BTC USD 53,945.2 Gold USD 2,497.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejarah Khilafah Uthmaniyah Sempena 100 Tahun Kejatuhan (Sejak 1924)

Sponsored Post

100 Tahun Masihi..

rowser-edit.jpg
 

Mengisi kehidupan dengan perjuangan : Iktibar 100 tahun kejatuhan khilafah​

MARCH 4, 2024


FB_IMG_1709529325132.jpg


Ada seorang saudara yang saya sangat hormati pernah menyebut bahawa yang namanya kehidupan itu hanya akan bernilai jika ianya diisi dengan nafas-nafas perjuangan.

Barangkali mungkin kerana perasaan ingin tahu yang membuak, saya bertanya; di mana salahnya jika seseorang itu mahu menjalankan kehidupannya seperti biasa. Hidup tanpa memperjuangkan apa-apa. Hanya untuk diri sendiri. Kecil-kecil pergi ke sekolah. Kemudian masuk ke universiti. Tamat menara gading, bekerja pula. Seterusnya berkahwin dan mendapat anak cucu sehinggalah kematian menjemput. Asalkan tidak membuat dosa, di mana salahnya.

Jawapan saudara saya pada ketika itu sedikit sebanyak membuka perspektif saya tentang kehidupan. Ulas beliau, kehidupan seorang manusia itu puratanya 60-70 tahun. 60-70 tahun ini dibandingkan dengan sejarah peradaban dunia ini yang mungkin sudah mencecah puluhan ribu tahun, sangat sedikit nilainya. Tidak melebihi 1% pun.

Dengan tempoh yang sesingkat ini jika tiada satu pun manfaat yang kita boleh perjuangkan untuk manusia lain, kita telah melepaskan satu peluang besar untuk pelaburan kita di akhirat. Nama kita akan dilupakan terus dalam lipatan sejarah. Pahala kita terhenti di simpangan kematian. Kita mampir menghadap Tuhan pula nanti dalam keadaan “bare minimum”. Benar, hanya Allah yang berhak menentukan syurga dan neraka bagi setiap manusia. Tetapi Tuhan tidak pernah menghalang kita untuk berusaha.

Tauladan Rasulullah SAW dan para sahabat kita boleh perhatikan. Seawal bermula penurunan wahyu sehinggalah umat Islam berjaya membentuk peradaban dan oder dunia, visi dan misi umat Islam digariskan dalam liku-liku perjuangan.

Di Mekah, risalah Allah ditegakkan dengan melemahkan paksi-paksi kuasa elit Musyrikin. Di Madinah, satu gagasan strategik dipasakkan Rasulullah SAW kepada para sahabat untuk menumbangkan oder dunia yang dipegang oleh Rom dan Parsi ketika itu.

Digerakkan penentangan terhadap elit-elit Yahudi yang berakhir dengan Perang Khaibar. Selepas kewafatan Rasulullah SAW, nafas-nafas perjuangan ini terus dipikul sehinggalah tertegak banyaknya empayar-empayar Islam di Timur melangkaui ke Tanah Melayu.

Kesemua ini memberikan satu makna. Iaitu hidup berjuang dan orang yang beriman itu tidak boleh dipisahkan. Hilangnya makna perjuangan dalam diri orang yang beriman itu adalah satu kebinasaan. Perjuangan ini bukan kerana gilakan kuasa atau darah. Ianya adalah tugas hakiki seorang Muslim.

Menyebarkan risalah tauhid untuk menegakkan kekuasaan Allah di atas muka bumi ini. Dan fitrah yang telah dicipta Tuhan itu adalah sentiasa akan wujudnya penentangan terhadap perjuangan ini. Tidak pernah ada dalam lipatan sejarah para anbiya’ yang tiada musuh melawannya. Ini adalah hakikat pertembungan antara kebenaran dan kebatilan seawal penciptaan Nabi Adam AS.

Sesungguhnya hidup dengan perjuangan ini bukanlah cara atau jalan kehidupan baharu. Ianya adalah jalan sama yang telah dilalui oleh para anbiya’, para sahabat, dan generasi-generasi terdahulu. Kita hanya meneruskan kerja-kerja ini.

Umat hari ini sudah dihilangkan erti dan makna berjuang. Umat Islam dipisah-pisahkan dengan persempadanan negara. Yang menyebabkan hilang rasa kesatuan dan ikatan atas agama. Betapa besarnya barah ini, saudara-saudara Muslim di Palestin dibantai, pemimpin-pemimpin negara Islam hanya mampu mengecam semata-mata.

Kita dihidangkan dengan makna-makna kejayaan yang palsu. Disangkakan bahawa puncak tertinggi kehidupan mereka hanyalah pada kejayaan diri sendiri. Ditunjukkan satu set kehidupan hasil hegemoni Barat. Seolah-olah itu sahaja set kehidupan yang ada. Jika tidak hidup dalam setting sebegitu, maka gagal seorang manusia itu.

Sistem ekonomi yang berkiblatkan kapitalisme jelas menekan umat ini. Untuk hidup selesa menurut pandangan mereka, berhutang dengan bank itu adalah satu kewajipan. Untuk negara ini maju menurut pandangan mereka, identiti harus dicairkan. Dunia sudah fasa globalisasi katanya.

Untuk negara ini adil, demokrasi lah jalannya menurut mereka. Tanpa disedari, umat dipaksakan untuk hidup dengan sistem sebegini. Walhal, jika dimbau sedikit ke lima kurun yang lalu, umat aman sahaja tanpa sistem-sistem ini.

Ini semua kerana hilangnya nafas perjuangan. Dan hilangnya perkara ini bukan kebetulan semata-mata. Ia berlaku dan digerakkan ratusan tahun lamanya dengan terancang. Semua ini harus kita pintas. Kita harus bina kembali apa yang telah dirobohkan.

Biarlah ia memakan masa puluhan atau ratusan tahun, yang utamanya harus ada yang memulakan. Biarlah terkorban harta atau nyawa, kerja-kerja ini harus diteruskan. Pertembungan ini harus kita hadap. Kehidupan kita mesti dipasakkan dengan perjuangan ini.

Membina yang telah diranapkan. Meruntuh yang telah dipaksakan. Ini perjuangan kita. – Fb Abu Dzar Mohd Annuar


www.indahnyaislam.my
 
IMG_20240306_124354_243.jpg


𝗞𝗲𝗿𝗲𝗻𝗰𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗺𝗶𝗸𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗿𝘂𝗻𝘁𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 - 𝗨𝗹𝗮𝗺𝗮' 𝘃𝘀 𝗨𝗹𝗮𝗺𝗮'

Salah satu yang sering dilemparkan terhadap Sultan Abdul Hamid II adalah istibdad (Despotism) malah dalam akhbar Eropah menggelar beliau sebagai the Red Sultan (Sultan yang berdarah kerana kuku besi). Antara perkara yang menjadi persoalan terbesar dan meresap kedalam pemikiran elit Uthmaniyyah ketika itu adalah menyedari konsep parlimen dan constitutionalism yang sedang menjadi arus di Eropah pasca revolusi Amerika dan Perancis. Mereka dari gerakan Young Ottoman berusaha menekan Sultan untuk melakukan reformasi kerana bagi mereka Edict of Gulhane, Tanzimat tidak menjanjikan perubahan yang dijanji dan diinginkan.

Satu yang dikritik mereka yang menentang Sultan adalah kerana beliau menggantung parlimen dan perlembagaan 1876 dikenali sebagai Kanûn-ı Esâsî pada tahun 1878. Ini dilihat bertentang dengan semangat Sultan Abdul Hamid II yang menjanjikan perubahan. Namun difahami Sultan Abdul Hamid II melakukan tindakan ini adalah kerana ketidakcekapan parlimen untuk mengambil tindakan segera dan cepat dalam perang Ottoman-Russia 1877-1878.

Didalam mereka yang menentang tindakan Sultan ini, terdapat mereka dari golongan Ulama' yang berada dalam parlimen serta terlibat dalam CUP (Commitee of Union and Progress) yang berhujah kepada menentang autoriti Sultan. Antaranya ketika itu iaitu Elmalılı Hamdi Yazır, Sheikh Musa Kazım Efendi, Sheikh Mustafa Sabri yang menyokong kepada usaha menolak pemusatan kuasa kepada Sultan. Pada ketika ini bermula perubahan kepada penafsiran ayat "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu." Mereka yang menentang kuasa pada sultan ini menerangkan bahawa ayat ini juga menunjukkan kepada pada bolehnya dilaksanakan Parlimen dan perlunya ahl al-hall wa’l-àqd dikalangan orang Islam didalam Parlimen yang mewakili Ummah. Namun disini mereka tidak pernah menolak institusi khilafah.

Mereka yang menyokong Sultan pula seperti Sheikh Ömer Ziyâeddin Dağıstânî, Sheikh Yusuf Nabhani pula menolak hujahan mereka yang lain ini kerana menurut mereka autoriti itu seharusnya pada Khalifah dan kuasa lain itu telah ada pada Sublime Porte.

Pergelutan ini akhirnya mengukuhkan pergerakan CUP kerana mempunyai hujah bagi menolak kuasa sultan dan menumbangkan institusi khilafah. Malah ramai dari golongan Ulama', Dervish, Tarekat Sufi dalam CUP yang keluar dari CUP dan menggerakkan counter-revolution menentang CUP seperti Sheikh Mustafa Sabri.

Segala yang berlaku ini adalah sebahagian dari usaha untuk menyesuaikan diri dengan idea baharu yang terjelma dari Moderniti seperti Hürriyet, Uhuvvet, Müsavat, Adalet serta idea asas kenegaraan terjelma dari idea state of nature Thomas Hobbes. Disini dapat kita lihat bagaimana kesan Modernity ini menjadikan proses sebuah sistem yang lahir dari rahim Modernity jika diusahakan ditempel dengan konsep-konsep lain tanpa difahami zeitgeist nya akan menolak binaan yang tidak compatible dengan tiang atau akarnya.

Gambar 1 : Sheikh Mustafa Sabri - Sheikhul Islam terakhir Uthmaniyyah

Gambar 2 : Sheikh Yusuf Nabhani - Alim Lebanon

Gambar 3 : Sheikh Ömer Ziyâeddin Dağıstânî - Alim Dagestan

Gambar 4 : Sheikh Musa Kazım Efendi - Sheikhul Islam sebelum Sheikh Mustafa Sabri

Gambar 5 : Elmalılı Hamdi Yazır - Sheikhul Islam yang bertanggungjawab dalam Hal Fatwa yang dijadikan alasan oleh sekelompok golongan revolusi untuk menurunkan Sultan Abdul Hamid II.

Muhammad Amirul Asyraf
Setiausaha dan Penyelidik PEMIKIR
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register