BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sebabkan Kematian Rakan: Dua Lelaki Dihukum Penjara 18 Tahun

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,160
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,160
Reaction score
346
Points
141
5cf981137f8e97274303b3791adf9bf45e3a410945855


Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan ke atas seorang pemandu lori dan seorang pekerja ladang kelapa sawit bagi kesalahan menyebabkan kematian rakan mereka pada 2019 dengan hukuman penjara 18 tahun.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan balas pendakwaan untuk mengetepikan sabitan terhadap Chua Li Pin dan Song Chun Ru di bawah Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan serta hukuman penjara yang dijatuhkan sebelum ini, dan menggantikannya dengan sabitan di bawah Seksyen 304(a) kanun sama.

Ketika menyampaikan keputusan sebulat suara mahkamah, Noorin berkata panel berkenaan memutuskan bahawa hakim Mahkamah Sesyen telah terkhilaf apabila meminda pertuduhan terhadap tertuduh kepada Seksyen 304(b).

Seksyen 304(a) memperuntukkan hukuman maksimum penjara 30 tahun serta boleh dikenakan sebatan manakala Seksyen 304(b) membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Panel berkenaan, yang turut dianggotai Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid, mengeluarkan waran komital terhadap kedua-dua lelaki untuk menjalani hukuman mereka bermula hari ini.

Mereka sebelum ini dibebaskan dengan jaminan RM25,000 selain memperoleh penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu keputusan rayuan.

Panel itu turut menolak rayuan yang dikemukakan oleh kedua-dua tertuduh terhadap sabitan dan hukuman masing-masing.

Chua, 46, dan Song, 42, didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas menyebabkan kematian Lee Meng Hun, 40, di hadapan Kebun Babike, Jalan Johor, Kampung Setia Jaya, Batu Pahat, Johor antara 4 petang hingga 10 malam pada 1 Dis 2019 hingga 2 Dis 2019.

Pada 6 Ogos 2023, Mahkamah Sesyen mensabitkan mereka di bawah Seksyen 304(b) dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun.

 
Back
Top
Log in Register