BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sayur....sayur

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
Siang Jual Sayur, Malam Tauke Dadah

Friday, 01 November 2013 07:13



rsz_dadahsyabu-munewshub.jpg

paket Syabu

KEMAMAN: Siang berniaga sayur, malam berniaga dadah. Begitulah rutin harian sepasang suami isteri sejak awal tahun ini yang layak digelar saudagar dadah apabila hasil pengedaran dadah membolehkan mereka mampu mengumpul aset bernilai ratusan ribu ringgit.

Dalam tempoh 10 bulan terbabit dengan perniagaan dadah, pasangan berusia 30 dan 27 tahun dari Kampung Dusun Nyior, di sini, menjalani kehidupan mewah apabila hasil keuntungan yang diraih melalui jualan dadah, mereka mampu memiliki akaun simpanan sebanyak RM123,000 selain empat kenderaan iaitu Perodua Myvi, Perodua Viva, lori satu tan dan sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Honda CBR 1000cc yang dibeli dengan harga RM85,000.


Difahamkan, pasangan terbabit membeli motosikal berkenaan untuk digunakan bagi membawa masuk bekalan dadah yang diambil sendiri daripada pembekal di Lembah Klang selain yakin dengan cara itu, kegiatan dilakukan sukar dikesan pihak berkuasa.

Dengan menjadikan pekerja kapal kargo yang berlabuh di perairan pantai berhampiran Pelabuhan Kemaman sebagai sasaran, pasangan terbabit dikatakan mampu memperoleh ribuan ringgit setiap kali menghantar bekalan dadah kepada pekerja terbabit pada setiap malam.

Bagi mengelak kegiatan mereka dihidu polis, pasangan terbabit dikatakan menggaji orang suruhan bagi urusan penghantaran dilakukan menggunakan perkhidmatan bot sewa dikenali sebagai kuda laut yang beroperasi di pelabuhan berkenaan.

Bagaimanapun, lakonan pasangan yang berselindung di sebalik perniagaan sayur itu berakhir selepas kediaman mereka diserbu polis, pagi kelmarin.

Menurut sumber, serbuan terhadap rumah pasangan terbabit dilakukan melalui projek khas sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman diketuai Asisten Superintendan Hamzah Awang Dollah selepas sebulan menjalankan risikan terhadap pasangan itu.

Katanya, dalam serbuan jam 10 pagi itu, pihaknya memberkas pasangan suami isteri terbabit dan merampas 48 peket syabu bernilai RM32,800 serta wang tunai RM9,470 yang disorok dalam sebuah peti besi berukuran 7.5 sentimeter lebar dan 20 sentimeter panjang.

“Ketika serbuan dilakukan, pasangan terbabit sedang asyik membungkus dadah dalam rumah berkenaan dan turut bersama mereka seorang kanak-kanak perempuan dipercayai anak pasangan itu yang berusia lapan bulan,” katanya.

Menurutnya, ujian air kencing mendapati pasangan terbabit tidak mengambil sebarang jenis dadah dan mereka ditahan selama seminggu bermula semalam bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman gantung mandatori.

“Anak pasangan terbabit diserahkan kepada keluarga wanita berkenaan yang tinggal di Kampung Tengah, di sini, untuk penjagaan,” katanya.

Beliau berkata, polis percaya pasangan terbabit tidak memiliki rangkaian pengedaran dan bergerak secara sendiri selain menjadi peniaga sayur di Pasar Kemaman, di sini, bagi mengaburi mata polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap pasangan suami isteri terbabit.
 
terbaik..dah macam cite Breaking Bad dah ni
 
kos sara hidup semakin tiggi..terpaksalah jual dadah
 
Jalan pintas untuk hidup mewah. Kesian kat anak diorg la. Tak pasal2 berpisah ngan mak bapak.

takda org lain yang boleh bagi kasih sayang sama mcm ibu bapa kandung.

awal2 tak nak pikir panjang. haissshhh
 
jual dadah kalo x ngisap mmg berbaloi2.....kat pasar selayang melambak kot pusher camnie....sambil2 jual sayur, ikan gitu....cam cerita ali baba kalau dibuat terang2an.....
 
klo ada hasil sbb die xhisapla..klo hisap jgk xnampakla duitnya

bagus org mcm ni..die tau xbagus benda tu tu yg die xhisap
 
Kalau buat jahat nie memang tak lama...
 
ada geng tue berpuluh tahun buat jahat....masih lagi bertahan... Arwah s.samsudin panggil sarkis.... :))

Sebenar nya aku pun nak cakap macam tu jugak tadi..:D:D
 
Back
Top
Log in Register