hutang) kepada China.

7. Kita juga perlu memulakan pembayaran kredit kepada China tujuh tahun selepas beberapa projek antara projek-projek ini dimulakan.

8. Pembinaan Terusan Kra jelas bukan sahaja bakal memberi impak ke atas projek infrastruktur yang sedang dibina di Malaysia, bahkan juga ke atas kepentingan strategik semasa negara seperti Pelabuhan Klang, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Johor, dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.

9. Pelabuhan Kuantan sedia ada terancam dengan pembinaan Terusan Kra di mana pada waktu ini hanya 0.1 juta TEUs (twenty-foot equivalent Units) pengoperasian berbanding kapasiti sebenarnya 0.6 juta TEUs.

10. Pelabuhan Klang yang kini merupakan pelabuhan utama negara juga menghampiri tahap maksimum dengan kadar pengoperasian sekitar 11.9 juta TEUs berbanding kapasitinya sebesar 16.6 juta TEUs. Jika Terusan Kra berjaya dibina dalam masa yang singkat, kemungkinan besar angka ini akan berkurangan hingga ke kadar yang minimum.

11. Pelabuhan Pulau Pinang di Utara tidak terkecuali akan menerima kesannya. Hubungan strategik dengan China dan Thailand menjadi pertaruhan. Pada April 2017 Pelabuhan Pulau Pinang sudah menandatangani memorandum bandar berkembar dengan Sanya City di Provinsi Hainan, China. Kerjasama pintar Pelabuhan Pulau Pinang dengan Pelabuhan Songkhla Thailand sudah pun menerima isyarat positif Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayut Chan-o-cha. Dermaga Air Dalam ini bahkan diharapkan bakal menjadi pelabuhan pendaratan ikan tuna terbesar negara dengan potensi besar di Lautan Hindi yang boleh terus dieksport ke luar negara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

12. Penganjuran Ekspo Maritim dan Aeoroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) setiap dua tahun sekali juga berisiko untuk terjejas jika Terusan Kra beroperasi dalam skala yang besar kelak.

13. Di Johor, projek pembangunan Iskandar turut berisiko. Iskandar Malaysia yang dianggap sebagai “projek pembangunan paling bercita-cita tinggi di dunia” oleh TIME menyasarkan tiga juta penduduk, 1.46 juta peluang pekerjaan, serta keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebesar AS$93.3 bilion menjelang tahun 2025. Penyambungan sistem MRT Singapura dengan RTS Johor Bahru pada 2019 sepatutnya melonjakkan potensi untuk mencapai sasaran asal. Namun pembinaan Terusan Kra yang bakal mengimpak hampir sebesar 30 peratus perdagangan berasaskan perkapalannya akan mengubah situasi.

14. Tidak dapat dinafikan, sekiranya Singapura terjejas akibat pembinaan Terusan Kra di Thailand, Johor selaku negeri jiran yang terdekat akan turut merasai impak negatif ekonomi Singapura ini dalam tempoh jangka panjang. Pihak Singapura mungkin akan mengurangkan pelaburan di Iskandar, di samping kemungkinan pengurangan minat warga Singapura terhadap hartanah Johor mahupun peluang pekerjaan buat warga Johor di sana.

15. Aliran perdagangan dan pelaburan Jepun dan Korea Selatan dari Asia Timur dengan aliran hidrokarbon dan perkapalan dari negara-negara Arab Timur Tengah serta India tidak lagi perlu bergantung pada Selat Melaka semata-mata.

16. Dari sudut ketenteraan pula, Terusan Kra yang dibantu modal China akan memberi Beijing kuasa untuk mengenakan sekatan aliran kapal dari Timur Tengah, India, Eropah, mahupun Afrika dari menuju ke Selat Melaka dan Asia Tenggara yang lain sekiranya konflik tercetus. Penguasaan China di Laut Andaman ini akan memberi tekanan kepada negara-negara Asia Tenggara yang mempunyai pertikaian di Laut China Selatan dan Kepulauan Spratly serta Paracels dengan China.

17. Malah dalam senario konflik yang lebih tegang, China boleh menggunakan Terusan Kra bagi mengaturgerak Tentera Laut Rakyat China dari Djibouti di Afrika dan dari Gwardar di Pakistan untuk terus ke Laut China Selatan dan Kepulauan Spratly tanpa perlu melalui Selat Melaka yang mungkin disekat Singapura sekutu Amerika Syarikat.

18. Demikian juga dari sudut kesan alam sekitar seperti banjir yang mungkin tercetus dalam tempoh pembinaan Terusan Kra ini yang bakal turut memberi kesan kepada wilayah Pantai Timur Malaysia.

19. Peluang kita untuk ‘mencegah’ projek pembinaan Terusan Kra ini ialah China. China bukan sahaja sudah pun terlibat dalam membangunkan projek pelabuhan seperti Pelabuhan Kuantan yang 40 peratus pegangannya dimiliki syarikat milik kerajaan China Beibu, serta Pelabuhan Melaka Gateway, tetapi juga projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

20. Dalam keadaan ini, China sudah pun mempunyai peluang bagi mengurangkan kebergantungannya dengan Singapura daripada laluan kapal perdagangan mereka melalui Pelabuhan Kuantan-ECRL-Pelabuhan Klang/Pelabuhan Melaka.

21. Malah, China turut bersungguh-sungguh untuk membida projek Kereta api Laju Kunming-Singapura yang mana antara laluan utamanya ialah Kuala Lumpur-Singapura. Maka, dalam keadaan ini China pastinya tidak ingin melihat laluan darat utama Asia ini ditangguhkan demi pembinaan terusan di Segenting Kra yang dilitupi pelbagai unsur ketidakpastian.

22. Demikian juga dari segi hartanah di mana syarikat Forrest City China melabur hampir RM105 bilion di Johor.

23. Kita juga sudah ‘mengikat’ China menerusi Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) di Kuantan yang mengukuhkan keperluan China kepada ECRL serta penghubung Pelabuhan Kuantan-Pelabuhan Klang/Melaka.

24. Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) perlu dirangka agar tidak ketinggalan dalam menghadapi potensi pembinaan Terusan Kra kelak. Jeti Nelayan Pasir Puteh Kelantan dan Pelabuhan Kemaman Terengganu, di samping Pelabuhan Kuantan sedia ada perlu meningkatkan kerjasama pintar dengan Thailand.

25. Demikian juga Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dengan potensi Pulau Langkawi dan Pulau Pinang di perairan manakala Perlis, Kedah, dan Perak di sempadan darat.

26. Satu lagi langkah strategik yang boleh kita lakukan adalah dengan turut serta melabur dalam projek pembinaan Terusan Kra ini sekali gus tidak ketinggalan dalam mendapatkan pulangan jangka panjang. Khazanah dan KWSP boleh mempertimbangkan idea ini dan tidak membiarkan dominasi China semata-mata di Terusan Kra.

27. Apa yang pasti, Terusan Kra sekiranya dibangunkan besar-besaran kelak bakal memberi impak negatif ke atas kepentingan nasional Malaysia. Maka wajib kita bersedia dengan perancangan yang strategik bagi menghadapi segala kemungkinannya.

ABDUL MUEIN ABADI, Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/awas-ancaman-terusan-kra-thailand-1.737931
 

Gigahertz CS

Active Member
Joined
Sep 23, 2011
Messages
1,625
Reaction score
143
Points
48
orang perancis tak boleh buat. british tak boleh buat. US yang canggih pun failed.
kalau china boleh buat mmg hebat la.
 

Emy_Ezra

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2012
Messages
5,480
Reaction score
242
Points
88
orang perancis tak boleh buat. british tak boleh buat. US yang canggih pun failed.
kalau china boleh buat mmg hebat la.
Bear in mind, there's nothing China mainland takleh buat.
Kalau ko pi tanah besar sana, cakap je nak beli apa.
Mak ngan bapak je takde hehe
 

jom

Active+ Member
Joined
Jun 18, 2012
Messages
2,593
Reaction score
78
Points
30
dari segi kos USD 28 billion bukan satu isu buat china..dari sudut lain bagus jugak buat sbb akan datang selat melaka atau singapore dah padat sgt2..perlu link kedua..
 

Gigahertz CS

Active Member
Joined
Sep 23, 2011
Messages
1,625
Reaction score
143
Points
48
Bear in mind, there's nothing China mainland takleh buat.
Kalau ko pi tanah besar sana, cakap je nak beli apa.
Mak ngan bapak je takde hehe
Soalan cepu emas. Macma mana China yang matawang dia lebih kecik dari kita boleh buat projek sebesar tu ? padahal duit kita kalau kita membeli belah di sana boleh dapat 2 barang. Satu kita guna. satu kita jual. :))
 

Mata_Pena

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
4,366
Reaction score
1,303
Points
101
Soalan cepu emas. Macma mana China yang matawang dia lebih kecik dari kita boleh buat projek sebesar tu ? padahal duit kita kalau kita membeli belah di sana boleh dapat 2 barang. Satu kita guna. satu kita jual. :))
Pasal org malaysia kumpul duit pegi haji kot? :)
 

Ahmad07

Legendary Member
Joined
Aug 11, 2007
Messages
10,366
Reaction score
879
Points
161
patut dari dulu lagi dah buat... tapi skang ni china ada projek OBOR, pakai jalan darat je merentasi benua... kurang kebergantungan kepada jalan laut dah
 

a2zextra

Legendary Member
Joined
Sep 7, 2013
Messages
16,407
Reaction score
273
Points
141
patut dari dulu lagi dah buat... tapi skang ni china ada projek OBOR, pakai jalan darat je merentasi benua... kurang kebergantungan kepada jalan laut dah
Projek OBOR tu apa dia?
 

jom

Active+ Member
Joined
Jun 18, 2012
Messages
2,593
Reaction score
78
Points
30
Soalan cepu emas. Macma mana China yang matawang dia lebih kecik dari kita boleh buat projek sebesar tu ? padahal duit kita kalau kita membeli belah di sana boleh dapat 2 barang. Satu kita guna. satu kita jual. :))
Apa jawapan dia ??
 
Sponsored Post
Top
Log in Register