BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejarah Berlaku Perang Badar

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836
IMG_20220419_155934_482.jpg

SEJARAH BERLAKU PERANG BADAR

Pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali sebagai Perang Badar al-Kubra.

Badar ialah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dengan Makkah.

Peperangan itu melibatkan tentera Islam seramai 313 orang anggota yang diketuai oleh Rasulullah SAW berhadapan dengan 1,000 orang anggota tentera Musyrikin Makkah yang lengkap bersenjata.

Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 orang tentera Musyrikin terbunuh. 70 orang lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.
 
IMG_20220419_190727_523.jpg

IBRAH PERANG BADAR

Doa dan munajat hanya kepada Allah SWT, kesatuan yang kukuh antara sesama sahabat dan mempunyai strategi serta perancangan yang rapi antara ramuan kejayaan tentera Islam Badar.
 

IBRAH PERANG BADAR

Setiap perjuangan akan pasti adanya ujian. Ujian tersebut akan menjadikan diri kita menjadi seorang manusia yang lebih baik pada masa akan datang.

Sebagai umat Rasulullah SAW, adalah menjadi kewajipan bagi kita semua untuk mengambil iktibar daripada apa yang berlaku dalam Perang Badar suatu ketika dahulu.

Seharusnya kita bersangka baik terhadap Allah SWT dalam setiap perkara yang terjadi di atas muka bumi ini. Allah SWT adalah sebaik-baik tempat untuk para hambaNya sentiasa bergantung harap dan tidak mudah berputus asa dalam setiap cabaran yang dilalui.

Teruskan berazam supaya kita menjadi umat Islam yang cemerlang dan berjaya dalam setiap ujian yang kita lalui.
 
IMG_20230408_120301_149.jpg


PERANG BADAR

Perang Badar Kubra berlaku pada 17 Ramadan tahun ke-2 hijrah. Punca perang badar berlaku apabila Umat Islam diusir dari Makkah, Umat Islam ditindas oleh kaum kafir Quraisy dan untuk memberi pelajaran kepada kaum Quraisy.

Seramai 1000 orang tentera Quraisy manakala tentera Islam hanya 313 orang sahaja. Tentera Islam diketuai oleh Baginda Nabi SAW manakala tentera Quraisy diketuai oleh Abu Jahal. Dengan izin Allah SWT, tentera Islam yang diketuai oleh Baginda SAW telah memenangi peperangan ini.

Seramai 14 orang tentera Islam telah Syahid dan 70 orang tentera Quraisy terbunuh (termasuk Abu Jahal) manakala 70 lagi ditawan.
 
IMG_20240328_101441_689.jpg

IMG_20240328_101441_950.jpg


IBRAH PERANG BADAR

Perang Badar telah berlaku pada 17 Ramadan, pada tahun ke-2 Hijrah yang berlaku di suatu tempat bernama Badar.

Doa dan munajat hanya kepada Allah SWT, kesatuan yang kukuh antara sesama sahabat dan mempunyai strategi serta perancangan yang rapi antara ramuan kejayaan ini terwujud pada tentera Islam Badar.

Sebagai umat Islam, marilah sama-sama kita menekuni semangat perang Badar untuk dihayati dan mengambil sebanyak mungkin Ibrah dan pengajarannya.
 
IMG_20240328_124334_928.jpg


Hari ini 1,443 tahun Hijrah yang lalu, berlangsungnya Perang Badar.

Pertempuran ini adalah ujian besar pertama umat Islam selepas Nabi Muhammad SAW & pengikutnya di Mekah baru berhijrah ke Madinah, serta dianggap sebagai detik terpenting yang menentukan masa depan perkembangan Islam.

Ia bermula apabila Rasulullah SAW mendapat tahu ada rombongan karavan dagang, yang ditaja daripada hasil jualan harta umat Islam yang ditinggalkan ketika mereka berhijrah, sedang dalam perjalanan dari Syam (Syria) ke Mekah.

Maka Rasulullah SAW menghantar 313 orang untuk menyerang karavan tersebut di lembah Badar, kawasan di pertengahan laluan dagang antara Syam, Madinah & Mekah. Namun, pelan itu diketahui oleh Abu Sufyan RA, yang mengetuai rombongan karavan itu.

Lalu Abu Sufyan RA, yang ketika itu memusuhi Rasulullah SAW, menghantar utusan untuk memaklumkannya kepada pemimpin Quraisy di Mekah. Abu Jahal yang berang kemudian mengumpulkan sekitar 900 orang & berarak ke Badar untuk memusnahkan angkatan Islam.

Tentera Islam mendirikan kem di bahagian utara dekat laluan ke Syam, yang mana telaga air di situ dirosakkan lebih awal oleh tentera Quraisy yang berkampung di selatan, di pertengahan antara laluan menuju Mekah & Madinah.

Pertarungan bermula pada pagi 17 Ramadan tahun ke-2 Hijrah dengan tradisi kombat 3 lawan 3, yang berpihak ke tentera Islam. Berang, barisan hadapan tentera Quraisy Mekah menyerang dengan keyakinan dapat menghancurkan tentera Islam dengan mudah.

Bagaimanapun, angkatan kecil Islam itu dibantu dengan kehadiran ribuan tentera malaikat, sepertimana difirmankan Allah SWT dalam Surah Al-Anfal ayat 12, yang menyebabkan tentera Quraisy gugur semangat lalu akhirnya lari dari medan tempur.

Pertempuran berlangsung hanya dalam beberapa jam & berakhir menjelang tengahari. 14 orang tentera Islam gugur syahid, sementara 70 tentera Quraisy terkorban termasuk Abu Jahal & 70 lagi menjadi tawanan.

*Gambar lokasi pertempuran yang juga tapak persemadian mereka yang terkorban dalam Perang Badar.

Sumber: New World Encyclopedia, Al-Arabiya

#PeristiwaHariIni
 
Back
Top
Log in Register