maaf semua tapi natang hemjadah ni dah buat aku rugi RM100k lebih dah
sakit ati aku habes semua duit aku dia telan perlahan2
apanya yg aku tak belajar.. teknik dah faham, mm dah faham, banyak dah duit habes kat ilmu dia tapi nak melingkup jugak akhirnya... harapan palsu semata2!!!
kepada semua newbie2 di luar sana, kalau korang ada niat nak buat duit dengan forex ni baik ko takpayah la k lupakan je la. duit tu buat jual goreng pisang air tebu tepi jalan lagi bagus takpun sedekah kat sekolah tahfiz lagi bagus daa
forex ni setakat 4 tahun yg aku dah kaw2 susah payah belambak habes masa, tenaga dan duit bagi aku sbenarnya tempat yg paling payah nk buat duit, yg ko akan dapat ialah stress semata2.
semua org lama kat sini buat duit kot marketing ja promote broker, jual ebook, affiliate and so on yang mmg aku taknak buat sebab leceh dan mcm aniaya org bagi pelingkup hidup. pure scumbag.
forex sebenarnya tak sesuai kalau modal ko kecik (equity dlm mt4 usd50k ke bawah), nak leverage besar dan nak fulltime. yg ko akan dapat stress semata2.
ni hakikat dan pengalaman aku, percayalah.. nak dapat duit banyak tu samada ko jadi jerung pemangsa newbie takpun dah mmg org kaya.
right now aku dah jatuh susah dan dah tak bguna di mata orang. tak mcm dulu time aku ada duit yg patutnya aku dh buat biz lain dan dah lama berjaya. aku boleh scam org tapi aku xnak pasal Allah taala ada.
aku cuma nasihatkan je aku taknak korang jadi mcm aku, korang tak tau apa yg aku rasa skg ni. kalau gedik jugak lantak kau lah badigol aku dah kene dah.. sekali ko rugi ko takkan boleh nak bhenti dah dan apa yang akan berlaku kat ko pastu ialah rugi, rugi, dan rugi saja..
mmg padan la fatwa cakap haram. jangan bagitau aku korang takde rasa bsalah duk buat benda ni. padanla makin belambak broker bukak skg ni promosi pun tak henggat. kenyang tak kira la duit haram penaya org.