akmal_tawau
CG Top Poster Club

- Messages
- 20,179
Paid Membership
- Joined
- May 7, 2009
- Messages
- 20,179
- Reaction score
- 238
- Points
- 123
kajian membaca di kalangan rakyat Malaysia yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Jabatan Statistik itu juga mendapati, kadar literasi di kalangan kanak-kanak berusia 5 hingga 9 tahun jatuh kepada 75 peratus berbanding 79 peratus pada 1996.
Sementara kadar literasi di kalangan penduduk Semenanjung Malaysia tahun lalu pula berada pada tahap 91 peratus, manakala di Sabah 86.4 peratus dan di Sarawak 83 peratus.
Peratusan
Laporan Profil Membaca Rakyat Malaysia tahun 2005 itu yang diadakan 10 tahun sekali, menunjukkan, peratusan literasi lelaki lebih baik berbanding perempuan iaitu 92.2 peratus berbanding 88 peratus.
Dalam hal ini, Profesor Diraja Ungku Aziz berpendapat, sambutan Hari Literasi sepatutnya menggalakkan orang ramai supaya lebih berminat membaca dan menambahkan kecekapan membaca.
Ini kerana katanya, masih ramai di kalangan rakyat Malaysia yang dilaporkan membaca dua buah buku setahun, sukar atau cepat bosan membaca terutama melibatkan bahan bacaan berbentuk ilmiah.
‘‘Sepatutnya, orang ramai digalakkan membaca sekurang-kurangnya 15 minit sehari. Sekarang orang kurang membaca kerana lebih banyak menonton televisyen. Ini merugikan kerana minda kita tidak bercambah.
‘‘Kita sepatutnya memerlukan orang biasakan diri membaca dan melatih serta mendisiplinkan diri mereka,’’ katanya.
Pandangan Ungku Aziz itu ada kebenarannya apabila kajian profil membaca rakyat Malaysia yang diumumkan baru-baru ini turut menunjukkan, 98.8 peratus daripada responden berusia 10 tahun ke atas, membaca dua buah buku setahun iaitu tidak banyak berbeza dengan kadar yang dicatatkan pada 1996.
Kajian itu juga mendapati, 56 peratus daripada responden membaca buku antara empat hingga 10 buah setahun, manakala 32 peratus lagi membaca 12 buah buku setahun. Kajian itu melibatkan seramai 60,441 responden.
Menurut Ungku Aziz, walaupun semakin berumur, beliau sendiri menghabiskan masa tidak kurang lima jam sehari untuk membaca dan juga menulis.
Malah katanya, beliau membelanjakan antara RM300 hingga RM400 sebulan bagi membeli bahan bacaan di beberapa buah kedai termasuk di Universiti Malaya (UM). Bagaimana pula dengan kita?