strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,719
- Points
- 191
Dia adalah yang pertama beriman dari kalangan masyarakat Makkah selepas ahlul bait Rasul SAW. Dia adalah teman rapat Rasulullah SAW. Semasa zaman jahiliyyah, dia pernah bersama Rasulullah SAW dalam ekspedisi berdagang ke Syam. Apabila Rasulullah SAW menerima wahyu pertamanya, dia adalah orang pertama, selain keluarga yang diceritakan berkenaan hal itu. Tanpa memperlekehkan, atau meragui, dia terus... menerima. Walau hanya dengan lima ayat dari Surah Iqra’ baru sahaja turun ketika itu. Ya. Walau hanya dengan lima ayat dari Surah Iqra’, walau ketika itu Islam belum sempurna, walau ketika itu Al-Quran belum turun dengan lengkap, walau ketika itu Rasulullah tidak punya sesiapa. Dia terus beriman. Dia adalah yang dijemput kebaikan kerana ketulusannya. Manusia yang dipilih Allah SWT untuk menjadi seorang yang hebat. Hasil ketelusannya, dia ditarbiyyah sehingga mempunyai iman yang paling berat dalam ummat Rasulullah SAW. Siapakah dia? Namanya adalah Abu Bakr RA.
Kita patut kagum, bagaimana dia boleh terus beriman dengan Rasulullah SAW, hanya dengan lima ayat dari Surah Iqra’ yang turun ketika itu. Selepas itu, dia boleh terus mengajak lebih ramai orang untuk beriman kepada Allah SWT. Antara manusia yang Islam di tangannya adalah: Uthman ibn Affan RA, Zubayr ibn Awwam RA, Sa’ad ibn Abi Waqqas, Abu Ubaidah ibn Al-Jarrah, Abdurrahman ibn Auf, Talhah, Bilal bin Rabah. Ketika itu, dia menyebarkan Islam hanya dengan ayat-ayat Al-Quran yang baru turun. Yang ketika itu Al-Quran belum lengkap dan Islam masih belum sempurna. Tetapi dia menyebarkan. Dia menyebarkannya dengan penuh keyakinan. Tiada sedikit pun ragu. Hari demi hari, bila melalui kehidupan sebagai muslim di sisi Rasulullah SAW, kualiti keimanan Abu Bakr RA semakin hari semakin meningkat. Dia belajar, dan dia menjalani didikan dari madrasah Rasul SAW. Dia adalah yang paling merasakan, dan dia adalah antara manusia yang paling hampir dengan Rasulullah SAW. Pernah sekali, Rasulullah SAW dipukul oleh bangsa Quraisy kerna baginda melakukan ibadah di kawasan Masjidil Haram. Apabila Abu Bakr RA mendengar sahaja akan hal ini, dia terus bergegas mendapatkan Rasulullah SAW yang sedang dipukul. Dia terus menyelamatkan baginda, dengan menjerit kepada kaum Quraisy: “Apakah kalian hendak membunuh seorang manusia, hanya kerana dia menyatakan bahawa Allah adalah tuhannya?” Lantas, Abu Bakr pula dipukul sehingga pengsan.
Iman manusia hanya akan tertonjol ketika mereka diuji. Para sahabat menghadapi banyak dugaan yang berat. Namun dugaan terberat bagi para sahabat bukannya peperangan yang meragut nyawa. Tetapi dugaan terberat untuk mereka adalah ketika wafatnya manusia yang mereka paling cinta. Yakni Rasulullah SAW. Umar RA ketika itu terus mengembarkan pedang di jalanan dan berteriak: “Siapa yang menyatakan Rasulullah telah wafat, maka pedang ini akan menjamah lehernya!” Sahabat-sahabat ketika itu kucar kacir, tambahan apabila mereka melihat Umar bertindak sedemikian rupa. Ada sahabat yang pengsan. Ada sahabat yang tidak mampu menerima perkara ini. Hingga ada beberapa orang yang berkata: “Wahai Rasulullah, tiadalah dugaan yang lebih berat dari dugaan ini” Ada pula yang berkata: “Ketika hari Rasulullah SAW datang ke Madinah, dunia seakan terang benderang dengan cahaya. Tetapi hari ini adalah hari yang paling gelap sekali untuk kita” Yang bertenang hanyalah Abu Bakr. Dia naik ke mimbar dan meminta Umar senyap. Namun Umar terus berdegil. Lantas Abu Bakr memulakan kata-katanya. Kata-katanya mudah. Tetapi mampu membuatkan Umar yang terbakar jatuh terjelepuk. Abu Bakr membaca firman Allah SWT dari Surah Ali Imran ayat Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh).
Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu). Surah Ali-Imran 144. Kemudian Abu Bakr berkata: “Wahai manusia, sekiranya kamu menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati. Barangsiapa yang menyembah Allah, maka ketahuilah bahawa Allah itu hidup dan tidak akan mati” Umar RA yang terjelepuk itu berkata: “Sungguh, kami seakan-akan tidak pernah mendengar ayat itu sebelum ini” Itulah dia keimanan Abu Bakr RA. Amat kuat. Ampuh. Utuh. Bermula hanya dengan lima ayat Surah Iqra’ sahaja. Kita bagaimana? Al-Quran di tangan kita sudah sempurna. Islam di dunia kita telah tersebar. Kenapa kita masih meragukan kehebatan Allah SWT? Kenapa kita masih tergerak untuk mencaci Rasulullah SAW dan meragui perjuangan baginda? Mari kita muhasabah keimanan kita.